Kotiam Ghadir 2: Sembang Kedai Kopi

A1 : Dengan props yang sedemikian ringkas, tempat yang begitu terhad, penata cahaya dan bunyi yang begitu daif, pementasan juga boleh dijalankan. Pokoknya jika hendak seribu daya.

Saya : Ya, dan kau perlu belajar tentang kedhaifan dan kekurangan boleh jadi motivasi paling kuat untuk kejayaan.

A1 mengangguk-angguk.

A2 : Jangan bimbang, kita sudah merancang untuk membeli tanah. Jika sudah ada, kita membayangkan untuk membina bangunan 5, atau 12 atau 14 tingkat.

Saya : Wah hebat-hebat.

A2 : Tapi ada juga rakan saya mencadangkan, mungkin juga boleh buat bangunan 8 tingkat, 5 tingkat lagi basement. Atau 9 tingkat dan 5 tingkat lagi juga di buat sebagai basement.

Saya : Bolehlah nanti persembahan dipentaskan di situ.

A1 : Tapi respect betul persembahan teater tadi. First time tengok. Dengar perkataan teater jer dah rasa malas nak pergi, tapi tidak sangka teater juga boleh menjadi begitu menarik. 1 jam 30 minit rasa macam sekejap aja. Dengan empat orang pelakon, ia sudah menjadi satu persembahan cukup serba serbi.

Saya : Teater bermacam. Ini teater wacana, bagi mereka yang mencari isi, Kopitiam Ghadir adalah hiburan yang paling sesuai. Berhibur sambil mencabar minta.

A2 : Tapi betul lah, ini teater yang berani. Berani betul budak-budak tu. Tidak bahayakah?

Saya : Bahaya tetapi selamat. Kerana bukankah mereka menggunakan kitab yang dipakai umum. Wacananya berkisar pada kitab sahih. Kalau orang hendak cari pasal, sendiri hendak jerat leherlah. Pengarah dan penulis karya bijak, sangat bijak.

Saya, A1 dan A2 mementaskan Kopitiam Ghadir 2 sendiri-sendiri sambil minum teh, milo di Restoran Shah Jahan di Setiawangsa.

Foto: Budak terlebih dos kopi di Kopitiam Ghadir. Saya, A1 dan A2 terpaksa memendekkan pementasan Kopitiam Ghadir kami di Restoran Shah Jahan Setiawangsa atas kerana emosional penghuni kota kecil ini yang sudah kehabisan bateri.

Apa yang bahaya tapi selamat di Kopitiam Ghadir, saksikan sendiri. Hari ini, 2 pementasan, pukul 3.00 pm dan 9.00 pm. Di ITNM Wangsa Maju. Beberapa minit dari Carrefour Wangsa Maju.

p/s: Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Macam best aja menulis persembahan pentas, harap dapat memutar masa satu masa dulu ketika saya diberi peluang untuk menjadi pengarah untuk persembahan Hari Kemerdekaan. Akan adakah peluang yang lain? Amphiteater akan siap bulan 10. Errmmmm.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK