SIRI: MENCARI MAKNA DIRI 1
(Awaluddin makrifatullah. Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)”
“What we do in life, echoes in eternity”
Itu adalah ucapan Jeneral Maximus yang sangat mengesankan sebelum menyerang puak barbar di sempadan Rom melalui filem Gladiator. Sebagai terjemahan bebas, frasa itu boleh dimaksudkan dengan “apa yang dilakukan dalam hidup, akan bergema di dalam keabadian”. Bukan mudah untuk memahami konteks frasa yang bersifat transendental melalui kacamata Islamiah dan berfaedah dalam nilai kehidupan kerana ianya datang dari Hollywood yang membawa latar kehidupan di era Rom. Rom yang dikenali sebagai tamadun senyawa materi dan kegilaan pada nafsu rendah meski, kehebatan infrastuktur (aqueduct, pozzolan and cementing material, water works and waste water system) dan monumen (Colleseum) masih menjadi keajaiban dunia kejuruteraan. Sebuah filem epik hebat dari Ridley Scott (Black Hawk Down, Kingdom of Heaven) dan selalu mengagumkan dari sudut estetika bentuk. Beberapa momen juga berjaya mencetus ghazwul fikri (pertempuran intelektual) untuk menilainya dari kerangka Islam. Salah satunya frasa di atas.
Keabadian adalah hakikat eksistensi manusia. Tidak mengetahui, memahami kemudian berada di dalam kesedaran total, menyebabkan kebanyakkan manusia bertindak seolah-olah menyimpang dari hakikat ini. Bagaimana manusia boleh abadi sedangkan manusia terikat dalam satu transisi kehidupan yang dibatasi masa, ruang dan dimensi yang terhad di dalam dunia? Jasad manusia juga melalui perkembangan dan akhirnya luput hingga satu-satu masa yang telah ditentukan?
Maximus menggunakan perkataan echoes iaitu gema, yang mengambil sifat gelombang. Dan apakah pula gelombang itu? Gelombang hakikatnya wujud, tapi sifatnya tidak terzahir secara fizikal dan tidak dapat di ukur melalui indera terhad manusia. Di sinilah keabadian manusia boleh difahamkan melalui apa yang dituturkan Maximus iaitu echoes. Sebenarnya perbahasan mengenai keabadian manusia lebih meluas, mendalam dan niskala, tapi dalam konteks perbincangan ini hanya dihadkan dari sudut perbuatan manusia (what we do in life).
Tiga ayat Quran yang jelas dan menyakinkan bahawa amal perbuatan itu benar akan dibawa di hari kebangkitan dalam bentuk pakej bersama individu manusia di hadapan Rabbul Jalil.
“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebaikan dihadapkan, begitu kejahatan yang telah dikerjakannya. Ia ingin kalau sekiranya antara ia dan hari itu ada masa yang jauh”. (Ali ‘Imran: 30)
“Mereka akan mendapati di hadapan mereka apa pun yang mereka perbuat di dunia ini”. (Al-Kahfi: 49)
“Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepadanya pekerjaannya. Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat atom pun, niscaya dia akan melihatnya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat atom pun, niscaya dia akan melihatnya pula”. (Zalzalah: 6-8)
Apakah akibat dari kata-kata Maximus? Seluruh anggota tentera dari pelbagai lapis dalam batalion, baik dari division infrantri, pasukan pemanah, juga pasukan berkuda percaya dan sanggup mati syahid.
Apakah yang dapat diambil tindakan dari kalam Tuhan dalam Quran yang mulia, yang disampaikan kepada Rasulullah Khatimul Anbiya melalui Jibrail Ruh-ul-Qudus? Umat Islam masih sahaja berbunuhan, pemimpin tetap sahaja korup, tidak adil, memeras, menggunakan kuasa untuk kepentingan diri, pemegang amanah selalu sahaja khianat, boleh lagi bom mengebom manusia, bangunan, binatang, hakim masih juga menghukum zalim, anak-anak terus sahaja menderhaka ibu bapa, terus berbicara dusta, menindas, mengumpat, menzalimi, rasuah, zina, malah juga ada sampai menafi kewujudan Tuhan. Nauzubillahi min zalik.
“What we do in life, echoes in eternity”
Astaghfirullahal azim, al ladzi la ilaha illa huwa al hayyu qayyum, wa atubu ilaih. Tubna ilallah, wa raja’na ilallah, wa nadimna a’la ma faalna. Astaghfirullah, Astaghfirullah. Astagfirullah. Wa atubu ilaih. Wa atubu ilaih. Wa atubu ilaih.
Comments
astagfirullahil adzim,
allazi la illahailla, wal qhai'yul qhai'yummu wa 'atu bu ilaih,
Tub'na Ilallahah,...
assalamualaikum warahmatullahi wwabarakatuh,
telah berfirman Allah Subhanahu WaTa'ala (maksudnya):
"sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal""
(Q.Surah Ar-Ruum:ayat 24)
"sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal"
(Q.Surah Az-Zumar :ayat 21)
"sesungguhnya bagi yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman"
(Q.Surah Al-An'aam: ayat 99)
mohon ampun dan maaf saudara kami, penggalan-penggalan ayat yang tersebut diatas adalah penggalan-penggalan ayat sebagai rujukan bagi sesiapa sahaja yang mahu berfikir dan memikirkan (kekuasaan Allah) demi mengagungkan Asmaul Husnanya,
Allah SWT menyampaikan pengajaran melalui perantaraan kalam, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu adalah insan yang sangat mulia, (shalawat salam kepada baginda Muhammad)
demi masa, kami jua mahu memikirkan, insyaAllah, [pembetulan daripada yang tertulis diatas,sebelumnya, ini maksud kami sebenarnya]
salam hormat kepada saudara, idzinkan kami memohon ampun dan maaf terlebih dahulu kepada saudara andai (ada)kami sudah terlebih bicara, kami telah berlapang dada demi masa,
mohon ampun dan maaf,
teruskan pembacaan, pentela'ahan, teruskanlah, demi masa,
salam hormat, salam penuh kasih sayang,
tti