Di entri lepas, ada komen bahawa bila dibawa berbincang mengenai hal ini ramai ada yang menolak mengembalikan pentarikhan Hijriah. Kata mereka “guna mana-mana kalender pun sama.” Soalnya, benarkah sama? Percayalah, kedengkian Iblis, Dajjal dan sekutu memang tiada sempadan. Seboleh mungkin mereka akan mencipta sistem supaya kita berlepas dari tujuan asal penciptaan manusia. Seperti mana firman Allah, ‘TidakKu jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembahKu.’ Apa sahaja sistem alternatif yang boleh membuat manusia lalai dari menyembah Allah, ‘mereka’ adakan. Ini dibuat seteliti mungkin supaya manusia tidak sedar disesatkan. Hinggalah manusia mencintai sistem itu sepenuh hati, menganggap sebagai hak, tiada lain yang lebih baik. Mana-mana yang menentang adalah paksi jahat dan anti modernis. ‘Mereka’ kemudian mencipta konsep masa seperti mana yang ditunjukkan jam dipergelangan tangan, dinding dan telefon bimbit. Masa kita diagihkan dengan 24 bahagian yang dipanggil jam. Setiap jam pula...