Infiniti

"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga.

"Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI."

Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya."
Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries menjeling sekilas dan kemudian duduk di sebelah Adi di kerusi piano.

"Wah hebat kamu ini, tiada apa yang salah."

Adi senyum meleret kembang dipuji begitu. Cikgu Faries tidak hairan Adi begitu pandai dalam matematik kerana Adi juga hebat dalam muzik. Adi dapat memainkan Chopin Valse No. 14 ketika umurnya baru mencecah 10 tahun. Kata orang muzik asalnya dari cabang matematik, disiplin memerlukan fokus, latih tubi dan ketepatan tempo. Matematik juga begitu sifatnya.

"Kalau kamu faham lagi tentang infiniti, cuba cari jawapan kepada soalan-soalan ini.
1. Adakah infiniti itu satu, atau ada banyak infiniti?
2. Adakah infiniti boleh dibahagi? Adakah infiniti boleh didarab atau digandakan?
3. Bolehkah infiniti ditambah atau dikurangkan?
4. Adakah infiniti mempunyai had atau limit yang tertentu?"

Khali.

"Macamana? Boleh jawab?"

Comments

Anonymous said…
kalo pandangan aku...infiniti tu suatu konsep untuk manusia merasionalkan sesuatu yang tidak boleh dikategorikan dalam bentuk numerikal. ia hanya konsep yang terhasil daripada akal manusia yang cuba untuk merasionalkan dunia yang didiaminya tapi tidak difahami olehnya sepenuh-penuhnya.

tapi yang pasti infiniti tu BUKAN tuhan. kerana bagi aku apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan hati manusia, bukanlah tuhan. kerana tuhan itu tak terperikan. tuhan tak boleh nak kita perikan.

dan infiniti di dalam ketunggalan itu adalah salah satu konsep penting tentang tuhan dalam teologi syiah (dan syiah menolak konsepsualisasi ketuhanan melalui sifat 20 yang popular di kalangan kita orang-orang sunni).


untuk aku konsep tuhan dari jalur fikiran dan falsafah syiah lebih mantap dan memenuhi keperluan intelektual dan rohani aku khususnya pemikiran-pemikiran ketuhanan yang dikonsepsualisasikan oleh mulla sadra.
ASaL said…
:)
'walam yaqullahu kuffuwan ahad'.
agree. supaya manusia awam masih lagi menganggap semua boleh dirasional meski mereka sudah sampai di pintu Tuhan. Single God. Pure Unity.

well thaught that ur saying shite is shite except from freudian analysis. light us up bro.

jadi, tidak ada iktiqad asyariah dlm konsep ketuhanan dicadangkan Mulla Sadra?
Anonymous said…
ini interpretasi sendiri semata-mata dari pembacaan dan diskusi ngan kawan-kawan. mungkin laen org laen interpretasi dia. lagi pon buku-buku besar mulla sadra dlm bahasa parsi la. yang bahasa inggeris punya tu pon buku secondary sources. kebanyakannya dari tulisan syed hoessein nasr yg ada kat library ukm. syed hoessein nasr ni banyak dipengaruhi oleh pikiran-pikiran mulla sadra.

interpretasi aku sendiri - mulla sadra mengambil posisi untuk menggabungkan pemikiran asyariah tentang konsep ketuhanan dengan pemikiran2 islam yang lain mcm ibnu sinna, ibnu arabi dll yang mana mereka ini pulak banyak dipengaruhi oleh debat-debat al-falatun (plato la tu)di zaman yunani dulu.

so, pada pandangan aku pemikiran asyariah umumnya turut mempengaruhi mulla sadra di dalam mengkonsepsualisasikan konsep ketuhanan tu. cumanya dalam asyariah konsep law of causality tu semuanya datang dari tuhan (sebabnya tuhan, akibatnya-tindakan manusia), i.e. terdapat garis vertikal dari atas (tuhan) ke bawah (manusia), tetapi bagi mulla sadra pulak garis vertikal tu digabung pulak dengan garis horizontal. garis horizontal tu yg aku faham ialah sebab dan akibat tu independen daripada tuhan.

so, mulla sadra gabungkan vertical dan horizontal yang pada faham aku terdapat titik tengah dari gabungan itu yang membawa makna bahawa sumber asal dari segala-galanya adalah tuhan (tunggal dan infinite) tetapi sebaik sahaja ianya terpencar membentuk wujudiah-wujudiah lainnya, maka terdapat keindependenan di dalam wujudiah-wujudiah itu untuk membentuk destinynya sendiri.

ini pemahaman sendiri dari bacaan dan diskusi. mungkin ada pemahaman yang lain yang lebih mantap lagi untuk melihat hubungan antara pemikiran asyariah dan mulla sadra.

soalan AsaL boleh buat tesis phd ni. hahaha. memang tak cukup ruang nak tulis, dan perlu pikir dan buat refleksi lebih dalam sebelum menulis.

mungkin ASaL pulak boleh kongsi pandangan dalam hal ini. budak-budak diskopi ni pon budak-budak baru belajar jugak macam la pantun buah cempedak di luar pagar tu.... hihihi.

lagi best kalo nak sembang pasal topik-topik berat ni kat mapley sambil pekener teh tarik ato kopi o panas. tapi budak2 diskopi minum air suam jer la. hahaha
ASaL said…
bagus tu, leh buat thesis phd. tapi kalu falsafah la, boleh pecah kepala.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK