Puisi untuk Guru
Seperti mana 16 Mei setiap tahun, ia adalah hari yang diraikan penuh sedar bagi setiap manusia yang pernah bergelar anak murid. Guru sentiasa hidup dalam hati, dan punya makna tersendiri. Tiada inci dalam penghidupan saya, fizikal, mental, dalam roh, jiwa tiada kesan kehadiran mereka. Guru pertama kita adalah ibu dan ayah, kemudian guru-guru di sekolah, sekolah menengah, universiti. Mereka yang bersaing dengan saya, yang bertembung dalam satu detik dalam kehidupan saya, yang mengajari, berkongsi, menegur, menasihat, mengingat. Tiada ucapan yang lebih indah seperti dihantarkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang.
Terima kasih Cikgu, kerana hadir dalam hidupku. Mengajarkan apa yang aku tidak tahu dengan sepenuh kasih sayang. Terima kasih Cikgu, kerana menunjukkan ku jalan menjadi manusia, yang punya belas dan ihsan, sehingga ku dapat kembali pulang ke pangkuan Tuhan. Semoga Allah menyayangi, lebih dari kemampuan kami menyayangi. Seluruh kehormatan, kesejahteraan dan bahagia untuk Cikgu.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
Comments
Guru terbaik. Selamat hari guru.