Kembali again.

Alhamdulillah, akhirnya kembali di daerah yang tenang ini. Dan tulang belakang bolehlah diluruskan kembali, puas-puas (boleh ke?), sebelum juang semula.
Oh kawan-kawan, sumimasen, maaf ye.
Saya baru kembali dari menguruskan satu seminar. Menghadiri dan mengurus, adalah 2 perkara yang terlalu besar jurangnya. Ada orang tidak berapa suka mengurus seminar, tapi bagi saya, meski kelelahan dan letih terasa tidak berpenghujung, saya tetap suka kerana dapat belajar banyak perkara. Terutama dalam mengenal manusia dan ragamnya.
Pelajaran mengenal manusia yang saya perolehi, adalah pelajaran hidup terpenting nombor 8 iaitu untuk selalu berhati-hati. Muka manis tidak selalu menjamin hati bersih dan ikhlas bukan? Mereka yang bersikap low profile, belum tentu dia juga manusia baik. Barangkali dia adalah juara tikam belakang yang paling hebat dalam dunia. Pelajaran hidup nombor 9 pula yang saya kutip dari seminar di Kuantan ialah dari frasa bahasa Inggeris, "Action speak louder than words". Owh, saya sangat percaya ini sekarang ini. Petah berkata-kata belum tentu dapat menjamin petah juga kerja-kerjanya.
Tapi esok lusa, lebih baik saya cuti panjang. Letih sangat rasanya. Juga ada janji yang belum tertunai.
Nak berjalan pula, jika ada kelapangan jenguk abang-abang, jenguk anak-anak gemulah K Ngah, jenguk kawan-kawan. Boleh ke?
p/s: Dapat tidak pinjam Hikayat Amir Hamzah? ermm, I wonder.

Comments

ieka said…
u should give me a call when u are around.. i usually will be here..with the book:p

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK