Malam tadi ketika mencuci tangan di singki dapur, saya perasaan ada cahaya terang dari atas langit. Saya membuka pintu belakang dan melihat bulan penuh sedang megah menerangi langit malam. Hari semalam hari 15 Shaaban. Bukankah ia tarikh yang menandakan sesuatu? Kata orang buku amal ditukar di malam separuh Syaaban. Separuh itu nisfu, dari situ terma Nisfu Syaaban dimahsyur seantero pelusuk dunia. Bila menggunakan pentarikhan Islam, 15 haribulan ialah hari bulan mengambang penuh. Jika ikut pentarikhan Gregorian (Masihi) saya tidak tahu. Saya berjalan pantas mengambil teropong di bilik (ya betul saya ada teropong, tetapi bukan untuk membuat perbuatan jahat lagi mungkar (alasan apolgetik untuk diri)). Bulan begitu besar untuk dilihat dengan mata kasar tetapi saya mahu jelas melihat warna gelap dibeberapa tempat dipermukaannya. Benarkah imej bulan seperti yang disiarkan dalam internet? Saya membetulkan fokus sehingga yang kelihatan bentuk yang tepat dan jelas. Na’am! Teropong telah membol
Esok hari Nuzul Quran. Malaysia cuti. Saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak lebih baik dari mana-mana orang. Barangkali lalat yang diciptakan Allah lebih mulia. Tapi saya menulis juga. Hari ini masuk hari ke berapa Gaza terus bermandi darah. Di sebalik kemeriahan Piala Dunia (yang saya tidak ikuti), Ramadan, Zionis Israel terus cabul mencabul. Barangkali saya tidak punya hak menulis tentang Palestin. Saya bukan pejuang, bukan aktivis, bukan pembela hak asasi manusia, malah George Galloway lebih pemberani. Suaranya menggegar di mana-mana. Tentang kemanusiaan. Tentang pengkhianatan bangsa Arab ke atas tetangga mereka di Palestin. Tentang Negara-Negara yang membekalkan senjata dan latihan kepada Palestin, adalah Negara yang dilabelkan paksi jahat, Syria dan Iran. Sedang kami saudara muslim yang lain berdiam, rasa mencukupi membekalkan Palestin dengan doa dan boikot barangan, itu pun hanya satu dua sahaja yang mampu diboikot. Yang lain masih lagi berfikir-fikir mampu
Comments
Oh, the blood types character. Interesting. Biasanya belah2 Korea dan China yang more in to this thing kan. The blood types defining the character.
yes, they have done the research, it only shows that there are no limit on the knowledge given by Al Mighty.
Sooooooooo interesting..it has made my day!