Amir Hamzah & Tentang Doa Lagi

Amir Hamzah
Hikayat Amir Hamzah edisi bahasa lama akhirnya ditangan saya! :) atas pinjaman dan ianya sudah semestinya harta berharga dari teman yang baik hati memberi pinjam. Jazakallahu khairan. Sudahkah saya beritahu, saya amat tidak pandai membaca hikayat, tapi sedang belajar membacanya berdikit-dikit, pelan-pelan kata orang (cam pelan sangat je kan :P).

Tentang Doa
Saya teringat cerita cerekarama, casting yang bagus. Sheila Rusly sebagai ibu, Iqram Dinzly sebagai anak derhaka. Tajuknya saya sudah lupa. Tapi yang pasti, cerita itu seperti mengangkat cerita yang selalu masuk dalam kotak inbox email kita. Cerita mengenai seorang ibu yang buta sebelah mata, miskin, yang berjuang hidup untuk satu. Agar anak mendapat yang terbaik dan mempunyai kehidupan yang bahagia. Sedang anak yang bijak dalam pelajaran, tapi malu dengan ibu sendiri yang miskin dan buta. Membelakangkan ibu dalam segala-galanya, meski tetap bergantung wang pada ibu yang susah payah mencari. Pendek cerita, anaknya itu memang anak derhaka. Meski ibu meninggal dunia pun dia tidak tahu. Tetapi anaknya tetap berjaya, kaya raya dan menjalani hidup dengan mudah waktu ibunya masih hidup. Bila ibunya meninggal, hidup anak derhaka ini mula jadi serba tidak kena. Baru dia terkenang ibu dan balik ke kampung. Yang tinggal hanyalah rumah ibu yang uzur dan kosong. Jiran merangkap kawan baik ibulah yang memberitahu, ibunya sudah pergi.
Rupanya hidup anak derhaka ini masih senang dan mudah ketika hayat ibu, kerana dia dilindungi oleh doa sang ibu. Meski ibunya dizalimi. Dilukai hatinya. Ditinggal seorang. Ibunya tetap berdoa tentang kesejahteraan anak. Meski apa saja derita yang mengiringi ibu yang buta. Barulah anak derhaka ini tahu bahawa doa ibulah yang menjadi pelindung kepada segala mara bahaya meski dia berlaku zalim kepada ibunya. (Jika sesiapa yang melihat drama ini, pasti bersetuju bahawa anak ini memang zalim dan derhaka).
Dan diakhir kisah, sang anak diwarisi sepucuk surat. Dalam surat ibu, ibunya bercerita. Pada waktu kecil, anak derhaka ini kemalangan sehingga menyebabkan dia cacat sebelah penglihatan. Kerana ibu tidak mahu anaknya nanti dihina buta, sang ibu rela memberikan mata. Kata ibu, biarlah anaknya sempurna dan melihat dunia melalui matanya. Segala jerih perih kehidupan yang lain, biarlah ibu menanggung seorang.
Rupanya, doa itu juga sebuah perisai ghaib yang terhijab dari pandangan kasad mata. Kita tidak pernah tahu, bahawa doa-doa ibu juga ayah terangkat ke langit dan melindungi kita kemas-kemas. (Agaknya doa gemulah ayahlah yang memanggil, sehingga kami sampai ke haramain). Seperti berada dalam kapsul, kita selalu berjalan dengan aman di muka bumi tanpa disedari kita dilindungi.
Saya juga percaya, doa orang yang mendoakan kita tulus, baik dari keluarga, teman-teman, guru-guru, anak-anak murid, diberi magis yang serupa dengan doa ibu dan ayah.
Juga doa-doa dari para Nabi, yang berdoa sehingga merentasi sempadan ruang, masa dan zaman, untuk umatnya di hari hadapan, lama sudah dimakbul langit. Absolut magis pula sifatnya. Diangkat dalam perjalanan transendental yang juga ghaib, ada dan melindungi, tapi tetap juga kita tidak merasainya.

Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata:
“Tidak ada seorangpun hamba yang mengangkat tangannya kepada Allah azza wa jalla, kecuali Allah malu mengembalikan tangannya dengan tangan hampa. Sehingga Dia menjadikan pada tangannya bagian dari karunia dan rahmat-Nya sesuai dengan kehendak-Nya. Karena itu jika salah seorang dari kamu berdoa, maka hendaknya ia tidak mengembalikan tangannya kecuali ia mengusapkan tangannya pada kepala dan wajahnya.”




Comments

ieka said…
:) senyum lagi..pada cik puan yg berbahasa tinggi ini. juga tentang doa, mengingatkan saya cerita kita tadi. :D

senyum sahaja. sambil mengucapkan semoga mendapat ilham yang baik2, juga dipermudahkan urusan, serta selamat membaca amir hamzah.

alHamdulillah cerite saya sudah selesai. bakal berkongsi tak lama lagi:p
Anonymous said…
gue sangat suka entry kamu berkenaan du'a.

memberi kesan yang sangat dalam dalam diri gue..

apakah kabo?senyap sahaja...hope everything goes well with you..insyaAllah..

rusuh lagi kah?

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK