Posts

Showing posts from January, 2008

andai

Image
andai hikmah usai peristiwa lelah tanpa marah redha dalam jeda lihat dari lahad dengar tika hingar tabah kala kalah ikhlas kan sirna? telah tekad bulat jalan ini liku arah dikhianati keringat sia-sia mata sayu sedih itu satu sabar kan jelma? biar langit hitam tetap diam dalam telaga penuh derita
Sahibus Samahah - yang dikagumi - telah pulang ke kampung halaman untuk hidup dalam abadi SS Datuk Ishak Baharom

Cerah Langit Permulaan

Dalam entri saya tentang Langit Permulaan Bagi yang berdoa bersama saya, terima kasih. Langit Permulaan menemui cerah warnanya semalam. Sembah takzim pada yang mempercayai diri, menyokong, mendorong dan membimbing tanpa mengenal lelah. Penghargaan terima kasih ini untuk kalian. untuk Bonda, dan Ayah yang memandang saya dari atas sana. Untuk Abang yang menggugah pemikiran dengan satu sabda Nabi Pamungkas, akhirnya kutemui jalan pulang ke telaga dan mula menyayangi pena. Jazakallahu khairan katsiran.

Berfikir - satu kemahiran?

Rupanya, berfikir juga satu kemahiran. Mereka yang biasa disuapkan, kita akan dapati amat payah untuk menjana fakulti minda. Golongan ini amat mudah dikenal, dengan pergerakan yang lemban dan amat perlahan untuk respon kepada persekitaran. Golongan ini juga suka membuat keputusan tanpa disandarkan kepada fakta yang tepat. Pendek kata, emosi lebih didahulukan berbanding rasional dan etika. Satu ciri lain, mereka lebih suka menjadi pengulang kepada idea-idea yang dikemukakan oleh pendahulu, berbanding menjadi pemuka menjadi penjana idea yang lebih original sifatnya. Entah berfikir dan mampu berfikir itu baik, pasti akan ada yang mempertikaikan kriterianya. Bagi saya, cukuplah apa yang ditunjuki dalam Al Quran, yang secara konsisten merujuk kepada daya fikir, orang yang berfikir, dan usaha kepada pemikiran kritis. Untuk saya, tiada kompromi dalam meletakkan Al Quran sebagai piawai. Absolut, ultimat dan kekal! Untuk hari ini, moga-moga, jangan ada yang berpatah arang untuk menjadi pemiki...

Erti Hidup

Apa yang memberi anda rasa hidup? Bila kita mempunyai ruang untuk berjuang, percaya pada perubahan melakukan sesuatu bukan kerana pulangan meski payah, teruskan juga teruskan, kita percaya itu untuk kebaikkan generasi masa depan bukan? dan kita tidak takut cela orang mencela kita tidak takut herdikan orang yang mengherdik dan kita harus bangga kerana berani berdiri tegak dan gagah orang tidak perlu tahu mengapa kita lakukan segala ini ini perjuangan kamu dan aku sedang lelah dalam hati ada keluhan tapi aku tahu engkau juga tahu yang kita tidak akan berhenti kerana hanya dengan ini kita telah hidup bernafas dengan bebas!

My Father Has Return

Langit 8 Muharram terang hangat, kering, kontang malam yang dingin dipeluk angin rindu menyapa dibalik mata simpati dalam lelah, ayahanda telah kembali

Derita Muharram

Bila menangis pemergian Disifat perilaku berlebih-lebihan Apalagi yang tinggal Bila saudara sedarah dihabisi Dalam derita paling mengharukan di medan sejarah Dunia merah di hari darah membasahi tanah Karbala Asyura tidak pernah gembira menjemput kehadiran dirinya Juntaian manik pasti akan luruh berguguran Dari kelopak mata yang hiba Melainkan hati sudah hilang cinta kasih Pada kesayangan Abal Qassim, si pemilik telaga Kautsar Mungkinkah akan terukir senyuman di bibir As – Sajjad Bisakah rambut Zainab kembali hitam bersinar Mengenangkan detik-detik pemergian Penghulu pemuda syurga Di hujung mata pedang tanpa hak Wahai jasad dimuliakan langit dan bumi Wahai roh dijemput penuh kemulian pulang ke pangkuan Wahai dunia yang derita, tanah yang merah Wahai hari yang berduka, jiwa yang lara Ya Asghar dihujani panah yang buta Ya Abal Fadhl dalam perjuangan tidak pernah berkesudahan Ya Sakinah tabahlah jiwa dan hati Ya Zainal Abidin bekalmu sepasang mata yang menyaksi Redhakanlah pemergiaan syuha...

Asyura

قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى Katakanlah (hai Nabi) aku tidak minta upah apa pun dari kalian (atas) ajakanku selain cinta kasih dalam al Qurba (As-Syura:23) قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ Katakanlah (hai Nabi) aku tidak minta upah apa pun dari kalian atas hal itu (risalah) dan aku bukanlah orang yang mengada-ngada (As-Shad:86) 'بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Allah (Al-Maidah:67) يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُ Mereka mengkehendaki memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah tidak mengkehendaki lain kecuali menyempurnakan cahayaNya, meski tidak disukai orang-orang kafir (At-Taubah:32)
Image
Muharram yang diperbaharui ikrar setiap munculnya yang tidak difahami apa perlunya yang dianugerah dan diganjari yang diretorika setiap majlis yang diberi cuti perjalanan jauh getir bersabung nyawa kesinambungan risalah langit tidak pernah dirasa berpindah? jahiliyyah ke cahaya iman kepimpinan hina menuju kematian sementara atau kekal hidup dan mati tetap bertemuNya ada harga untuk dinilai benarkah? syahadah untuk Tuhan?

Al Kahfi di tahun baru solar 2008

Image
Telah banyak hadith Rasulullah sawa yang menyangkut intim dengan surah Al Kahfi. Surah Al Kahfi sebagai pelindung di akhir zaman dari onar yang di bawah oleh Al Masih palsu ( false Messiah ) - Al Masih Dajjal. Hadiah terbaik tahun baru solar, menyingkap misteri disebalik pesan Rasulullah adalah = tidak ternilaikan. Kita: berbicara tentang kelas dan ketidak seimbangan ekonomi, bahasa yang dilacur dan dimandulkan, pemimpin yang korup dengan libido intelektual dan kefahaman tentang bangsa yang lama mati pucuk, pemimpin-pemimpin agama yang dikuasai assabiyah, wathaniyyah dan yang slogan 'ikutlah jalurku, hanya ini jalan selamat', makanan tidak asli yang diracuni atas nama meningkatkan produktiviti, Order Baru Dunia, perang, kemusnahan, sembelihan manusia tanpa rasa kemanusiaan, bencana alam, kemusnahan secara drastik manusiawi, segala. Kesimpulan: sungguh, ini dunia tanpa Tuhan dan harapan (Godless dan Hopeless) Menjumpai semula Al Fityatu=Pemuda ajaib Ashab Kahfi dan anjing yang s...
Langit akrab dalam limpahan menanti ketibaan melangkah samawat bukaan dimensi waktu ketika merangkak disambut bahtera Nuh inkarnasi sejarah peristiwa berdarah manusia parah cederai janji telah dipegang tali amal, lisan, hati selamatkanlah, selamatkanlah, selamatkanlah

Al-Quran~Tahan Ujian masa

Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat menerangkan tentang kisah sejarah lama. Sebagai contoh mengenai peradaban masa silam, tamadun Mesir, Kerajaan Rom dan Persia, kisah Nabi Adam a.s., dan sebagainya. Ada ayat yang mengatakan tentang peristiwa zaman moden, seperti kajian saintifik perkembangan embrio dalam rahim manusia, kajian ilmiah menganai sel, atom, peredaran matahari dan planet-planet di angkasa, penemuan zon masa, kerajaan haiwan (animal kingdom) dan banyak lagi, juga tentang keterangan zaman akan datang, hari kebangkitan, hari kiamat, Hari Pengadilan dan syurga dan neraka. Semua keterangan tentang perubahan ‘zaman’ ini telah dibuktikan, kebanyakkannya dengan kaedah saintifik dengan penemuan teknologi dan penciptaan alat-alat moden. Satu maklumat yang amat mengagumkan yang barangkali jarang dibincangkan sebelum ini, disebalik segala ayat yang tercatat dalam Al-Quran dan telah dibuktikan, iaitu ayat yang diturunkan yang tahan ujian masa, walaupun jika difikir dengan rasional dan logi...