Kereta Baru

“Kita orang rasa KD tu patut dah tukar baru dah tu. Wira pun patut tukar jugak”.

Saya senyum segar. Layan sahaja, macam tidak kenal mereka.

“Vios atau City. Dua-dua tu OK, minyak pun jimat sangat kalau pakai Vios sekarang ini”.

Saya layan obsessi mereka tentang kereta baru dengan senyum. Agak-agak entah apa yang mereka katakan tentang KD dibelakang saya. Kesian KD. KD pun bukannya ada bersama saya sekarang ini. Nun jauh di bawah langit Keramat yang mesra. Harap-harap KD akan tetap tahu kesetiaan saya bagaimana, “ikhlas-ikhlaskanlah berkhidmat pada dua kesayangan saya itu ya KD”, pesan saya yang bisu.

“Boleh kira berapa yang patut bayar kalau ada calculator. Bak sini, biar saya kira”.

Saya layan lagi dengan menyerahkan calculator scientific zaman belajar dulu. Lama sudah. Berapa tahun agaknya?

“Kalau ditolak untuk bayaran muka, interest 2.5%, boleh pinjam sehingga 9 tahun”, tekan itu, tekan ini, “Hah, ini dia bayaran yang patut bayar bulan-bulan”, saya melihat skrin kalkulator bersungguh.

Mereka pun bercerita mengenai hal-hal kereta baru itu dan ini. Tentang status kerja dan kereta. Tentang imej dan segala. Ah, status ini liabiliti rupanya untuk punya teman seperti KD. Tidak mengapa KD, saya tidak melihat dunia seperti itu.

Cerita masih belum selesai. Gurau-gurau mengenai kereta baru. Kira-kira mengenai bayaran. Cerita-cerita tentang penjimatan minyak dengan kereta baru. Cerita kereta baru di mana-mana.

Saya terkenang KD. Dia jauh di sana, meledani dua kesayangan saya, moga ikhlasmu ikhlas. Tidak sirna. Hanya KD yang pernah membenarkan tempat duduk bahagian depannya menampung berat badan Ayah yang bertongkat. Hanya KD menyaksi dan pernah membawa Kak Ngah bersarapan di Seksyen 8 atau di masjid negeri. Hanya KD mendengar lawak jenaka sinis Syafiq yang tidak segan silu. Mungkin KD juga mentertawa saya masa itu. Hanya KD membawa Sarah dengan aman, dan melihat Sarah tenang di dada saya girang. Dan KD, menyerah khidmat pada 2 kesayangan saya di dada langit Keramat sekarang ini dengan rela.

KD membawa saya ke kuburan. KD juga membawa saya ke syurga.

Kata teman, “Adik saya tengah belajar lagi. Ayah saya dah pencen”.

Kata saya, “Adik saya pun tengah belajar lagi, Ayah saya dah…tak ada”.

Jeda.

Saya teringat KD.

Saya senyum memancing tawa, "saya tukar, tapi saya mahu naik basikal. Minyak mahal sekarang kan?".

Dan ruang pecah tawa. Dalam hati, "KD membawa saya ke kuburan. KD juga membawa saya ke syurga".

Comments

Nur said…
ya,

KD jua banyak memberi saya jasa, membawa ke syurga..

Saya rindu ADP...yang sentiasa meredahi banjaran titiwangsa itu..sentiasa setia bersama saya...seorang perempuan yang lemah...

Saya rindu AFA...moga dia sentiasa berkhidmat untuk abah dan emak yang semakin lanjut usia nya..saya bersyukur! Saya sangat bersyukur ada AFA..
Jernih said…
Salam~

KD lebih muda dari HT. HT pun nak rasanya sudah berusia benar. Tapi masih lagi berputar 360 darjah dalam kelajuan optima. Ya ingin juga ku kahwin lagi satu selain HT. Apakan daya, hajat hati ingin memeluk gunung tapi tangan tidak kesampaian. Dalam suasana Queen ku sedang sarat mengandung 'pawn' yang ke 3, dalam suasana indeks inflasi melonjak, tarif letrik air dan air yang meningkat, kos sara hidup yang menggunung naik, ada priorititi2 yang lain, dalam keadaan Israel dan Amerika menunggu saat meluncurkan peluru2 berpandu ke Teheran dan sekitarnya, aku rasa hasrat aku itu perlu dipendam buat sementara waktu.

:} :} :} Ilal Liqo'
as said…
nur - hehe, gue tau rasa loe pada ADP dan AFA

jernih - HT tu tentu banyak berjasa, tapi HT pun ada maksud lain kan Hiz--- ------ hehehe
Aderi Aryasu said…
Setua2 HT dan boleh dianggap tua juga KD, tapi jangan lupa CP. Apatah lagi jasa CP yang tidak ternilai. Sebaik lahir jasad ini di muka bumi, turut mengikut CP dibawa sama. CP tidak berbelah bagi menyumbang pada pembelajaran diri ini. Saudara-saudara yang lain juga tidak CP hindari. Dan kini, CP sedang siap sedia di kem pembaikan untuk mengambil dos2 tambahan yang diperlukan bagi membantu diri ini kembali belajar di menara gading yang lebih tinggi. CP kelihatan agak tua, tapi seperti Ammar yang setia berjihad walau usia yang semakin lewat. Terima kasih CP, jasamu takkan ku lupa.
asal said…
aderi aryasu - kena ingat, CP yang mendodoikan kamu hampir setiap malam ketika masih bayi sbb sukar nak tidur cara biasa, kena angin luar dari jendela CP juga yg m'bolehkn kamu tidur.

harta bukan apa yg dimiliki utk dipertonton pada orang, tapi yang ada, berkat pada setiap zaman, sehingga boleh menjadikan individu itu, insan! dan itu yg CP telah lakukan lebih dua desawarsa. 3 engineer!
Jernih said…
Salam~

Tadi aku makan dengan bos aku balik dari tapak. Dia pesan roti banjir dan teh tarik lantas pergi ke tandas ada hajat. Aku duduk di meja dan mamak india pun datang bawak roti canai. Aku kata dekat mamak, eh! roti banjir lah!. Bos aku kata, tak pe, bolehlah aku tak kesah sangat fasal makanan. Inipun pada bos aku dah agak mewah.

Bos aku kata masa kecik dulu dia suasah. Bapak dia cuma buruh landasan keretapi. Duduk dekat kuarters tepi landasan dan tandas dan bilik air pun kongsi ramai-ramai. Pernah dia dan adik beradiknya seramai 8 orang minta sedekah cari makanan. Itu terjadi bila bapaknya yang dah mendiang terkandas bila banjir berlaku di Kelantan.

Bila minta makanan dekat orang, mula-mula orang bagilah tapi lama-lama, maki seranah. Ada orang yang bagi, tapi dengan cara mencampak macam anjing dibuatnya. Ada tauke kedai sampai bersuara kepada emak bos aku, apasal kau hantar semua anak kau ke sekolah kan belanjanya besar?. Kau kan susah. Baik kau hantar seorang dua kerja kat kedai aku ini, senang sikit belanja hidup kau.

Bos aku kata lagi, mak dia dengan selamba je kata kat tauke kedai tu dalam Bahasa Tamil. Bos aku kata, kalau alih bahasa dalam Bahasa lain, mungkin tak begitu tepat. Tapi lebih kurang dalam Bahasa Melayunya begini: "kalau aku terpaksa melacur untuk menyekolahkan anak-anak aku, itupun akan aku lakukan. Namun, membiarkan anak2 ku tanpa pendidikan dan sekolah, tidak sama sekali, pantang datuk nenek".

Walhasil, bos aku ni sekarang sudah segak. Gaji 5 angka sebulan. rumah dah lebih 3 buah, kereta Mercedes. Adik beradik dia pun semuanya berjaya (dari segi duniawi). Makcik yang lempar makanan tu dulupun dia pernah bawa naik Merc dia. Cuma makcik tu dah lupa peristiwa dia lempar makanan dan makcik tu pun dah rabun mata. Tak tahupun nak beza kereta Merz atau kereta Mr. Bean atau kereta lembu barangkali.

Moral of the story.

Orang yang susah dan payah dahulu, banyak yang mencapai kejayaan dan agak berkekalan juga. Fasal kesusahan mengajar kecekalan dan keberanian dan endurance mencapai objektif. Orang yang biasa senang-senang sejak dari kecil ni, ada sedikit payah sikit dalam persoalan sebegini. Kalau budak-budka dimanja-manjakan, nanti besar jadi susah. Pandai mengabih bogheh yo!, kata orang negori.

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?