H1N1 - Doa

Siri entri mengenai H1N1 bukan bertujuan untuk mencetus panik, tetapi setiap dari kita tentu bertanya apakah yang sedang berlaku.
Semalam berita melapor jumlah kematian terbesar dalam satu hari: 9 orang sejak kita mendengar mengenai penyakit ini pada Jun/Julai lalu.
Jika dicongak dan kiraan ini tidak salah jumlah kematian adalah 27 orang dalam masa 1 bulan?
Kerajaan mungkin tidak bercadang untuk mengisytihar state emergency atau darurat dan kita sendiri tidak tahu mekanisme kerajaan, pada angka kematian ke berapa baru kerajaan akan umumkan satu gerakan secara besar-besaran untuk mengekang penularan wabak ini.
Tapi yang betul, di tempat saya ramai yang telah memakai topeng muka.
Doktor pula berkali-kali memasukkan pesanan dalam e-mail untuk memberitahu tindakan dan apa yang perlu dilakukan bila perlu berkomunikasi dengan orang.
Doktor juga memaklumkan statistik pesakit yang datang ke klinik untuk rawatan bertambah 3 kali ganda.
Bila terdengar bersin dan batuk, ramai mengeluarkan sapu tangan dan menjarakkan diri.
Menteri Agama juga sudah memberi pesan untuk bersolat hajat dan berdoa.
Saya tidak tahu entah mahu panik atau apa.
Rakan saya yang dekat ramai juga tidak sihat.
Saya berdoa mereka lekas sembuh.
Di atas doa, moga setiap usaha dan ikhtiar adalah langkah untuk penyelamatan. InsyaAllah.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
p/s: don't get offended when people take distance when talking to you, they only take precaution not to widespread the virus.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah