MRRAZ: Mengembalikan Pentarikhan Islam

Salah satu tipu daya Iblis, Dajjal dan sekutu dalam menjauhkan manusia dari mempunyai hubungan harmoni dengan Al Khalik ialah dengan mencipta kalendar Gregorian. Seperti apa yang diguna pakai hari ini. Kita menandakan tahun baru dengan bulan Januari, mengakhirinya dengan bulan Disember. Kita tidak lagi menggunakan kalendar Islam dalam urusan sehari-hari.
Sebagai ummat Islam, kadang-kadang sendiri merasa menggunakan bulan Muharram sehingga Dzulhijjah tidak trendy dan begitu janggal. Jika diberi kuiz untuk menyebut bulan Islam yang pertama hingga yang akhir pasti ramai yang tidak akan lulus. Jika lulus sekalipun susunannya mungkin tunggang terbalik. Apatah lagi bila diminta untuk menceritakan peristiwa penting yang belaku dalam bulan tersebut.

Saya sendiri, jika tidak berada di dalam bulan Ramadhan selalu lupa berada di bulan Islam yang mana. Bila ditanya, eskapis saya mudah. Buka internet, di situ akan ada jawapan. Jika tiada internet akan cari akhbar. Jika tiada, saya akan mengangkat bahu tidak tahu.

Sistem bulanan Januari hingga Disember bukanlah dicipta dengan cara tidak sengaja. Ia adalah dari perancangan ‘mereka’ dengan sedar dan teliti. Jika kita mengambil masa mengkaji, nama bulan-bulan dalam kaledar Gregorian adalah mengambil nama Dewa Dewi agama pagan Eropah. Januari diambil dari Janus (lanuarius), Tuhan Pembuka Pintu, Februari dari Februum sempena ritual penyucian Februa dan sebagainya.


Malah penentuan jumlah hari dalam sebulan ini tidak dilakukan dengan sistematik. Bermula dengan 1 haribulan dan berakhir dengan 30 atau 31 haribulan. Jumlah hari dalam bulan ini sebenarnya ditentukan oleh Pope Eropah. Kerana itu bulan Februari menjadi mangsa kerana kadang-kadang berakhir dengan 29 atau 28 haribulan. Kita pula redha mengambil sistem ‘mereka’ sedangkan ia satu helah terancang. Tujuan halusnya agar kita turut mendewakan sembahan mereka tanpa sedar!

Kemudian Ramadhan datang. Ramadhan datang bukan sahaja membawa syariat berpuasa sebulan kepada umat Islam, tetapi juga untuk mengejutkan dan menyedarkan kita bahawa sistem pentarikhan berlandaskan syariat itu wujud. Ramadhan datang untuk mengingatkan bahawa sistem sedia ada yang diguna pakai tidaklah lebih baik dari apa yang telah Allah pilih. Ramadhan datang untuk menyeru mengembalikan semula sistem pentarikhan yang akan mempunyai hubungan terus kepada Al Khalik.

Berbanding kalendar Gregorian, kalendar Hijri bermula dengan melihat anak bulan. Aktiviti ini akan menggalakkan kita menjadi seorang pemerhati alam. Untuk melihat anak bulan kita perlu keluar dan merenung kejadian kosmik yang majestik. Bagaimana bulan bergerak mengikut aturan. Pergerakkan bulan yang konsisten membolehkan kita membuat interpretasi tentang jumlah hari dalam satu bulan, iaitu samada 29 atau 30. Ini akan mendorong kita membuat kesimpulan bahawa mustahil elemen celestial boleh bergerak dengan sendiri melainkan ada yang mengaturnya.

Bulan dalam Islam telah diberi dengan nama yang sangat indah. Bermula dari Muharram, kemudian Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awwal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Dzulqaedah dan Dzulhijjah. Setiap satu mempunyai peristiwa penting yang sentral kepada agama dan pada perjuangan Rasulullah. Jika kita kembali menggunakan kalendar Islam, kita akan terikat langsung dengan peraturan agama dan sejarah. Jika kita mempunyai sentimen kuat, ‘mereka’ akan punya halangan yang sangat besar untuk menggelincirkan dari mengingati Al Khalik.


Kerana itu Ramadhan wujud. Hanya dengan Ramadhan kita jadi begitu tersentak kerana ia datang bersama syariat puasa 30 hari. Berlapar dan dahaga selama 30 hari. Bagi ramai orang ia adalah berat. Jika meninggalkan walau satu hari dengan sengaja dendanya puasa 2 bulan berturut-turut, lagi berat! Betapa serius Allah dalam hal puasa di bulan Ramadhan ini. Hanya dengan sentakan seperti itu baru boleh membuat kita tersedar.

Ironi, kita masih di sini. Bila orang bertanya sekarang bulan apa? Kita akan lebih cepat menjawab, Ogos, bulan Merdeka, bulan 1Malaysia!

Tidak syak Ramadhan mengajak kita berfikir lebih dari soal lapar dan dahaga. Ia mengajak kita untuk menafi sebarang bentuk penyembahan secara sedar mahupun tidak, dan ia bermula dengan mengembalikan kalendar Hijri ke tempat asalnya.

Comments

Daud Mili said…
iya.. tajuk yang baik.. hehe. dulu saya pernah tulis pasal ni,.. tapi di kritik hebat oleh golongan yang kata:

"...ala, pakai je kalendar yang mane2 pun, sama je..."

dan kenyataan tuh disokong pula oleh orang lain...mungkin ketika itu saya sangat ketiadaan idea.. jadi, setelah membaca tulisan ini, saya dapat rasakan jawapannya :)
ASaL said…
jika itu jawapan kawan2, boleh kita simpulkan rancangan 'mereka' telah pun berjaya.

tujuan 'mereka' satu je, iaitu seboleh mungkin menjauhkan manusia dari konsep keTuhanan Tunggal. Bahawa alam dan seluruh isi ada Pencipta, dan Pencipta ini juga yang mencipta manusia.

soalnya, benarkah menggunakan mana2 kalendar itu sama?

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK