Infiniti 2

Faries menghantar Adi pulang di pintu. Dia masih bocah kecil pada pandangan kebanyakkan orang. Tetapi bukankah anak kecil juga pernah menggegar kompeni perang. Seperti Daud yang menggegar Thalut hanya dengan batu dan lastik. Dan Adi didoakan mempunyai kekuatan seperti itu, kerana hati Adi yang suci menuntut satu jalan. Jalan untuk faham.

Faries segera menutup pintu. Terasa bersalah menghantar Adi pulang dengan persoalan berat. Tentang infiniti atau takterpermanai dalam bahasa orang Melayu. Tak terpermanai itu sendiri istilah yang baru pertama kali didengar dari mulut teman-teman diskusi Discopy.
"Marahkah ibu bapa Adi nanti bila Adi bertanya yang bukan-bukan? Jika ditanya dari mana dia dapat segala persoalan ini, tentulah aku yang dirujuk Adi."

Faries insaf. Dia bukanlah Jostein Gaarder yang mengajar Sophie tentang falsafah dan hakikat kehidupan. Dirinya hanya seorang manusia yang diangkat ke tingkatan hamba yang belajar tentang pergantungan pada yang Maha Esa melalui pelbagai jalan. Faries sendiri faham benar dia tidak punya tauliah untuk membincangkan soal ini. Dia hanya seorang guru muzik bukan? Yang selalu dicaci mengajar benda thaghut yang tidak memberi kebaikan pada agama. Adakah mungkin akan datang nanti dia sendiri akan diseret ke mahkamah kerana mengajar tanpa tauliah.
"Esok, aku akan berpesan pada Adi untuk tidak pecah kepala memikirkan soal yang berat-berat. Lebih elok dia belajar tentang agama melalui sukatan sekolah sehingga tingkatan 5. Biar dia beramal dengan itu sahaja. Bukankah itu lebih selamat."

Faries menutup piano kemas. Komputer riba di atas meja kopi diruang tamu berbunyi mesej baru masuk. Cikgu Faries mengintai skrin. Dia di 'buzz' salah seorang teman Discopy.
Discopy: Kau salah Faries, takkan kau nak tutup jalan belajar budak tu?

Faries menggeleng. Menyesal juga cerita. Tidak pasal-pasal dikritik pula dengan kawan sendiri.

Faries: Bila masa pula aku tutup jalan. Sampai masa budak tu akan jumpa jalan dia sendiri.
Discopy: Habis, kalau dia dibiarkan, kemudian membaca buku seaneh Sophie World. Memahamkan dunia mengikut faham orang yang tidak kenal Tuhan, kau nak ikut bertanggungjawab?
Faries: Well, life like that. Setiap orang ada jalan masing-masing. Kita tidak menanggung beban atas kesalahan yang kita tidak lakukan.
Discopy: No, life is not always like that. Kau patut kaji Imam Ali. Keputusan dia untuk memeluk Islam pada usia 10 tahun dalam suasana jahiliyyah yang hitam serba serbi, adalah untuk direnung-renungkan.

Kalau mereka berbual di kedai mapley, tentu sebutan ‘renung-renungkan’ itu akan diajuk dengan gaya Profesor Izi yang selalu keluar di Hot.fm.

Faries: What’s your point brother?
Discopy: My point is, Imam Ali jika tidak mempunyai mentor yang sehebat Nabi Muhammad saw sendiri, masakan boleh buat keputusan besar seperti itu.
Faries: Maksud kamu, orang muda untuk membolehkan dia berfikiran matang dan berfikir untuk kebaikan, dia perlu mempunyai pembimbing sejak mula?
Discopy: Right, right. You got me right.
Faries: Well, satu contoh tidak memadai bro. Tidak memadai.

Faries senyum. Usulan Discopy benar. Dia sendiri ditarbiyyah sejak awal dengan cara yang begitu aman. Ayah yang tidak pernah memaksa cuma selalu diajak berbincang dengan santai dan selalu diminta merenung segala peristiwa. Begitulah tarbiyyahnya. Sejak dari itu, urusan belajar tidak pernah disuruh-suruh. Dia yang sudah mempunyai kesedaran akan berusaha sendiri untuk tahu. Buku, guru, orang tua dan orang berilmu adalah rakan karib Faries. Hasilnya, di sekolah selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Lebih manis untuk Faries, dia membuat segala dengan kefahaman.
Tapi perlukah, orang muda menyoal perkara-perkara tentang diri dan hakikat kehidupan. Bukankah hidup terlalu singkat untuk bertanya-jawab tentang soal ini. Adi terlalu muda.





Comments

nak juga bayang rupa Faries ni macam mana?

haha!
Anonymous said…
leh kenal ngan discopy tak? namer kiter seakan-akan samer ar. tukar y ngan i jer. leh la....plssss
asal said…
anak bumi - boleh lihat cermin :)

ziati - setuju, kuikui.

diskopi - a'ah la. cam sama :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK