Kecewa seorang Guru

Saya tidak menyangka akan dipertemukan sekali lagi dengan Cikgu Sulaiman. Seminar ini rupanya menyediakan lebih dari wadah takungan ilmu. Tampang masih segak meski sudah ada garis-garis penanda usia dan rambut memutih yang dapat dilihat dari dekat. Namun rambut hitam yang masih lebat akan membuatkan orang sentiasa salah meneka umur Cikgu Sulaiman yang sebenar.

“Ashikin,” teguran yang diiring senyum ikhlas yang melebar. Ada damai di sebalik manis wajah sehingga masuk menusuk sukma. Saya kagum mendengar, kerana meski sudah sekian lama Cikgu Sulaiman masih ingat.

“Cikgu sihat?” Saya menyambut dengan sebal rasa bersalah. Saya murid yang patut dulu menyapa.

Sambil mengurut perut yang sedikit ke depan, “Awak perli saya Ashikin?”

Ada serbu panas di pipi. Mustahil saya berniat demikian. Saya kehilangan kata, tetapi Cikgu Sulaiman lebih dahulu menenangkan, “Alhamdulillah, semakin sihat. Mari makan bersama saya.”

Saya didorong ke meja orang penting. Langkah hilang daya. Apa kelayakan saya untuk duduk semeja?

“Duduklah, kita semua sama. Awak juga sudah menjadi pendidik sekarang. Secara logik kita rakan seprofesion bukan?”

Saya mengambil tempat di sebelah kiri sambil memperkenal diri pada mereka yang masih tinggal di meja bulat. Cikgu Sulaiman sudah hilang mengambil pencuci mulut. Saya masih ragu dan berfikir macam-macam. Tidak betah duduk di kalangan orang penting, beberapa kali membetulkan letak kaki. Beberapa kali mengalih punggung. Dalam cepu berputar tentang pakaian, beg tangan, bedak di muka, tudung, tentang segala-gala.

“Makanlah puding aiskrim ini sebelum cair.” Sebiji piring berisi pencuci mulut diletak dihadapan.

Pipi saya rasakan makin panas. Bukankah seorang murid yang perlu melakukan khidmat pada gurunya?

“Susahkan Cikgu sahaja. Dari dulu saya suka susahkan Cikgu.”

Tawa memenuhi ruang. Kerusi yang diisi orang sudah beransur kosong. Saya makin selesa membuatkan kami dapat berbicara macam-macam. Terutama mengenai pendidikan.

“Dari dulu sampai sekarang, saya lihat Cikgu memang sangat energetik. Separuh dari tenaga Cikgu pun tidak mampu disaing. Selalu sangat rasa lelah.”

“Orang muda pun boleh lelah?”

“Ya, bila mana kita sudah memberikan yang terbaik, tetapi anak didik kita masih lagi tidak mendengar. Semua yang telah kita gariskan untuk panduan, kebanyakkan tidak diikut. Kadang-kadang lain yang diminta, lain pula yang diberi. Seolah-olah kita tidak pernah menunjuk mereka apa-apa.”

“Awak kecewa Ashikin?”

“Sedikit. Atau sebetulnya amat banyak.” Saya tetap senyum di hujung kata.

“Masa dulu saya ajar awak, awak rasa awak mendengar tidak semua yang saya ajar?”

Huh, ini soalan perangkap. Saya membuat riak muka terkena. “Cikgu lebih tahu. Sejujurnya, saya tahu saya tidak sepenuhnya mendengar. Jika tidak tentu saya akan mendapat gred A++ untuk semua subjek.”

“Habis waktu dulu, masa saya beri nasihat adakah awak rasa saya membebel?”

“Mereka menggelar Cikgu chatterbox, tapi saya tidak bersekongkol pun.”

“Terus terang sahaja Ashikin, saya bukan hendak ambil hati.”

“Saya senang mendengar nasihat Cikgu, saya masih ingat. Kumpul ilmu banyak-banyak tidak rugi. Ia akan menjaga kita sekiranya kita ikhlas menuntut dan beramal. Sebaliknya jika kumpul harta menimbun, kita pula disusahkan untuk sentiasa menjaga.”

“Lagi?”

“Kalau kita tidak tahu, kita tanya orang yang tahu. Pantun Cikgu,
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.”


Cikgu Sulaiman diam dalam fikir. “Awak ingat saya tidak pernah rasa perkara yang sama?”

“Maksud Cikgu, kecewa dengan sikap dan perangai anak didik?”

“Setiap pendidik akan melalui jalan yang sama. Kerana apa Ashikin?”

Saya menggeleng tidak tahu. Pengalaman saya masih lagi cetek belum mendasar.

“Satu sahaja tandanya kalau dia mempunyai perasaan demikian, jika dia benar-benar mendidik. Dicurahkan segala, penuh semangat. Dia mengambil tugas itu sebagai tanggungjawab. Setiap tanggungjawab itu perlu dilunasi. Berdosa sambil lewa, berdosa amanah tidak disampaikan. Berdosa jika dia hanya memberi…separuh jiwa.” Cikgu Sulaiman tenang mengajari pada perkara paling asas sebagai seorang pendidik.

“Ilmu itu dari langit Ashikin. Ini kenyataan yang ramai orang tidak ambil peduli. Bila falsafah Barat mencemari fitrah kejadian ilmu sehingga membawa ramai manusia tersasar dari landasan.”

Piring puding Cikgu Sulaiman sudah kosong. Saya masih leka melayan nikmat yang dirasa lidah, sambil menadah mutiara kata yang menjentik semangat yang lesu.

“Jika ilmu itu dari langit, kita pendidik ini jadi apa?"
"Tinggi betul perumpamaan, biar saya teka, ermm, malaikat perantara?"
Dekah Cikgu Sulaiman kuat. "Kita perantara betul, tapi tidak sampai membolehkan kita menjadi malaikat. Ashikin, Ashikin."



Sambil membetulkan duduk, Cikgu Sulaiman memberi khidmat yang sebati dalam diri, mengajar tanpa jemu. "Guru adalah perantara langit. Bagi pendidik tulen, apa yang ada dalam dada adalah yang diterima dari gurunya, kemudian disampaikan pula untuk generasi selanjutnya. Bagi mereka, ilmu nilai sakral. Tetapi bukan semua pendidik boleh faham, apatah lagi kita harapkan pada anak murid.”



Ilmu nilai sakral. Saya pernah dengar dari Cikgu Sulaiman lama dulu. Itu juga yang saya percaya dan perjuangkan. "Pendidik adalah pemudah cara. Dia lebih dulu melihat kebenaran, kerana itu dia mempunyai rasa dan kewajiban untuk menyampaikan. Kebenaran itu nyata, namun kadang-kadang disamarkan dalam bentuk lain, jadi orang menjauhkan diri. Pendidik yang akan ke depan, menebas laluan yang sudah tinggi dengan semak samun, supaya yang lain nampak terang jalan yang perlu dilalui mereka. Tetapi, kebenaran tidak selalu dapat dilihat dengan kata dan nasihat yang panjang berjela, ia lebih senang dijelmakan diri dengan contoh dan pengamalan. Kerana itu, pendidik kena lebih dahulu memakai apa yang keluar dari mulut, sebelum mengharapkannya dari orang lain. Jika berpeluang menjadi ibu dan bapa pun begitu juga. Ajaran paling didengar adalah contoh dari tingkah laku perbuatan kita. Itulah ajaran yang terpahat dalam minda dan hati."


Kata keramat yang sangat tajam, "memakai apa yang keluar dari mulut." Mungkin itu sebab utama saya boleh ingat Cikgu Sulaiman sampai sekarang.


Lamunan terhenti bila Cikgu Sulaiman melontarkan resah jiwa. “Saya juga pernah kecewa seperti awak Ashikin.”

Ada beban dalam dada. Takut-takut saya juga penyebab kecewa seorang guru.

“Tapi ia akan segera terubat, bila…” Cikgu Sulaiman terbatuk.

“...bila satu hari, kembali bertemu dengan salah seorang murid, melihat kejayaan dan terbukti bahawa mereka telah mendengar dan beramal.”


Saya mengangguk yakin. Tiada kata yang keluar yang pernah meragukan. Moga saya juga mampu melihat hari itu.

Cikgu Sulaiman memandang saya tepat, "lebih-lebih lagi bila dapat menyaksi, nilai perjuangan dan segala yang awak yakini dijelmakan dalam tubuh seorang manusia lain, dan dia juga...mahu syahid dengan keyakinan yang sama.”


Saya pulang dengan cepu yang penuh berisi. Saya melihat pohon rendang lebat di taman permainan. Ramai kanak-kanak bermain di bawah rimbunan bayang dedaun. Cikgu Sulaiman seperti itu, pohon yang memberi teduh.



Comments

Cikli said…
saya hanya kecewa dgn gurusamy yang dimasukkan menggantikan ismail faruqi semasa kita diserang temasik.
ASaL said…
gurusamy seperti itu, mengecewakan.

:)
ASaL said…
cikgu ashikin dlm ini drama x dipanggil cikgu as.

nama pendek dia cikgu ikin atau kadang2 org panggil gak dia cikgu ika.

:)
Anonymous said…
Mohon maaf. Tumpang singgah sekejap untuk berita baek!

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi bersih yang konfirm tak skema (nak kata kool, poyo la pulak) “melawan atas jalan bukan hanya atas talian” + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

Kalau korang berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:

http://diskopi.wordpress.com

Korang boleh jugak download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook korang untuk publisiti yang lebih luas.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan korang yang kat online mahu pun kat offline!

Terima kaseh.
salams asal...

kbetulan yg sgt mmberikn makna bg saya...
saya bru lepas mencurahkn rasa kecewa ttng sikap ank didik saya kepada seorng rakan....
dan dlm keadaan kecewa itu, saya dipertemukn dengan kisah cikgu ashikin ni...
dan saya rasa kini saya boleh memahami apa yg cuba disampaikan oleh ckgu sulaiman tu...
saya mohon untk share cerita ini....kerana ia seperti penyuntik semangat kepada jiwa saya yg kecewa ini..... t.kasih~~
ASaL said…
Salam Mualimah, tafaddal, sila pautkan, semoga bermanfaat untuk yang lain-lain juga.

:)

Kata Cikgu Sulaiman, kita akan selalu rasa kecewa itu datang dan berulang, sebabnya anak-anak itu masih muda. Masih belum faham.

Tetapi kata Cikgu Sulaiman lagi, dalam ratus ribuan anak murid, tidak mengapa jika hanya dua tiga orang yang sentiasa mendoakan kebaikkan guru-guru dunia dan akhirat.kerana wasilah itu sampai. Dan dia sangat percaya, dua tiga orang yang berdoa inilah, insyaAllah, punya doa makbul yang membuka pintu-pintu langit.
Cikli said…
Salam tarawih,

anda ditag untuk kontest aku berpuisi di mohamadazhan.com

http://garamsicho.blogspot.com/2011/08/contest-aku-berpuisi-mereka-bertanya.html
ASaL said…
cikli - thanx utk tag. honoured.
ieka said…
hahha cikgu as mmg bijak mengalih cerita pada org lain :p

bila nak berbuka bersama ni?;)
ASaL said…
eika - sekiranya tiada boleh berbuka-buka, bolehlah kita bersama beraya-raya.

:)
ieka said…
:) inshaAllah..
jgn curi2 pulang ke kg dan kemudian curi2 pulang semula ke kampus.. nobody can see it, so do i :)
Anonymous said…
satu pengisian jiwa yang amat bermakna..bilalah agaknya dpt bertemu dengan mantan guru semasa sekolah dulu dan berpeluang untuk berkongsi seperti ini? benarlah..semua pendidik akan mlalui dugaan dan cabaran yang sama..semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat berkhidmat hingga ke hari pencen..dan..semoga terus dimurahkan rezeki..berkat khidmat bakti kita yang ikhlas..
ASaL said…
Allahamdulillah. Moga dapat memberi manfaat.

Guru akan jadi sangat hebat dipandangan mata anak murid, sekiranya kita dapat dilihat sebagai sumber yang menginspirasi.

Bila mereka diinspirasi, mereka akan bergerak. Bila mereka bergerak, baru mereka dapat menghayati kehidupan.

Moga, kita dapat jadi dalam golongan yang menginspirasi ramai orang lain dalam tindak tanduk dan amal.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang