Erti Hidup

Apa yang memberi anda rasa hidup?

Bila kita mempunyai ruang
untuk berjuang, percaya pada perubahan
melakukan sesuatu bukan kerana pulangan
meski payah, teruskan juga
teruskan, kita percaya itu
untuk kebaikkan generasi masa depan bukan?
dan kita tidak takut cela orang mencela
kita tidak takut herdikan orang yang mengherdik
dan kita harus bangga kerana berani berdiri
tegak dan gagah
orang tidak perlu tahu mengapa kita lakukan segala ini
ini perjuangan
kamu dan aku sedang lelah
dalam hati ada keluhan
tapi aku tahu
engkau juga tahu
yang kita
tidak akan berhenti
kerana hanya dengan ini
kita telah hidup
bernafas
dengan bebas!

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK