Friday, January 11, 2008

Muharram

yang diperbaharui ikrar setiap munculnya
yang tidak difahami apa perlunya
yang dianugerah dan diganjari
yang diretorika setiap majlis
yang diberi cuti

perjalanan jauh
getir bersabung nyawa
kesinambungan risalah langit
tidak pernah dirasa

berpindah?
jahiliyyah ke cahaya iman
kepimpinan hina menuju kematian
sementara atau kekal
hidup dan mati
tetap bertemuNya

ada harga
untuk dinilai
benarkah?
syahadah
untuk Tuhan?

No comments: