Massugu Itte Migi 1



"Tiada siapa yang memaksa kamu Iskandar Ichiro, kamu tahu itu bukan?" Mak menyentap leka Iskandar Ichiro.

Ada gerun yang menyeluruhi segenap indera dan nadi bila nama dipanggil penuh-penuh begitu. Selalu panggilan seperti ini akan menangkap perhatian Iskandar Ichiro segera. Terutama apabila Iskandar Ichiro membuat salah, atau orang mahu dia memusatkan perhatian segera. Tapi ucapan kali ini aneh. Gerunnya lebih menggugah. Lebih menggigit sehingga masuk ke lubb. Akal sedar dan roh sekaligus.

Sarah masih senyum. Senyum yang putih.

Itu panggilan nama yang menjemput dua rasa, tanggungjawab dan amanah. Adakah Sarah faham? Sarah mahu dia menjawab apa kepada Mak? Iskandar Ichiro masih belum pasti dapatkah dia menerima Sarah sepenuhnya. Sarah yang tidak bercakap. Sarah yang tidak berjalan. Sarah yang tidak dapat mengurus diri. Sarah yang membiarkan air liur jatuh berjejeran di lantai. Sarah yang malang.

"Saya tidak dipaksa Mak".

Khali.

Senyum Sarah masih putih.

Comments

ieka said…
kenapa kali ini saya sudah tidak senyum, tapi gelak mengekek? kekekek aduss.. sungguh sudah berubah daripada sarah mahu menjadi iskandar ichiro pula:p

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK