Sakit Perut, Cuaca Panas dan Stress

1. Sakit Perut
Jika dicongak-congak dengan betul sudah 5 hari saya mengalami sakit perut yang tidak tahu punca dan tidak tahu bila akan sembuh. Jangan ditanya samada saya ke klinik dan berjumpa doktor, jawapannya tidak. Pertama kerana mengikut pengalaman lama, ini sakit yang biasa. Setelah berulang berjumpa dengan En T (tandas) dalam tempoh sehari dua, saya akan sihat, alhamdulillah. Jadi kali ini ia bukan pengalaman yang biasa. Untuk 3-4 jam saya akan rasa sangat sihat malah mahu membuat banyak benda. Kemudian, ketika serangan muka akan berpeluh-peluh, kemudian badan, kemudian perlu berjumpa En T seterusnya terjelopok menahan sakit dan lesu badan.
Kata orang, jika perut sihat badan pun sihat. Kata orang lagi, banyak penyakit datang kerana apa yang masuk dalam perut. Tetapi kalau perut itu sendiri yang bergolak, apa ke tandanya? Ermmm.
(p/s: jangan risau, jika keadaan tidak beransur baik, saya akan berjumpa dengan itu Doktor).
2. Cuaca Panas
Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekitar KL dan Selangor. Sehari lepas, petang dan pagi di Shah Alam dan KL masih sejuk. Awan masih menurunkan hujan dan menenangkan hari penghuninya. Tetapi lain di Pahang ini. Seminggu lepas, nampak cuaca seperti bagus dan tenang. Selang sehari akan hujan. Cuaca redup dan sejuk. Namun lain sangat sekarang. Saya tidak perlu menjadi pakar meteorologi untuk mengatakan sekarang pemanasan berada di tahap yang sangat ekstrim dan mencabar. Jarang sekali saya mengadu-ngadu tentang cuaca panas. Selalu saya menghadapi dan berdoa agar segera hujan datang. Tetapi dalam bulan Mei ini, sama seperti sakit perut ia lain macam. Waktu pagi panas, waktu tengahari melampau panas, waktu petang masih seperti itu dan malam tidak juga sejuk. Buktinya sepanjang masa saya akan berpeluh. Walaupun kipas dipasang paling maksimum. Tidak ada cara lain mengatasi haba dan hawa panas ini kecuali dengan memasang pendingin hawa. Kata saya, meski ada pendingin hawa, kita cuma berilusi bahawa panas itu tidak ada kerana kita telah menjumpai alternatif untuk lari dari cuaca ektrim yang mencengkam ini. Sedangkan di luar, matahari sedang meremang menghangatkan apa sahaja dalam jangkauan sinarnya. Aduh, untuk berapa lama lagi keadaan akan jadi seperti ini?
3. Stress
Mungkinkah kedua-dua sakit perut dan rasa panas melampau itu disebabkan oleh stress? Tidak boleh buat kesimpulan itu, tidak valid rasanya. Tetapi kesakitan dan cuaca lampau boleh mengakibatkan stress. Buat masa ini, saya masih elok-elok sahaja. Buat pertama kali saya melihat kesan stress secara langsung kepada seorang rakan. Kerana tekanan dari pelbagai sudut, dia mengalami depressi. Depresinya bukan kecil kerana terpaksa berjumpa dengan psikitaris dan memakan ubat secara terus menerus.
Hai, saya sendiri tidak tahu. Yang terjadi akhir-akhir ini aneh-aneh sahaja. Mungkin segalanya sedang dekat menuju akhir.

Comments

Anonymous said…
Salam dan Selawat.
SyafakilLah. Semoga puan sembuh dan sihat sejahtera seperti sediakala.

Di Syiria juga sudah semakin panas. Di sini, dengarnya suhu maksimum boleh mencecah 40 darjah celcius. Entahlah, bagaimana nanti keadaannya.
ASaL said…
salam esyqi
jazakallahu khairan.

moga segala cabaran dan dugaan tidak melemahkan dalam mengejar ilmu dan cita.

di mana-mana menurut laporan meteorologi, cuaca sedang naik mendadak, punca mungkin kerana lautan menjadi semakin panas sekarang.

Wallahu a'alam. Bersama-samalah menebarkan pesan.

Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.
ieka said…
semoga cepat sembuh dan sihat2 selalu :)
ASaL said…
thanks for the dua. Alhamdulillah, its getting better.
Sakit perut jangan sampai jumpa doktor untuk mendapatkan pil penenang pula...

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK