Massugu Itte Migi 3

Saat itu juga wajah Sarah berubah. Mendung, terkesima, kelam. Ruang tamu rumah Mak dilatari dengan suara Sarah yang mendayu. Mak cepat-cepat meletakkan teko di atas meja makan dan kemudian mencempung Sarah segera ke sinki. Mulut Sarah berselepat putih di cuci bersih-bersih. Hati Sarah masih lara. Menghamburkan tangis tidak henti. Mendayu, merayu, mengadu, merintih. Ada kesal di hati Iskandar Ichiro. Tangan Ichiro pantas membersih lantai yang dikotori Sarah.

Ichiro merapati Mak yang sedang mendukung Sarah. Sarah memandang Ichiro tepat-tepat ke dalam mata. Mohon simpati. Tidak pernah Sarah menangis begitu.

“Perlukah kau tambah luka hati Sarah. Tanah Mama dan Papa Sarah masih lagi merah”.

Hati Iskandar Ichiro agam dalam rasa bersalah yang mendalam. Ichiro meminta Sarah dari Mak. Sarah didakapan Ichiro masih memandang. Sarah mengelipkan mata sekali. Dua butir air matanya jatuh perlahan, di kiri dan kanan. Ichiro menyeka dengan ibu jari, esak Sarah berhenti. Sarah melentokkan kepalanya di bahu Ichiro yang bidang. Sarah tenang di situ.

Comments

Anonymous said…
kadang2 ku rasa...

Sarah ini kucing!

betul kah? ehmmmmmm
Anonymous said…
Kerana kadang2 watak yang kamu cerita ini akan sungguh melangkaui batasan pemikiran ku..:D
Anonymous said…
bila baca, terbayangkan diri sendiri jadi watak dalam cerita ni (adakah disebabkan namanya sama?) best... sambungan?

anis sarah

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK