Jungkar Balik

Percaya tidak, dunia perlu datang ke Malaysia untuk belajar mengenai peradaban awal manusia.
Percaya tidak, di Lenggong yang telah dijadikan sebagai kawasan Warisan Negara menyimpan cerita awal mengenai manusia.
Teori manusia pertama hidup di Afrika lebih 1.7 juta tahun lalu telah dijungkar balik dengan perjumpaan arkeologi di Lenggong yang menjumpai tinggalan berusia 1.83 juta tahun!
Smithsonian juga terhegeh-hegeh untuk berada sama di bumi Lenggong. Berusaha untuk menguis tanah Malaysia bersama pengkaji kita yang sudah berpenat lelah, kemudian mahu mengisytiharkan mereka secara bersama telah menjumpai khazanah dunia, menjumpai perabadan manusia pertama. Sungguh murahan Smithsonian ini.
Ya, teori manusia pertama perlu diubah, landskap sejarah manusia perlu dirombak total!
Akhirnya cerita benar dari sarjana tersohor dari USM ini yang saya catat, ingat dalam cepu fikiran, rasa bangga dalam diri dipadang sedikit sinis oleh adik.
“I will not buy your story”.
“Why? Why not”.
“If the theory is so true, what is the position of Nabi Adam as the first man then?”
Ewah, ewah, sejak bila pula adik saya ini begitu fasih Bahasa Inggerisnya. Ewah, ewah juga, nampaknya dia sedang mencabar. Sedikit tergugah, saya melontar soalan semula tidak mahu kalah.
“Did you know the Earth has been existed approximately 4.6 billion years ago? During the stretch of time they must be being resided on Earth before Adam, if we can call the being as human. We found the traces and evidences. We even found the skeletons and have been proven by using carbon back dating”. Kenapa saya berbahasa PPSMI pula?
“The word ‘Sentience’, we called it ‘sentience’ meaning that artificial intelligent not human”.
“Yelah, yelah. Apa ke menatangnya, sentience?”.
“Yeah, so do you want to tell me the sentience you found in Lenggong is the first human? Do you have any dalil naqli to support this?”
Gulp. Apa hendak jawab?

Comments

Pernah sampai ke Muzium di Lenggong tu.

Tapi tak tau nak cakap apa.
Cikli said…
perak sentiasa yang pertama.

termasuk dun bawah pokok, 2 speaker, dll dll dll
ASaL said…
cikli, that good one too.
tak heran ler, orang Perok ghopa tu.
ASaL said…
zati, juga pernah sampai, cuma boleh melawat dlm masa 30 minit sebab dah lewat sangat.
tapi puas hati sbb baru faham teori migrasi sentience.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK