Peristiwa Subuh Hari Merdeka
Kawan saya kata membaca itu satu pekerjaan, jadi dia jadikan baca satu tuntutan yang dilakukan rutin. Seperti orang bekerja juga. Ada kerja adalah gaji. Ada membaca adalah benda yang akan diperolehi (untuk dia dapatkan faedah dari pekerjaan itu.) Membaca bagi saya adalah satu perintah. Kerana dalam Quran disebut Iqra'. Perkataan Iqra' itu bukan menggunakan grammar present tense atau past tense . Iqra' gunakan grammar ammar (grammar yang tidak ada bahasa Inggeris), grammar perintah. Sekarang baru saya tahu membaca itu kadang-kadang menemukan peristiwa yang lebih menarik. Semalam susah sangat saya mahu tidur. Jadi saya ambil buku Imran N. Hossein untuk dibaca. Harapnya, boleh tidur selepas itu. Baca dan baca, jadi lebih menarik, lebih susah untuk saya tidur. Tetapi saya telah pun letih. Jam pukul 3 pagi. Tidak boleh lelap lagi. Behenti sekejap buat benda lain kemudian sambung baca lagi. Pukul 4 pagi masih belum boleh tutup mata. Saya ke dapur, memanaskan makanan untuk d...