Al Kahfi di tahun baru solar 2008


Telah banyak hadith Rasulullah sawa yang menyangkut intim dengan surah Al Kahfi. Surah Al Kahfi sebagai pelindung di akhir zaman dari onar yang di bawah oleh Al Masih palsu (false Messiah) - Al Masih Dajjal.
Hadiah terbaik tahun baru solar, menyingkap misteri disebalik pesan Rasulullah adalah = tidak ternilaikan.
Kita: berbicara tentang kelas dan ketidak seimbangan ekonomi, bahasa yang dilacur dan dimandulkan, pemimpin yang korup dengan libido intelektual dan kefahaman tentang bangsa yang lama mati pucuk, pemimpin-pemimpin agama yang dikuasai assabiyah, wathaniyyah dan yang slogan 'ikutlah jalurku, hanya ini jalan selamat', makanan tidak asli yang diracuni atas nama meningkatkan produktiviti, Order Baru Dunia, perang, kemusnahan, sembelihan manusia tanpa rasa kemanusiaan, bencana alam, kemusnahan secara drastik manusiawi, segala.
Kesimpulan: sungguh, ini dunia tanpa Tuhan dan harapan (Godless dan Hopeless)
Menjumpai semula Al Fityatu=Pemuda ajaib Ashab Kahfi dan anjing yang setia, dalam mencari erti pada bobrok zaman, saya telah temui jawapan!
Jadi saya tidak hairan, kerana ini zaman, semuanya menyembah apa-apa sahaja kecuali Tuhan.
Am hasibta anna Ashabul Kahfi wal Raqim Kaana min ayatina a'jaba?
Ashabul Kahfi benar keadilan Tuhan, dimuliakan sedemikian rupa. Adrikni Ya!




Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK