Jadilah Guru yang Terbaik

Sempena Hari Guru, Selamat Hari Guru. Paling utama Guru kepada sekalian Guru, Nabi Muhammad sawa.
Imam-imam yang mewarisi ilmu dari Rasulullah.
Untuk semua Guru-guru, Ustaz Ustazah, Teachers, Pensyarah-penyarah, Profesor-profesor, Guru teknikal, Guru non-teknikal, Guru rujukan agama, Guru falsafah dunia dan akhirat, Guru yang menulis buku yang membolehkan ilmu dibaca walau merentas benua, Guru yang mengajari menulis, Guru yang membuat saya menulis semula, bakal Guru-guru saya.
Untuk Guru-guru Adik saya, dan Guru-guru Adik-adik saya yang lain.
Salam dan sejahtera untuk kalian di dunia dan akhirat. Perhargaan di blog ini tahun-tahun yang lalu di sini dan di sini. Kupanjatkan doa untuk kalian, sentiasa.
Untuk semua Guru-guru dan bakal guru (ya! anda), jadilah Guru yang terbaik. Nilailah pelajar-pelajar dengan apa yang patut mereka dinilai, supaya mereka boleh menjadi manusia yang sempurna dan tidak bersandar dengan harapan palsu. Moga Hang Nadim akan lahir lagi di Malaysia, dan lebih ramai Ibn Sina di dunia.
Guru, andalah harapan itu!

Comments

ieka said…
selamat hari guru utk awak jugak.. yg membuatkan saya belajar byk dr diri dan dari blog;)
Anonymous said…
kamu sentiasa sahaja berada dalam golongan antara guru-guruku yang terbaik.

Moga-moga du'aku mengenai guru-guru ku diangkat ke langit.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK