Hari ini kawan...

Hari ini kawan, luputkanlah segala rusuh dalam hatimu.


Sekiranya kita masih mengeluh atas kesusahan di bawah naungan langit yang masih lagi biru, kita telah dan sedang, menghina keperitan dan derita mereka di Ghazzah.

Hari ini kawan, ikrarkanlah, bahawa kamu bersama-sama mereka. Merasa derita mendasar dan mengigit. Pejamkan mata, dan deriakanlah igau mereka.


Langit perang, hanyir darah yang meruap, belerang yang menghiasi langit pagi dan petang, jeritan yang menghantui tulang belulang, dan tiada satu yang tinggal meski secebis harapan.

Janganlah kita hina mereka dengan mengeluh-ngeluh atas nasib dan kemalangan diri sendiri lagi.

“Para syuhada sudah mati, kita yang mati inilah pula hidup. Para syuhada telah menyampaikan pesan dan kita yang pekak inilah yang perlu menjadi pendengarnya. Mereka telah memilih untuk syahid bila mereka merasakan tidak mampu hidup dalam dunia tanpa Tuhan, dan kita yang tidak tahu malu masih sanggup menjadi mereka yang tertinggal’.

Kawan, hari ini, janganlah kita mengeluh-ngeluh lagi.

Kawan, hari ini, derialah derita mereka.

...kerana kita yang pengecut tiada daya membela,
dan kerana itu janganlah pula menjadi orang yang menghina!

Comments

Nur said…
Hari ini sahabat,

Aku penuh tekad mahu berjuang!

Syukran
ASaL said…
ingatan ini kawan, sebenarnya untuk diriku yang cela. Selalu melihat dugaan yang ditimpa, seperti sudah tidak punya harapan hari esok. Sedang yang lebih malang, mereka di Palestin.
Mereka tidak tahu apa erti derita, kerana, merekalah derita itu!
Nur said…
Ah, aku ini kawan kah? Bukan sahabat mu? :p
umaq_eiman said…
Ayuh hingarkan cerita ini di mana mana.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang