Ganti Nyawa, Khabar dan Odisi ke Daerah Ilham
Ganti Nyawa
Ini kisah masyarakat, yang benar terjadi. Bukan cerita drama tivi yang dibuat-buat. Bukan skrip drama filem yang diangkat untuk mengisahkan sepi dan mengenai derita. Baru pulang ke daerah mencari rezeki ini, saya dikejutkan dengan berita kematian seorang staf akibat kemalangan jalan raya. Yang arwah adalah seorang suami yang punya isteri sedang sarat mengandung. Si suami diberitakan kemalangan dengan kenderaan membawa orang kurang upaya. Kemalangan berlaku dekat-dekat sahaja. Diceritakan, arwah telah pun kehabisan nyawa di tempat kemalangan. Rakan-rakan arwah menghubungi isteri dan sempatlah isteri berada di tempat kejadian. Sang isteri yang sedang sarat, menyeluruhi wajah suami yang sudah bercerai nyawa. Menciumi suami dan memeluknya penuh kasih. Tiba-tiba, sampailah seru alam. Ketika itulah isteri yang sudah kehilangan tempat bergantung, merasa sakit untuk bersalin. Dan bergegaslah para penyaksi membawanya ke hospital. Dan lahirlah seorang bayi, di hari kematian ayahandanya....
Khabar
Mereka yang bertanya khabar. Owh terima kasih. Saya sihat-sihat dua hari selepas pulang. Kemudian jatuh sakit semula. Bagaimana ya, untuk saya opt untuk pencen pada umur 58 tahun. Sedang sekarang pun selalu tidak cergas sepenuhnya (term untuk pemain bola, by the way Jerman menewaskan Portugal di separuh akhir, yehoo). Jangan bimbang, saya elok-elok sahaja. Ini sebenarnya tiket untuk saya berkelubung sepanjang hari, melayan virus yang degil sambil menonton DVD (hehehe). Owh, saya makan ubat juga, jangan risau. Kata kawan, kadang-kadang sakit adalah petanda badan minta dimanjakan. Betul juga.
Odisi ke Daerah Ilham
Saya perlu melakukan odisi ini. Bagai memanggil ayah yang pulang. Bagai merasa kehadiran K Ngah. Dan bergurau senda dengan Syafiq. Moga langit menyantuni saya dan menurunkan hadiahnya yang mencurah-curah.
Comments
sapa yang meninggal?
innalillah...
suami staf ladang
innalillahi wa inna ilaihi rajioon