Berkawan dengan Zargus

Kali terakhir bertemu Zargus, waktu itu dia berpakaian kemas berwarna coklat muda. Masih lagi kekal berkacamata, saya sudah tidak ingat apa dikatakan diakhir pertemuan. Zargus ini, zargus yang jarang dijumpai. Kata rakan saya, mungkin 1 dalam sejuta million billion, (oh! saya sendiri tidak tahu mengira angka ini). Bila ditanya mengapa, kami sama-sama mengelip-ngelip mata laju tidak tahu bagaimana menjelaskan. Tapi dia selalu sahaja kekal dengan perkara yang dipercayai benar, dan melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh, sepanjang masa, setiap ketika (bila masa dia berehat?). Kekuatannya terletak pada satu bahagian yang Allah ciptakan untuk semua, pada akal. Dan Zargus ini memang pakar mengeksploitasi akal sendiri, dan kelebihannya lagi, tenaga yang ada bagi tidak terhabiskan. Diguna hingga tahap maksima. Saya pernah menonton drama filem My Martian Man (tidak ingat-yang dilakonkan oleh Christopher Lloyd) yang hanya memerlukan beberapa saat untuk sinergi semula tenaga selepas kelelahan sepanjang hari. Tidak seperti manusia biasa yang memerlukan 4-5 jam tidur nyenyak yang tidak diganggu. Saya rasa Zargus ini mungkis se-spesis dengan orang Marikh itu. Atau mungkin lebih hebat.
Zargus ini gemar sahaja mengusik saya. Boleh sahaja saya ambil hati, tapi memandangkan saya sudah kehilangan model untuk membina diri, atau contoh terbaik untuk menjadi terbaik, apa salahnya kalau saya maafkan dia sahaja. Dia akhirnya berpesan, sebagai orang Islam satu perkara sahaja kita lakukan selepas, dan dua perkara di saat-saat akhir, selainnya kita perlu lakukan in advance (Ooo ya, benar Zargus ini Muslim, Muslim yang taat, walau pernah dia berseloroh tidak mahu bersembahyang Jumaat). Perkara yang dilakukan sesudah, iaitu selepas dikebumikan mayat dikuburan, barulah kita dapat makan, makan waktu kenduri arwah. Dua perkara yang dilakukan disaat-saat akhir ialah melihat anak bulan untuk menyambut bulan puasa dan Hari Raya Eid El Fitri. Dan selebihnya, sebagai orang Islam, semua perkara perlu dilakukan in advance, jangan dah terantuk baru nak tergadah. Saya memikirkan selorohnya dalam, dalam keadaan diri kelelahan berjuang, saya fikirkan kata-kata Zargus ini besar maknanya juga. Dengan barisan senarai kemenangan menggondol dunia dan gemerlap cahayanya terang, terlalu mudah untuk berada dalam dakapannya, saya akhirnya bersyukur, meski sesaat berkawan dengan Zargus ini saya tetap menghargainya!

Comments

Anonymous said…
Tak per la berkawan ngan Zargus klu itu contoh yg baik....
ieka said…
wahh..sapekah zargus itu.. mcm teringin juga nak tau hebatnya seorg zargus ini.. ehhehe

kata2 as lately ni mendalam sungguh utk ditafsir. alhamdulillah you are very good in using words. :)
ASaL said…
Zargus ini seorang pengkarya yg hebat! sgt hebat sehingga org Croatia pun tak lekok utk menghargai karyanya.

tempoh hari sy sudah sgt sangat lelah, tapi hari ini sudah mendapat suntikan semangat kembali...

rasanya saya perlu selalu berkawan dengan Zargus, supaya my world view will be very clear, and soooo clear until reach the world of hereafter!
shima said…
errmm..boleh sy tau serba sedikit tntg zargus ni..mcm berminat mahu berenalan dgnnya..heehee.

pe yg dimaksudan oleh kamu itu? zargus itu adalah seorang pengkarya? perkarya di mana ye..??
ASaL said…
zargus saya adalah seorang saintis.
Dia berkarya, tetapi berkarya melalui penemuan-penemuan sains dan teknologi sehingga menggondol hadiah-hadiah besar peringkat antarabangsa.
Dia juga seorang pengkarya kerana berkebolehan menyuntik semangat dan motivasi, terutama pada orang yang mencari kecemerlangan.
dia ada di salah sebuah universiti di Malaysia, masih berkarya, cuma sekarang saya jarang sekali bertemu dengannya.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK