Syahid

Dalam cuaca yang dijangkakan terus panas hingga ke beberapa bulan lagi, kami di sini sedikit beruntung. Langit mendung, gelap dan sekali sekali disimbahi hujan. Menjadikan persekitaran panas diamankan.

Rupanya, langit mahu membawa perkhabaran. Tetapi kami lambat tahu.
Di sini, berita kematian Natrah lebih cepat tersebar.
Tetapi berita mengenai seorang wanita di bunuh di Dresdan German kerana mempertahankan kemuliaan hijab, langsung tidak mendapat liputan.
Beliau adalah Marwa el-Shirbini.
Ketika sarat mengandung anak kedua, dia ditikam sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di German.
Ketika ditikam, anak kecilnya yang berusia dua tahun ada di depan mata.

Suami yang terkejut mempertahankan isteri yang tewas di lantai. Kerana tersalah anggap si suami sebagai penyerang (alasan tipikal kerana suami berperawakan Arab), polis telah melepaskan tembakan dan mengakibatkan suami cedera parah. Ianya berlaku di dalam sebuah mahkamah! Baca di sini.

Marwa el Sherbini di bunuh kerana seorang lelaki Rusia benci dia kerana berhijab. Beliau dimaki dan dikeji kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Kerana taksub yang keterlaluan, 18 kali tikaman dikenakan ke atas tubuhnya yang mulia. Orang menggelarnya 'Headscarf Martyr'. Syahid Hijab.

Subhanallah. Kami mendengar kisahnya penuh takjub. Alangkah bagus jika kamilah yang berada di tempatnya. Ya Allah, tempatkannya di kalangan pejuang yang mengangkat senjata ikhlas syahid keranaMu.

Comments

Islamophobia masih belum lekang!
Cikli said…
salam...

baca kisahnya tak terkata apa-apa.
kagum padanya dan marah teramat pada penyerang dan sekelompok bangang disekelilingnya.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang