Untuk Merdeka ini!
Untuk merdeka ini, hanya satu mesti dilakukan, iaitu membuat pilihan! Bila disogok beraneka rencam dunia, yang datang mendadak secara zahiriah, kemudian diapi dengan desakan nafsu amarah, lantas kamulah yang memilih untuk siapa yang menang nanti diakhir kisah.
Kami benar lalai, bila membelakangkan maksud Al Quran, ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedang mereka tidak diuji (Quran 2:156)’. Bila dunia membalut kami dengan segala cerca dan tekanan yang menggila, kami galak pula menyambutnya dengan kaedah yang sama. Sedang kami lupa, bukankah dunia ini sebenar-benar negara ujian. Bila ujian kamu sepatutnya dilengkapi dengan ilmu, juga latihan yang mencukupi yang bermakna amal ibadah, dan akhirnya pasti memasuki dewan peperiksaan akhir yang segala soalannya telah lama bocor. Meski soalan akhir telah lama bocor, kamu masih tetap tidak mahu mencari jawapan yang tepat. Lebih bodoh bila tidak memilih untuk berada dalam pilihan yang tepat.
Dulu, lama dulu mereka menerangkan orang terpilih sahaja akan masuk syurga. Itu benar, memang benar. Tapi itu tidak bermakna, kamu dinafikan hak memilih jalan ke syurga. Benar untuk ke syurga juga atas pilihan sendiri, kerana itu untuk merdeka ini kami memilih jalan ini. Noktah.
Ramai tidak pernah tahu derita bila didesak dari pelbagai penjuru. Dari pemegang amanah yang kami harapkan bersifat pembela, dari pemimpin yang memegang keadilan dan melaksana apa yang telah dibicarakan lidah, untuk ahli politik melihat kerdilnya marhain menongkah arus duniawi dalam kepayahan yang teramat, untuk kami dinilai berdasarkan merit bukan kepentingan, dan segala-galanya. Tapi dunia tidak mengkehendaki itu, dan akhirnya kami kembali mencerca dunia. Subhanallah, ini tidak kena. Dunia adalah lapang yang Allah ciptakan hamparan untuk manusia. Dunia telah Allah sempurnakan kejadiannya agar manusia dapat mengambil segala apa yang menjadi keperluan sepanjang hidup. Zaman berzaman, dan sudah berkurun tahun berlalu.
Salahnya adalah manusia itu sendiri kerana memilih hidup abdi. Memilih untuk hidup di bawah telunjuk. Memilih untuk hidup berdasarkan hak aku, hak aku, hak kamu kadangkala boleh juga menjadi hak aku. Kerana itu tiada yang pelik jika ada manusia berantakkan hanya kerana sudu. Ada manusia memilih untuk berada dalam keadaan tidak harmoni hanya kerana takutkan bayang-bayang sendiri. Takutkan kelebihan orang yang akhirnya menelan kedudukan sendiri, meski orang tadi berbuat ikhlas demi Tuhan, demi Rasul, demi bangsa, demi negara. Ya, yang aneh-aneh ini selalu sahaja dari manusia yang memilih jalan lain selain dari jalan Tuhan.
Lewat malam yang lalu-lalu, bila amarah menjumpai jalan Tuhan, bila kalbu mengerti apa itu makna jiwa besar, lalu kesakitan hati yang membarah, yang merenggut tenaga, yang memakan semangat, segalanya dipandang terlalu kecil dan remeh temeh. Hanya mereka yang berjiwa kecil sahaja memandang dunia sebagai hakikat, sedang lawan kepada kecil jiwa memandang akhirat tempat penentu segala.
Akhirnya, untuk kesekian kali, untuk merdeka ini kami telah memilih. Untuk merdeka, betul-betul merdeka. Dari cerca, dari hinaan, dari tekanan, dari korban konspirasi kebodohan yang melampau, dari hati yang memilih kerana nafsu rendah, dari segala kerendahan.
Kami memilih menjadi Rajawali yang terbang tinggi. Kami memilih menjadi orang bertaqwa, meski belum berada di dalamnya, sekurang-kurangnya kami memilih dengan betul. Hanya orang yang merdeka sahaja mengerti, tempatnya sebagai hamba Tuhan. Dunia sebagai tempat ujian. Lain dari itu tidak penting, tidak pernah penting!

Kerana itu kami juga memilih, untuk menasihati rakan-rakan kami memilih yang hak, meski terpaksa berkorban kecintaan, berkorban kasih, berkorban rasa sayang yang membajai dan melubuk dalam hati. Kerana yang hak itu lebih dahulu berada dalam hierarki pertama pertanggungjawaban, yang lain-lainnya biarlah disusun atur dengan bijak, atau jika perlu tinggalkan ia pergi. Ya, yang ditinggal tidak penting, kerana memilih yang hak menunaikan amanah sebagai hamba, dan selamanya kami akan faham. Bukankah kami telah nyatakan, kami juga telah memilih?
Ya, jangan sedih. Jangan marah. Jangan berlarut-larut dalam kesedihan, kerana nanti kamu tidak mampu untuk berlari, dan berlari laju.
Bagi mereka yang memilih menjadi orang yang bertaqwa, senyumlah. Kerana rezeki kamu telah lebih dahulu dijanjikan Allah, malah dari tempat yang tidak pernah kamu sangka.
La haula wa, quwwata ila billahi a’liyil azim.

Comments
sesuatu yang sangat2 mustahil akan berlaku dalam hidup ini.
sesuatu yang tak terjangkau di dalam jangkaan akan berlaku.
Masya Allah!
Sungguh!
Ujian Tuhan Maha Penyayang itu sangat2 aneh2 untuk dimengertikan.Untuk disimpulkan, untuk dihadapi dengan tabah, dengan berlapang dada dan memaafkan, menyantuni kembali manusia yang bersikap zalim pada diri.
Untuk ujian itu, daya intelektual sangat tidak berguna, hati sangat payah untuk dipujuk, berulang kali membisikkan janji2 Tuhan Ya-Rabb yang menjanjikan Syurga yang dibawahnya mengalir beberapa sungai untuk orang2 bertaqwa...
Sungguh!
Sangat lelah menghadapi semua ini, berbuih membicarakan perkara yang tidak membawa erti ini, sehingga tidak sedar Malaikat Ratib sibuk menulis dengan hampa!
"Dan sesungguhnya telah Engkau wajibkan hamba-hambaMu beribadah kepadaMu, Engkau perintahkan mereka untuk berdoa kepadaMu,
dan Engkau beri jaminan kepada mereka ijabah,Maka kerana itu, kepadaMu, Ya Rabbi!, aku hadapkan wajahku,Dan kepadaMuYa Rabbi!, aku hulurkan tanganku (memohon doa),
maka demi KebesaranMu,perkenankanlah doaku!
Tanpa waras, tanpa mental yang sihat (anda mungkin mengalami simptom kekurangan vitamin B) tindakan akan jadi paradoks yang menyolok - kita tidak mahu itu bukan.
Kerana itu kita perlu selalu, belajar bersabar, dengan mengintimi kalam Tuhan, hanya dengan itu anda mengenal dikotomi-mereka yang berjiwa besar dan jiwa kecil.
Seperti kata anda, kita dilimpahi nikmat Tuhan yang tidak terjangkau, lalu mengapa kita masih mengeluh dengan ujian sekecil ini?
Asal Turabiy
Hari Senyum Sedunia Saya