Faham!

PAS telah memenangi parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti undi 2000 lebih. Semenanjung Ghazzah masih bergolak dengan perbuatan pembersihan etnik dari askar rejim Israel. Dunia masih menyaksikan perbuatan yang aneh-aneh dari pemimpin-pemimpin Islam. Bermula dari pemimpin Saudi, dari bangsa-bangsa Arab, dari Mesir malah yang terpecah dari dalam Palestin sendiri. Semua ini, luar normal dan bagi saya susah untuk dicerna.

Saya cuba faham. Cuba mahu faham. Susahkah untuk memahami perangai apa yang merasuk kepala dan naluri Yahudi Zionis di Israel? Logikkah manusia yang dicipta mulia, punya kerendahan budi dan nilai kemanusiaan sekeji ini. Baik, saya cuba memahami. Dan rupanya, tidak susah pun untuk faham.
Jauh dari Palestin, di Malaysia. Ya, tanah air kita. Di Selangor untuk lebih tepat. Sebuah rumah kediaman sederhana besar, cukup selesa untuk sebuah keluarga. Rumah itu dibina dari tanah warisan, yang didapati sah dari legasi ibu dan ayah yang ditinggalkan. Ianya dibina, beberapa ratus meter dari jalan besar. Penghubung untuk ke jalan besar, cuma sebatang jalan berturap tar muat untuk laluan sebuah kereta. Masuk dan keluar.

Penghuninya, seorang ibu tunggal tua, yang tidak berdaya untuk berjalan. Ibu tua semenjak akhir ini dan dalam keuzuran, menggunakan sebuah kerusi roda untuk bergerak. Kaki yang masih mempunyai sisa tenaga itulah yang digunakan untuk menguis lantai mozek bagi membantunya untuk bergerak ke hadapan dan belakang. Peneman ibu, anak perempuan yang didiagnos menghidap kanser dan sudah menjalani beberapa kali rawatan kimoterapi. Rambut telah gugur dan kesakitan itu telah meragut dan mengambil keceriaannya. Mereka dua beranak, berkongsi hidup ditanah warisan sah. Ayah yang pernah dipotong sebelah kaki kerana penyakit kencing manis telah 4 tahun pergi. Adik-beradik yang lain punya keluarga sendiri dan duduk di rumah masing-masing.


Ya, dua tiga bulan, setepatnya setahun kebelakangan ini, sekeliling kediaman mereka telah dibina tembok tinggi. Pembina tembok adalah anak saudara sendiri yang menuntut hak atas tanah yang ada disebelah rumah ibu tua. Kata anak-anak saudara ini, mereka adalah waris yang sah untuk tanah disebelah rumah ibu tua dan juga tanah dihadapan rumah yang digunakan untuk laluan masuk dan keluar dari rumah ibu tua. Dua tiga hari ini, ditengah hiruk pikuk langit Ghazzah disimbah bom phosphorus dan anak-anak Palestin dikebumi borang ke dalam tanah, anak-anak saudara ibu tua ini telah menutup jalan penghubung dunia ibu tua untuk mendapatkan keperluan hidup. Untuk makan, untuk bekal perubatan ibu tua dan anak yang mengidap kanser terminal. Untuk membolehkan anak-anak lain datang menjenguk, memberi perawatan, menggembirakan hati ibu tua.


Ya, anak-anak saudara dari darah daging sendiri, membina tembok tinggi untuk menghalang pemandangan, juga paling keji telah menutup jalan. Satu-satunya jalan ibu tua dan anaknya yang sakit kanser untuk terus hidup.


Keji? Benar keji. Dan ini tuan-tuan, bukan perbuatan yang dibuat oleh Zionis Yahudi. Orang kita, orang Melayu-Islam-berdarah daging dari turunan nenek moyang yang sama. Yang aneh-aneh, bukan perlu pergi jauh-jauh untuk kita memahaminya.

Aduhai, serendah ini kemuliaan manusia telah merundum. Petaka apakah?

Saya menangisi kemanusiaan yang telah hilang dari anak-anak yang sedarah daging demi untuk keduniaan yang sementara. Untuk sekeping tanah, yang nilaiannya hanya dunia. Hanya dunia.


Aduhai, aduhai.


Saya mencela, kerendahan budi yang ada disukma anak-anak ini, sedang pada masa yang sama mereka juga ada seorang ibu yang telah tua seusia dengan ibu saudara yang telah mereka perlakukan tanpa sekelumit rasa kemanusiaan dan persaudaraan.

Saya merintih lirih, pembelaan apa yang pernah saya lakukan untuk mereka? Pembelaan apa?


Ya Akhi, bela mereka! Tolong.

Saya sudah faham, susut kemanusiaan bukan hanya di Ghazzah. Bukan hanya ada di Falistin.

Kekejaman bukan hanya kesumat di dada Israel.


Percabulan nilai persaudaraan darah daging dan Islam, bukan diraikan dengan meriah oleh pemimpin-pemimpin Arab seorang.

Saya berdoa, agar Allah memelihara hati saya dan anda, teman/sahabat saya, untuk tidak turun menjadi rendah seperti mereka. Nauzubillah.


Ya Allah.

Comments

ieka said…
tersentuh membaca..
saya kira salah satu sebab mungkin komuniti kita sendiri sekarang terlalu kerap menekankan kepada nilai material instead of nilai2 kerohanian dan logik akal..nilai material dan pencapaian.. perkara2 yg menjadi ukuran..

hmm..seharusnya nak menunding jari pasti ramai yang akan 'passing ball' kepada org lain. jadi, apa kita perlu buat agaknya ya supaya masyarakat kita tidak semakin parah.. :)
Anonymous said…
salam,
saya menunggu buah fikiran eika utk solution.
saya memikirkan mengenai generasi, generasi yg akan mewarisi perlu mempunyai adab yg baik
Nur said…
ehm,

common sense, do u still remember our concept of common sense? maybe we are still the weird ones because or common sense is totally different with others', which is still surprised me...that's show how clever syaitan plays using wealth and power, and how easy us as human to succumb into these whispers. i hope Allah swt doesnt give us these sorts of trials, which i cant take it any way.

the weather is getting warmer, pray that my heart too, will leave the doom of winter forever!
ASaL said…
hehe, why and why, our common sense will differ from others? And it still...funny though.
i will agree with u fakhzan, wealth, power, status, that is how we will gone astray. Nauzubillah.
There is my friend (? friend ke?), telling me about all the fancy cars on the road (well, i think u will definitely guess, he will tease my KD), telling about all the money to pile up properties, house, cars, branded clothes, and so on. Then my other friend suddenly asked him, "When you will go to Makkah and Madinah to perform you hajj?". This guy, his face definitely change, and no more answers from his 'bertih jagung' mouth.
I just silent outside (but Laugh out loud LOL inside)- sorry for my naughty attitude :p
ASaL said…
sorry, tertinggal.
looking on this matter, i seem like it not make sense anyhow.
Anak saudara sendiri, menganiayai mak saudara sendiri, yang bila melihat darah keturunan, mereka berkongsi 'darah' yang sama. Still i look it as no sense, tak logik langsung.
Nur said…
owh true...you friend, when it comes to the matter of performing one of the greatest actions on earth, will be silent. why is that i wonder? if i were him, i mean, if i have tonnes of money, i will want to go to haramain every year. or sponsor some people to go there.

but yeah, some people definitely have a weird concept of common sense. bloods are no thicker than water i guess.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK