Berfikir - satu kemahiran?

Rupanya, berfikir juga satu kemahiran. Mereka yang biasa disuapkan, kita akan dapati amat payah untuk menjana fakulti minda. Golongan ini amat mudah dikenal, dengan pergerakan yang lemban dan amat perlahan untuk respon kepada persekitaran. Golongan ini juga suka membuat keputusan tanpa disandarkan kepada fakta yang tepat. Pendek kata, emosi lebih didahulukan berbanding rasional dan etika. Satu ciri lain, mereka lebih suka menjadi pengulang kepada idea-idea yang dikemukakan oleh pendahulu, berbanding menjadi pemuka menjadi penjana idea yang lebih original sifatnya.
Entah berfikir dan mampu berfikir itu baik, pasti akan ada yang mempertikaikan kriterianya. Bagi saya, cukuplah apa yang ditunjuki dalam Al Quran, yang secara konsisten merujuk kepada daya fikir, orang yang berfikir, dan usaha kepada pemikiran kritis. Untuk saya, tiada kompromi dalam meletakkan Al Quran sebagai piawai. Absolut, ultimat dan kekal!
Untuk hari ini, moga-moga, jangan ada yang berpatah arang untuk menjadi pemikir, hanya kerana kritikan dan celaan mereka yang lemah dan malas untuk menjana fakulti minda.
Adakah sama orang yang berfikir dan yang ditidak berfikir?

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK