Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan: KPI (Petunjuk Prestasi)

Saya tertarik dengan satu ceramah di Masjid Al Ansar hujung minggu yang lalu mengenai Ramadhan. Ia disampaikan dengan cara yang sedikit berbeza. Ustaz memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Stephen Covey 'Begin with end in mind'.
Frasa itu merujuk kepada, jika kita mahu sesuatu perkara dilaksanakan dengan efektif (berkesan), kita kena tetapkan dahulu apakah hasilan yang dimahukan.
Sebagai contoh, katalah mahu masak. Tetapkan dahulu resepi apa baru proses memasak itu berlaku dengan kadar yang cepat dan berkesan. Jangan pula masuk dapur lihat sekeliling dan kemudian baru berfikir apa yang mahu dimasak. Rancang itu dan ini, akhirnya bila hendak mula baru teringat beberapa bahan masih tidak ada. Akibatnya perlu pula ke kedai. Masakan yang boleh disiapkan dalam tempoh 20 minit, disiapkan dalam masa 2 jam.
Begitu juga dalam berpuasa. Kata Ustaz, apa yang disampaikan oleh Covey lama sudah ada di dalam Quran. Allah telah mengajar manusia 'begin with end in mind' lebih dini dari Covey. Kata Allah dalam Al Quran berkenaan berpuasa,
2:183 Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
Apakah hasilan yang perlu ditetapkan semasa berpuasa di bulan Ramadhan?
Jawapannya pada frasa akhir ayat surah Al Baqarah, 183: Agar kamu bertaqwa. Kata kuncinya bertaqwa. Teman-teman, ayuh kita kunci frasa ini: TAQWA.
Jadi untuk tidak menjadi seperti orang yang tidak menetapkan resepi sebelum memasak, untuk 3-4 hari sebelum menjelang bulan kemuliaan diturunkan Al Quran ini, marilah kita membuat homework mencari makna taqwa dan cara-cara (modul) untuk membolehkan kita mendapat tingkatan taqwa di akhir Ramadhan nanti. Itulah petunjuk prestasi kita.
Saya doakan kita semuanya berjaya, insyaAllah! Selamat datang Ramadhan, selamat berhimpun sekalian orang bertaqwa!
Good luck. Gambate kudasai.

2 comments:

sot said...

Ramadhan bisa membina ketakwaan
Namun takwa tidak menggolek datang
Berjuang habis2an sepanjang Ramadhan
Kerana takwa itulah the end in mind.

ASaL said...

betul sot, setuju. kerana itu kena ada modul (manual) untuk sampai ke tingkat itu :)
tapi set dulu objektif, moga kita lebih terpandu.
macam lrt, yang bergerak atas landasan dan telah di set tempat perhentian.
antara yg boleh di buat salah satunya dengan baca al Quran.
kata ustaz pagi tadi di MHI, imam2 hadith yang mahsyur, setibanya bulan Ramadhan meninggalkan terus kitab hadith untuk fokus membaca Al Quran.