MRRAZ: Kuasa Ummah

Kalau benar orang kata sejarah berulang dan kata bijak pandai juga jika mahu membetulkan keadaan, lihatlah pada sejarah. Kaji, analisa, buat kesimpulan, rangkakan dengan strategi kemudian bergerak dan bertindak!

Tetapi kita tidak suka sejarah. Di sekolah, sejarah hanya diajar sebagai rentetan peristiwa dan cerita. Senarai data yang perlu dihafal yang membuat pelajar-pelajar bosan dan putus asa. Saya salah seorang antara pelajar itu. Sejarah tidak diajar seperti melihat cetak biru untuk melakukan tranformasi masa hadapan. Tetapi diajar untuk hafal lapisan atas sahaja, hafal dan muntahkan.

Sejarah berpuasa zaman Nabi bermula selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Selepas kerajaan Islam ditubuhkan dengan Rasulullah sebagai ketua negara. Lebih mengkagumkan ayat suruhan berpuasa diturunkan kepada umat Islam pimpinan Nabi sedang menghadapi perang Badar. Selama Rasulullah berada di Makkah, puasa masih belum disyariatkan. Sehinggalah pemerintahan Islam bermula di Madinah. Dengan maksud Allah menunggu lebih 14 tahun sebelum mensyariatkan puasa dan ia dikuatkuasakan dalam negara Islam, pemerintahan Islam!

Tidak lain dan tidak bukan, puasa dan tujuannya untuk capai kepada TAQWA boleh dicapai sepenuhnya jika dan hanya jika KUASA kembali kepada ketuanan Islam.

Perkaitan ini nampak begitu lemah, tetapi ia akan nampak begitu signifikan bila kita mengambil kira Al Quran hanya diturunkan di bulan Ramadhan, dan ia diturunkan pada Malam Kuasa (Lailatul Qadar-The Night of Power). Kenapa Allah menamakannya sebagai Malam Kuasa jika ia tidak mempunyai kaitan?

Ummah memerlukan kuasa. Kita sepatutnya berkabung ketika Turki Uthmaniyyah jatuh dahulu pada tahun 1924 sehingga sekarang. Kerana disebabkan perpecahan dalaman Uthmaniyyah jatuh. Pemberontakkan dari negara yang dinaungi memburukkan keadaan. Tetapi kalau kita masih juga mahu berbangga dan memberi alasan masih ada lagi negara Islam, contoh Malaysia. Common lah. Janganlah naïf sangat dan mencari alasan-alasan yang apologetik.

Bagaimana mahu dikatakan Islam sedangkan sempadan geografi melihatkan kita terpecah-pecah. Disempadankan dengan garis pemisah negara, dan menyedihkan dipisahkan dengan mengambil doktrin luar, iaitu negara bangsa. Sama seperti sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi dahulu. Terpisah dan berpuak-puak. Moral yang bejat dan hodoh. Sehinggakan Rom dan Parsi sebagai kuasa dunia tidak memandang pun semenanjung Arab. Tiada perlumbaan kuasa untuk menakluk kerana moral yang begitu buruk takut-takut menjangkiti bangsa Rom dan Parsi.

Dulu umat terpecah dan kini juga terpecah. Kerana itu tiada siapa yang sanggup membela Palestin walau orang Islam angkanya mencecah billion. Ketika Lubnan diceroboh Israel juga tiada negara Arab yang mengaku Islam datang membantu. Hanya Nasrallah dan tentera Hizbollah yang mempertahan. Ketika Pakistan banjir sekarang, apa yang ummah dapat lakukan? Ketika Bosnia Herzegovina disembelih tentera Serb apa yang ummah buat? Kita tidak buat apa-apa kerana hakikatnya ummah tidak ada.

Ya ummah perlu daulah. Ummah perlu pimpinan. Moga Allah, akan memperkenan mempercepatkan pemimpin akhir zaman Imam Al Mahdi untuk memandu kita keluar dari belenggu caca merba dalam agama dan pensekularannya. Moga pimpinan baginda akan membawa sinar cahaya.

Selepas Nuzul Al Quran, fasa ketiga agar segera menghampiri. Ini adalah malam-malam kritikal untuk semua umat Islam dalam merebut kebaikkan yang hanya dianugerahkan di bulan ini. Pengembaraan mencari Malam Kuasa, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Carilah di malam-malam ganjil, insyaAllah moga ditemui, pohonlah doa dan keampunan. Doakan untuk saya juga.
Gambate ni.

Comments

ieka said…
saya belajar sejarah dengan lebih bersungguh bilamana di tingkatan 1, salah satu soalan peperiksaan yang ringkas tetapi tidak dapat saya jawab ialah "kenapa kita belajar sejarah?" ; dan bila dirujuk semula kepada buku teks ..kita perlu belajar sejarah untuk mengetahui asal usul dan belajar supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dan mengulangi kejayaan dulu.

saya tersentuh dengan catatan ini.
tapi lebih tersentuh (dan tergerun) bilamana ada doa dipercepatkan tibanya Imam Mahdi..

kerana tibanya Imam Mahdi - adanya Dajjal - cepatnya Kiamat. Tergerun kerana hati saya yang masih berdolak dalik antara dunia dan akhirat, hati yg masih leka.. bimbang tak mampu menahan peristiwa2 penting yang bakal berlaku kelak, di manakah saya nanti di hadapanNya.. Allahu Akbar. Moga kita berada dalam lindunganNya sehingga akhir hayat. Amiin.
ASaL said…
saya gerun mendengar doa mempercapatkan kedatangan Imam Maahdi ini telah lama dibaca oleh para ulama'. Hanya mengetahui baru-baru ini menyebabkan hati tergentar, berfikir berapa lama lagi masa yang tinggal. Sedang sudah tentu Ulama dikurniakan kasyaf (pandangan yg tidak terhijab) untuk melihat peristiwa akan datang. Cepat atau lambat, mereka sudah tahu. Malah keyakinan mereka tidak tergugatkan.

benar, saya juga masih leka.

berkenaan sejarah, Allah lebih dahulu memberi penekanan yang khas tentang sejarah. Cuma saya kesal, kita tidak diajar mempunyai sikap yang betul dalam mempelajari sejarah disekolah.

Kata Allah, "sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunah-sunah Allah. Kerana itu, berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan kebenaran wahyu" (Ali Imran: 37).

Moga kita, insyaAllah Eika, diberi kecerahan hati untuk 'melihat' apa yang pada pandangan orang lain terhijab, sehingga diterima sebagai hambaNya, sebenar-benar hamba.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK