Prof Haron dan Ramadhan 3
Ia cerita lama. Tetapi semangat dan jasa beliau sangat berbekas dalam diri. Secara tidak langsung Prof buat saya percaya diri. Saya ada potensi dia melihat. Dia dapat melihat di luar apa yang mampu saya lihat dalam diri sendiri, kerana itu Prof menyanggupi menjadi supervisor. Beliau sanggup walau untuk orang seperti saya. Ya, seperti saya.
Ia cerita lama. Saya tidak pernah dapat peluang melakukan khidmat seorang murid pada gurunya. Tapi dia masih dan tetap ada. Saya mahu Prof Haron terus hidup dan mendidik lebih ramai orang seperti saya untuk akhirnya percaya diri. Saya mengabdikan nama Prof Haron dalam cerpen pertama yang mendapat pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, sempena Sayembara Mengarang Cerpen 50 Tahun Merdeka. Cerita di rakam dalam Antologi Cerpen Istana Cinta Ayah. Prof Haron dalam cerpen Langit Permulaan (LP) adalah Prof Haron yang saya kenal meski cuma dapat ditulis dalam beberapa fragmen sahaja.
Bulan ini bulan Ramadhan. Seperti mana selalunya Ramadhan, ia akan datang bersama Prof Haron. Saya juga telah khatam beberapa kali buku yang diserahkan tanpa kata. Namun kata-kata yang ada dalam dua buku itu punya nilai berganda-ganda.
Moga Allah memanjangkan kebaikkan beliau di tempat pengakhiran dengan redhaNya juga berganda-ganda sehingga infiniti.
Kata Imam Ali Zainal Abidin (sa), “Hak orang yang berbuat baik kepadamu, hendaknya kamu berterima kasih kepadanya, selalu menyebut kebaikannya, menyebarkan sebutan yang baik tentangnya, mendoakannya kepada Allah swt secara ikhlas. Jika semua itu telah kamu lakukan, bererti kamu telah berterima kasih kepadanya baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Jika kamu mampu membalas kebaikkannya, balaslah kebaikkannya setidaknya mempersiapkan sesuatu untuk membalasnya, dan kuatkan tekadmu untuk melaksanakannya.”
Saya tidak sempat menyempurnakan pesan Imam Ali Zainal Abidin yang akhir, moga Allah mengampuni saya kerana tidak menyempurnakan hak seorang murid pada gurunya. Moga Ramadhan selalu menjadi saksi, bahawa Prof Haron hadir dalam setiap doa yang diapungkan ke langit.
Satu hari dalam kelas Prof berkata, “saya tidak minta apa-apa, cukuplah kalau ada orang berdoa untuk saya.”
Allah.
Comments
-ns49-
i dont know him.. but he was indeed a small person on this planet, yet has touched many hearts and souls.
alfatihah..
Sedih pula membaca kisah bersiri Prof. Moga kebaikan yang dicurahkan menjadi bekal Almarhum ke negeri abadi.
Panel antara lain adalah Dato Dr Fadzillah Kamsah. Semua sepakat, 3 panel dan moderator mengatakan, "jika kita mahu tahu baik atau tidak orang itu, tunggu selepas kematiannya. Jika semua orang kata baik, insyaAllah, di mata Allah, baiklah orang itu".
Ameen. Al Fatihah. Moga Prof bersama mereka.
awak pernah cerita pasal energy dan pocket wave. Suara adalah energy, dan ia akan masuk dalam pocket wave. pocket wave hanya akan diterima pada orang yang di'address'kan.
saya rasa suara Prof di'alamat'kan pada saya. kerana itu saya dapat mendengar sampai sekarang.
dan suara Prof, dialamatkan pada ramai orang. Pada rakan2 saya, pada colleague Prof, pada junior colleague Prof, pada ramai manusia yang mendapat manfaat darinya.
Juga pada binaan bangunan yang banyak tersergam, hasil dari kerja tangan Prof.
Kata Sami Yusuf, kalimatu tayyibatu sadaqah, kalimah yang baik itu sedekah. Ya, Prof telah banyak bersedakah pada saya. dan ieka, awak ada peluang melakukannya juga.
Indah, bukan?