Aku mahu jadi?


Aku mahu belajar tinggi-tinggi, sampai pandai. Sampai tidak ada kelayakan lain yang lebih tinggi lebih dari sijil yang bakal ku gapai. Kemudian aku mahu jadi calon. Bertanding di bawah bendera di negara yang mengamalkan demokrasi. Yang mengadakan pilihanraya. Untuk itu aku tidak perlu berkira-kira, apakah signifikasinya jika aku adalah seorang polos dari Bangsa Hazara yang mendiami perkampungan sunyi di daerah Bamian. Aku kira mereka tidak akan peduli jika aku bukan kaum Uzbek, Tajiks atau Pashtun. Adakah mereka akan menggali susur galurku dari keturunan Genghis Khan? Mungkin tidak, pada waktu itu aku adalah calon dari parti bekas pemerintah. Jadi undi akan mudah berpihak padaku. Yang pandai itu aku. Kerana mereka tidak mahu ambil tahu selain apa-apa yang ada di media utama. Yang dicetak ikut kemahuan golongan pemodal yang dibayar apa-apa. Apa-apa saja, yang disenangi. Kemudian aku akan janjikan pembangunan. Fizikal yang wajib, jiwa tidak perlu, roh tidak penting, bahasa lebih-lebihlah lagi. Sastera, tidak payahlah. Nanti, bila sudah jadi cerdik pandai aku akan jadi calon. Sebelum itu, tidak kisah kalau aku tidak mendaftar untuk mengundi. Bukan apa-apa pun mengundi. Siapa yang peduli? Nasib akan berubahkah? Esok waktu mengundi aku akan pulang juga, bukan untuk mengundi, tapi untuk bercuti. Nasib akan berubahkah?

Comments

Anonymous said…
Saya sangat takut Kak, pada pilihanraya ini.

Keji. Manusia yang sungguh keji. Benarlah Firman Tuhan yang menyuruh kita memohon pertolongan daripada segala kejahatan - dalam surah-Nya An-Nas dan Al-Falaq.

Takut pertumpahan darah akan berlaku. Takut Kuasa asing akan masuk campur. Yang lebih takut- bencana alam akan menimpa akibat Kemarahan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Takut Rahmat Tuhan Yang Maha Agung ditarik balik. Takut Yang Maha Mengasihani tidak akan lagi mengira orang-orang tua yang lemah, wanita-wanita dan bayi-bayi yang sepatutnya menjadi penghalang kepada pembalasan Tuhan tidak akan lagi diambil kira dalam kejadian takdir.

Ya Allah. Engkau lah Pengharapan ku. Selamat kan kami.
Anonymous said…
Cuti sahaja. Tapi pelik. Beban kerja tidak pernah ada dalam kamus kehidupan. Cuti atau tidak.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK