Posts

Showing posts from January, 2009

David dan Goliath 2

Image
S : Tombo ati iku limo perkarane Shafiq : Kaping pisan moco Quran lan maknane. S : Shafiq, kamu orang Jawa? Shafiq : Saya orang Melayu Jawa. Tapi saya sebenarnya orang Melayu. Orang Keramat. S : Bukan kamu lahir di Kelang? Shafiq : Saya lahir di Kelang, tetapi diputerakan di Keramat. Saya putera Keramat. Setiap mata memandang Cikgu dan Shafiq bergilir. Dalam cepu fikiran tertanya-tanya. Asytar : Macamana lahir di Kelang boleh jadi putera Keramat pula? Cikgu memandang Asytar yang selalu tidak sabar. Membiarkan soalan supaya dijawab Shafiq untuk memberi tenang pada orang lain. Shafiq : Saya diaqiqahkan dan dicukur rambut di rumah Datuk saya di Keramat. Datuk saya Alias, moyang saya Sulaiman. Sama nama dengan anak Nabi Daud, Sulaiman. S : Ok, ok. Macamana jadi cerita asal usul Shafiq pula ni? Kelas pecah tawa. Merah menyerbu pipi Shafiq yang putih dan gebu. Shafiq senyum mesra ikhlas tanpa rasa kecil hati. Shafiq memang anak yang putih, luar dalam. S : Shafiq, kawan-kawan awak semua ini t...

Tombo Ati

Terima kasih Geolife menemukan tombo ati (ubat hati), mengubat hati yang kehilangan pada pengkarya siri Busa (Busa Sukma, Busa Hati dan Busa Kalbu - SN Arenawati). Lagu yang indah, sesuai didendangkan untuk anak. Cukup magis. Entri ini, untuk kawan yang sering mengulang-ulang Gusti Allah. Mugi mugi Gusti Allah nyembadani.

Gerhana

Image
Gambar langsung pada 5.08 petang (26 Januari 2009) Kamera SONY Cyber–shot 7.2 MP, ISO1000, lensa Carls Zeiss Setelah beberapa kali percubaan, Allah telah mengizinkan kami untuk mendapatkan gambar langsung Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin, dan kami berkongsi dengan anda semua. Gambar ini di ambil di bawah langit Keramat (nota: latar jadi hitam dan matahari merah kerana kamera ditutup dengan filem). Disunatkan pada waktu gerhana ini untuk solat sunat gerhana 2 rakaat. Ini adalah tanda-tanda kosmik dan pertama kali saya secara sedar merasai bahawa bumi ini betul-betul bergerak. Kami berjemur di bawah langit petang, di atas menara KLCC kami melihat fasa bulan menutupi matahari. Gambar hiasan Kami merancang untuk dapat merakamkan fasa bulan menutupi matahari dengan lensa kamera Abang. Hanya satu yang menjadi (gambar di atas). Perlahan-perlahan cuaca terik sehingga membasahi baju kami hampir lenjun, menjadi redup dan gelap seketika. Pada satu masa, awan besar ...

Belasungkawa Arenawati (1928-2009)

Image
Di Strait Meridien Melaka, kami telah bercadang untuk melawat Pak Arenawati. Kata Kak Nisah (Nisah Haron), Pak tidak sihat. Sekarang dia berada di HUKM, di ICU. Kami menyimpan hasrat untuk mengujungi selepas berbengkel, meski di hospital. Pagi 25 Januari, selepas sarapan saya mengutip bicara Salleh Rahmat kepada Bonda Zaharah, Pak sudah pergi pukul 1.30 pagi malam tadi. Saya menyampaikan pada mereka, tetapi mereka tidak percaya. Sehingga berita diumumkan di sidang rumusan pembimbing bengkel. Al fatihah. Khali. Saya sendiri-sendiri rasa hilang. Saya bukan kenal Pak lama. Saya baru mengenal karya Pak tahun 2006. Saya menghabiskan karya Sandera milik ayah pada tahun yang sama. Itu permulaan, dan itu juga membuat saya menulis semula. 'Langit Permulaan' ditulis dan dihasilkan pada tahun yang sama. Kemudian saya mula membaca, Panrita, Sukma Angin, Mevrouw Toga dan mengumpul karya-karyanya di dalam almari, tersusun kemas. Dalam Sukma Angin, Pak memanggil Darusi dengan panggilan "...

Hadiah kehidupan

Image
Sebelum menyambung cerita mengenai David dan Goliath, saya ingin memanjangkan tentang sesuatu. Tentang kebaikkan dan keikhlasan. Yang rasa saya sudah pudar warna. Tetapi dalam satu kesempatan, ia dijelmakan semula dalam nafas baru. Pernahkah anda melihat kebaikkan dan keikhlasan yang datang sekaligus? Pernahkah anda melihat warnanya? Atau anda bertanya saya sekarang, apa warnanya? Warna kebaikkan dan keikhlasan, adalah apa yang dijelmakan sebagai ‘Cahaya’. Cahaya yang jika tiada ia, kita akan hilang arah, kita tidak mampu melihat, malah mustahil boleh hidup. Cahaya ini, jika dibiaskan melalui prisma akan memancarkan tujuh warna. Tujuh warna itu adalah warna-warna pelangi. Warna inilah melukiskan bumi dan isinya yang jauh lebih indah dari lukisan Van Gough, Da Vincci dan Picasso. Kerana warna-warna inilah kita dapat refleksi Tuhan yang penuh keindahan dan Al Sani (The Art Master). Hari ini, saya dapat melihat warna kebaikkan dan keikhlasan dalam warnanya yang asli. Cahaya itu sendiri....

David and Goliath

Image
Asytar : Ceritakan pada kami apa yang sebenarnya terjadi di Palestin. Saya : Baik, sebelum saya cerita, saya mahu tanya tentang kisah Nabi-nabi. Sebutkan pada saya siapakah nama anak-anak Nabi Ibrahim? Asytar : Mmm, Nabi Ismail. Saya : dan? Asytar : Siapa ya? Macam ingat, siapa ya...(sambil memandang rakan kiri dan kanan) Saya : Awak ni biar betul, nama anak Nabi Ibrahim pun awak tidak tahu? Mereka diam membisu, memandang satu sama lain. Saya memandang mereka, sungguh mereka tidak tahu. Saya : Bukankah seorang lagi anak Nabi Ibrahim adalah Nabi Ishak? Asytar : Oh ya, betul la baru saya ingat. Subhanallah. Saya hampir mengurut dada. Mereka tidak tahu mengenai kisah nabi-nabi. Dan bagaimana mahu cerita mengenai sejarah Palestin dan Jurusalem? Nanti, nanti saya akan kisahkan pada mereka sejarah panjang Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Hari ini saya akan cerita pada mereka tentang permainan lastik dan pistol-pistolan. Tentang David dan Goliath. Tentang revolusi batu. Batu ...

'Role Model'

Image
Saya lama telah membaca mengenai Ingrid Mattson, seorang wanita intelektual, pemimpin, seorang muslimah. Dan membaca dalam entri di blog Peduli Palestina , menambah kagum dan hormat pada seorang wanita ini yang berperanan dan signifikan dalam perjuangan ummah. Ingrid Mattson Dia Nek Zainab saya, yang dijelmakan dalam penulisan saya paling baru 'Benih Sakral Aphesus'. Bagaimana saya mendeskripsi Nek Zainab yang satu ini dalam tulisan saya itu, ialah seorang Nenek dan Profesor sekaligus, seorang yang konsisten dalam perjuangan dan sanggup berkorban untuk legasi akan datang yang lebih luhur dan sakral, 'Kalau ada pohon rendang yang memberi teduh kepada seluruh manusia dan kemanusian, Nek Zainab tempatnya. Kalau ada kemarau yang dapat mengeringkan hujan yang melimpah ruah, di hujung jari Nek Zainab ada magis yang menyapu segala kesedihan'. Saya bertanya, bolehkah saya menjadi sepertinya? "Be the kind of Muslim you want to be. Do not let other people define your faith ...

Perlawanan sebenar

Abang M : Sebenarnya, musuh kita paling besar adalah diri sendiri. Saya : Kenapa pula? Abang M : Jika kita berjaya menawan sikap negatif dalam diri, barulah kita boleh berjaya dan mengecapi bahagia. Saya : Ye ke? Abang M : Betul, Tiger Wood sendiri kata, dia bukan berlawan dengan orang sewaktu dalam tournament, dia berlawan dengan diri sendiri. Sebab itu dia boleh berjaya. Saya : Mmm...patut pun dia boleh berjaya, sebab dia kena berlawan dengan Rimau, rimau kayu pulak tu. Abang M : (Diam tak terkata) kui, kui, kui

Faham!

Image
PAS telah memenangi parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti undi 2000 lebih. Semenanjung Ghazzah masih bergolak dengan perbuatan pembersihan etnik dari askar rejim Israel. Dunia masih menyaksikan perbuatan yang aneh-aneh dari pemimpin-pemimpin Islam. Bermula dari pemimpin Saudi, dari bangsa-bangsa Arab, dari Mesir malah yang terpecah dari dalam Palestin sendiri. Semua ini, luar normal dan bagi saya susah untuk dicerna. Saya cuba faham. Cuba mahu faham. Susahkah untuk memahami perangai apa yang merasuk kepala dan naluri Yahudi Zionis di Israel? Logikkah manusia yang dicipta mulia, punya kerendahan budi dan nilai kemanusiaan sekeji ini. Baik, saya cuba memahami. Dan rupanya, tidak susah pun untuk faham. Jauh dari Palestin, di Malaysia. Ya, tanah air kita. Di Selangor untuk lebih tepat. Sebuah rumah kediaman sederhana besar, cukup selesa untuk sebuah keluarga. Rumah itu dibina dari tanah warisan, yang didapati sah dari legasi ibu dan ayah yang ditinggalkan. Ianya dibina, beberapa ratus...

Pakcik Tempang dan Boikot

Image
Ada orang kata, kenapa boikot, it will not change anything. Dan ia bukan sunnah yang ditunjukkan Rasulullah. Hairan. Dalam konteks ini, saya lebih menyanjungi seorang pekerja pam minyak, pertengahan usia, tempang, tinggal mungkin seluruh usianya di kampung yang orang katakan ceruk dan pedalaman. Di pedalaman yang rimau dan beruang pun ada. Babi hutan bersepah. Tenggiling kadangkala menjadikan jalan raya yang kecil itu sebagai tempat teduh. Dan pakcik tempang tersebut mungkin tidak pernah tahu pun menggenai blog dan bloggers. Tetapi pakcik tempang, tanpa mengenali saya pun menghulurkan secebis kertas. Ketika sedang mengisi minyak. Kata pakcik, “Ini barang-barang Israel dan US. Kita jangan beli! Kita boikot.” Tegas. Kami tersenyum memandang pakcik yang tempang. Saya hendak katakan padanya, “Pakcik, boikot-boikot ini bukan sunnah…” Memikirkan saya mungkin dilempang kerana ignorance begitu tinggi (al maklum, bukan tempat saya), saya memandang dan senyum seikhlas mungkin kerana rasa begitu ...

Seperti mereka?

Image
Foto 1 Kamu tidak akan tahu rasa tangisan anak itu Lama dulu, 2001, saya berdialog dengan seorang senior mengenai Palestin. Beliau, perlu dijelaskan di sini, adalah seorang tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi. Jadi saya menganggap pendapatnya antara lain perlu bersandarkan disiplin kesarjanaan yang ada di dalam dirinya. Beliau, secara ringkas mencela perjuangan rakyat Palestin untuk kemerdekaan dan kebebasan tinggal di Palestin. Beliau juga berkata, tidak bolehkah mereka duduk aman damai dengan masyarakat Israel. Seperti kita duduk aman damai berbilang bangsa di Malaysia. Jika dan hanya jika saya tidak hormat dia sebagai orang yang lebih banyak umurnya dari saya, saya tentu akan menjawab dengan sopan seperti berikut, “*&cel---$%&@))*&”. Tapi saya menjawab juga, jawapan yang lain. “Excuse me, don’t you remember, the Israel Jews and Europian Jews which came from nowhere, after 2000 years, to Palestine and claimed Palestine as theirs. They claim they inherited from...

Hari ini kawan...

Image
Hari ini kawan, luputkanlah segala rusuh dalam hatimu. Sekiranya kita masih mengeluh atas kesusahan di bawah naungan langit yang masih lagi biru, kita telah dan sedang, menghina keperitan dan derita mereka di Ghazzah. Hari ini kawan, ikrarkanlah, bahawa kamu bersama-sama mereka. Merasa derita mendasar dan mengigit. Pejamkan mata, dan deriakanlah igau mereka. Langit perang, hanyir darah yang meruap, belerang yang menghiasi langit pagi dan petang, jeritan yang menghantui tulang belulang, dan tiada satu yang tinggal meski secebis harapan. Janganlah kita hina mereka dengan mengeluh-ngeluh atas nasib dan kemalangan diri sendiri lagi. “Para syuhada sudah mati, kita yang mati inilah pula hidup. Para syuhada telah menyampaikan pesan dan kita yang pekak inilah yang perlu menjadi pendengarnya. Mereka telah memilih untuk syahid bila mereka merasakan tidak mampu hidup dalam dunia tanpa Tuhan, dan kita yang tidak tahu malu masih sanggup menjadi mereka yang tertinggal’. Kawan, hari ini, janganlah ki...

Telah dicabutnya dari kamu, telah dicabutnya dari kamu

Image
Semalam, berkuda, menuruni bukit menuju ke kota Jurussalem. Tidak seperti di Damascus dan Acres, menginjak tanah Jurussalem di bawah pemerintahan Sallehuddin Ayubi saya melihat damai. Memasuk sempadannya sahaja, saya dihamparkan hijau. Rumput yang menghijau. Sehijau hati Khalifahnya, sehijau hati rakyatnya. Kerana mereka melemparkan damai. Mereka menghulurkan salam perpaduan. Saya memberhentikan Xoulzana. Di atasnya, saya boleh melihat kubah As Sakhrah. Begitu agam, menyimpan seketul batu yang menangis mahu mengiringi Rasulullah ke langit. Di malam Isra' Mikraj. Tetapi saya tidak boleh melihat Masjid Al Aqsa, ia tidak dibina agam seperti Masjid As Sakhrah. Ia diselindung, tidak jauh dari Kubah Batu, tapi sudah dilupakan orang. Maruah umat Islam disini, dan kita membenarkan ia dicabuli. Hati saya dihentak pilu. Ini tanah Anbiya'. Nabi-nabi menjejak kakinya yang mulia di sini. Dan Salehuddin menebusnya untuk membolehkan saya menghidu haruman Anbiya'. Saya berpapasan dengan or...

Tahun baru, azamnya?

Image
Masih belum, masih belum dapat mencari apa yang mahu dicapai tahun 1430 Hijrah ini. Terlalu banyak perkara yang bermain di benak, meski mahu untuk merealisasikan, namun belum mahu komited. Sebelum masuk 2009, saya bertemu dengan orang yang memperjuangkan OAT. Apa OAT? OAT adalah makanan jenis bijiran, dan saya baru tahu bijiran itu adalah barli. Dan rupanya Rasululullah juga suka makan barli yang tidak diproses. Tetapi salam OAT ini bukan makanan, OAT ialah Objektif, Adil dan Telus. Kami, berkongsi pandangan yang sama. Betul, saya mengimpikan keadilan yang merata. Dan untuk itu ia menuntut juang. Sebelum masuk 2009, dia mengajari saya. 'Rabbana atina min ladunka rahmah, wahayyi'lana min amrina rashada. Wahai Tuhan limpahkanlah kepada ku rahmat, dan permudahkanlah untuk segala urusan'. Dan kata dia lagi, jangan terlalu fokus untuk mendapat hasil untuk sesuatu urusan, sebaliknya sebutan doa itu perlu diulang-ulang, kerana yang lebih penting bagi kita adalah rahmat Tuhan dalam...