Terima Kasih Guru!


Kata panggilan lain untuk guru adalah cikgu. Saya sering disalah panggil oleh sepupu - sepupu, dan kadangkala anak - anak buah yang tersasul mengganggap saya ni muda lagi agaknya. Mereka memanggil saya 'Cikgu'. Patutnya KakJu atau MakJu. Lagi - lagi mereka yang tergesa - gesa untuk bercakap. Dalam http://www.karyanet.com.my, maksud guru adalah orang yang mengajar, pengajar, pendidik dan pengasuh. Ada orang luar memanggil saya cikgu juga. Ada orang kata saya cikgu, tapi saya rasa istilah yang paling sesuai adalah 'knowledge provider', sebab selain mengajar saya tidak lakukan tugas mendidik dan mengasuh. Jadi panggilan hormat 'Cikgu' itu, segan sikit saya untuk menerimanya. Serasakan tidak layak pun ada juga.
Untuk semua guru - guru yang telah banyak membentuk diri dan memberikan pengertian yang benar dalam hidup, yang banyak berkorban melayan kerenah, yang berusaha mengenal potensi dan membuat kenal diri, yang mentarbiyyah, yang memasukkan hati dengan kasih dan sayang, yang mengajar tanpa kenal penat jemu dan lelah, yang kenalkan huruf A, B, C, Alif, Ba, Ta, segala - galanya. Yang memberi pengetahuan tentang nilai, dan membuatkan saya boleh menilai. Terima Kasih Cikgu.
Cikgu - cikgu Muqaddam dan Quran
Mak dan Ayah
Cikgu - cikgu Sekolah Rendah
Cikgu Miah Zuki, Cikgu Rohani, Cikgu Karim, Cikgu Rokiyyah, Cikgu Noor Rahman, Cikgu Ahmad Syukri Ariffin. Ustaz2 dan Ustazah, Cikgu2 Bahasa Inggeris, Cikgu Daud yang mengajar tulisan jawi, cikgu-cikgu yang lain.
Cikgu - cikgu Sekolah Menengah
Cikgu Rozana, Cikgu Norkiah, Ustazah NorAin, Cikgu Ayyub, Cikgu Rahillah, Ustaz Pozi, Ustaz Sofwan, Cikgu Mayuni, Cikgu Kamal, Cikgu Rahmah, dll di Maahad Dinni Islami Rawang, teachers, ustaz dan ustazah.
Cikgu M Nasir, Cikgu Dzukifli Supin, Cikgu Mordiah Morsidi, Cikgu Rafeah, Cikgu Rohaya, Cikgu Adeenan, Cikgu Fazilah, Cikgu Rajendra, Cikgu Ahmad Yassin, Ustaz Jamatollail, Cikgu2 yang lain di Teluk Intan.
Respected Lecturers
To all that provide me with the knowledge in this field.
And the Greatest Teacher of All, Muhammad s.a.w.a
THANK YOU!

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?