Hamza Yusuf di Malaysia 8 Julai 2019
Isnin lepas, 8 Julai 2019, dengar ceramah dari sarjana Barat Syeikh Hamza Yusuf (SHY) di KL Convention Center. SHY sarjana yang dikenali di seluruh dunia mempunyai Kolej Zaytuna di Berkeley US menawarkan pelbagai program yang berkaitan agama dan kesenian/kebudayaan. Ceramah bermula jam 9 selepas ketibaan jemputan DiRaja Permaisuri Agong dan Permaisuri Johor. Ceramah bertajuk Where is Your Heart? Berkisar bagaimana kita mahu menilai diri sendiri, persekitaran dan bagaimana untuk berubah. Antara isi penting ceramah SHY, ialah 1. Sekiranya mahu berubah, mesti bermula dari diri sendiri 2. Sekiranya mahu sekeliling berubah juga bermula dari diri sendiri 3. Apakah panduan yang paling dirujuk? Adalah kembali kepada Al Quran, menjalin hubungan dengan Al Quran dengan memahami dan mempraktikkan apa yang terkandung dalam Al Quran. 4. Bahawa, pemerintahan (order) itu perlu untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian. Ada banyak lagi, jika ada masa boleh sambung lagi inshaaAllah.
Comments
boleh pinjam buku + anime?:P
anime buleh pinjam, my suggestion "grave of the fireflies", meh datang umah. tengah mengabiskan cuti sampai weekend, buleh juga nak jumpa kat mana2.
buku tu, hehehe (memandangkn kita pun masih dlm belanjawan) tu buku library (tak start baca lagi sampai skrg), nak beli sendiri tak tahu bila dan kedai2 buku di sini tak de jual pun buku Dawama