Lemau
E : Eh, apo ko lomau bona biskut ni. (Selepas merasa sedikit terus mencampak biskut ke lantai) . (Menggaru-garu kepala relax tanpa rasa bersalah) A : Sebenarnya biskut ni masa beli tu tak lemau. E : Abih tu? A : Sebelum kau makan tu, biskut tu dah terdedah seminggu. Lepas buka tu aku lupa nak tutup. Lupa juga nak masuk dalam bekas. Biskut yang sama juga aku masuk dalam beg. Dalam beg tu banyak pula buku cover keras. So dah bertimpa-timpa dengan buku-buku tu. Pulaknya, masa pergi bercuti di Teluk Cempedak, tak sempat aku nak tukar baju dia orang pakat ramai-ramai campak aku masuk dalam laut. Dengan beg-beg aku masuk dalam laut. Dengan biskut-biskut tu masuk dalam laut. Tapi aku bijak la sikit, lepas tu aku jemur la biskut tu bagi kering. Ambil 5 hari jugak la nak kering. Lepas kering lupa lagi nak masuk dalam bekas. Tapi masa jemur tu, aku biar je tak tengok-tengok pun. Tapi heran juga, dalam pada menjemur tu banyak la dengar bunyi burung, bunyi ayam, bunyi kucing, bunyi-bunyi haiwan...