Posts

Showing posts from December, 2009

Gerhana di bulan penuh Muharram

Image
Muharram adalah bulan ajaib bagi saya. Disebalik sejarah strategik Muharram sebagai satu bulan yang diraikan dari pelbagai sudut pandang, kali ini kita bakal menyaksi gerakan alam pada 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H. Tahun baru ini, kita mungkin boleh meraikannya dengan cara lain. Rakyat Malaysia diberikan kelebihan untuk menyaksikan fenomena galaksi pada jam 1.17 pagi dan 5.28 pagi. Apa dia gerhana bulan? Kejadian ini wujud apabila tiga komponen matahari, bumi dan bulan terletak pada satah atau satu barisan yang sama atay sangat hampir. Pada lazimnya, ia akan berlaku ketika bulan purnama akan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana maksimum dijangka berlaku pada jam 3.24pagi. Berikut informasi yang diterima, 'Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi. Orang awam dijemput hadir untuk ...

Avatar dan Benih Sakral Aphesus

Image
Suprisingly speachless. Tiga jam yang berlalu tanpa merasa apa-apa. Ia sebuah filem wajib tonton, meski kita sering bertanya tentang logik dan rasional di setiap penjuru sepanjang ia ditayangkan. Cerita ini mengambil konsep sains, bagaimana minda kita berpindah dari tubuh kita yang asal kepada tubuh jelmaan. Tubuh jelmaan inilah yang dipanggil Avatar. Makhluk Avatar ini telah diklon dari bangsa pribumi Planet Pandora dari kaum Nav'i. Manusia menakluk Pandora hanya semata untuk menggali hasil bumi yang dinamakan Unobtanium. Mineral ini sangat mahal, harganya di bumi ialah 1kg = USD20 juta. Ia telah menyebabkan pemodal besar telah menghantar mesin besar dan robot untuk tujuan pengalian dan juga menangkis dari serangan kaum Nav'i. Di sinilah Avatar menjadi sangat signifikan. Avatar diperlukan untuk memboleh manusia berinteraksi dengan lebih akrab dari kalangan kehidupan kaum Nav'i sendiri. Hanya dengan kedatangan Jake Sully, seorang marin yang lumpuh kedua-dua kaki telah memb...

Muharram ini bulan mengenang guru

Image
Apa kaitan tajuk dengan kiub Rubik? Kiub ini telah mengiringi lama sudah semenjak kecil sehinggalah sekarang. Percaya tidak bertahun-tahun, boleh dikatakan sudah lebih sedekad saya tidak pernah berjaya menyelesaikannya. Kemudian saya menonton, Pursuit of Happiness yang memperihalkan cerita mengenai kiub ini. Minggu cuti ini saya akhirnya berjaya menyelesaikannya. Bagaimana? Mudah sahaja, kerana saya mempunyai seorang guru. Sebelum penutup tahun ini, saya diberi pesanan oleh seorang Profesor, kejayaan itu mudah jika kita tahu caranya. Kata-katanya itu pernah diucapkan kepada kami tahun 2007 yang lalu, diulang semula tahun ini dan saya mendapat cerah cahaya kata-katanya minggu ini. Ya, saya kongsikan dengan awak. Kejayaan itu memang mudah jika kita tahu caranya. Dan saya berpendapat, dengan kehadiran guru yang mengajari kita depan berdepan adalah salah satu cara paling efektif dalam dunia. Saya menyimpan keinginan menyelesaikan masalah kiub berdekad lamanya. Percaya diri untuk menyeles...

Rasulullah dan Copenhagen Summit 09

Image
Sidang kemuncak Copenhagen 2009 membincangkan betapa perlunya negara-negara dalam dunia bersetuju untuk menghadkan pengeluaran karbon ke atmosfera untuk mengembalikan bumi dalam keadaan aman. Soal saya, bumi tidak amankah? Ya saya tahu itu soalan bodoh yang tidak patut dilayan. Setiap orang yang sedar (tidak perlu Karam Singh Walia untuk menyedarkan), tahu yang bumi sudah begitu sakit sehinggakan dia tidak mampu untuk mengatur musim lagi. Di Malaysia, kita sampai berhadapan dengan gelombang ke 4 untuk keadaan banjir. Di negara Barat, di musim salji ini kematian akibat kesejukan meningkat. Kata bijak pandai, ketidakstabilan ini natural, tidak perlu dibimbangkan sangat. Kata saya, ya sangat. Tak baca ayat Quran 'telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf d...

Azam Muharram

Image
Al Kuliyyah petang ini (masih berlangsung ketika saya menaip) membuat saya sedar peri penting menanam azam. Bukan sekadar menanamnya pada awal tahun baru sahaja, tetapi hendaklah berazam di akhir tahun nanti kita dapat mengutip hasilnya. Seperti kata Covey (1989) dalam bukunya, 7 Habits of the most Effective People (lebih kurang la...bukannya hafal pun) Begin with end in mind . Kita tanam azam hari ini, moga nanti menjadi hamba Allah yang bertaqwa. InsyaAllah. Satu - seperti entri sebelumnya saya berazam untuk menjadi orang yang gemar menolong (tentunya untuk jalan kebaikkan). Dan membuatnya kerana Allah, seikhlasnya. Dua - Kurang berkira (tidak berkira langsung mungkin payah :). Barangkali saya perlu meletakkan calculator saya jauh-jauh, agar kurang menekan nombor-nombor dan tanda tambah, tolok, darab dan bahagi. Supaya setiap amal nanti tidak sirna kerana terlalu sangat mahu menghitung hasilnya. Tahun lepas dan tahun ini sekali lagi saya menyaksikan mukjizat bahawa berbuat sesuatu t...

Hijrah Ini

Image
Hijrah ini mengajar banyak perkara. 1. Termaktub dalam Sunnah Ya, berpindah itu Sunnah. Segala kebaikkan dalam perpindahan itu harus difahami, satu persatu. Agar tidak salah mentafsir. Rasulullah mengajar sunnah berpindah itu wajib demiNya. Berjalan beratus-ratus kilometer itu sunnah meski terpaksa meninggalkan segala: rumah, harta benda, saudara, tanah, jati diri. Ketika orang Makkah berpindah ke Madinah, modal permergiannya kosong tapi hati penuh harapan pada Tuhan. Hijrah itu wajib, tujuan untuk menegakkan agamaNya yang hak. Itu sahaja, iaitu untuk mengEsa hanya Sa. Noktah. 2. Bahawa manusia itu tidak semua lurus hati Saya baru faham, kadang-kadang orang memakai label dan pakaian orang soleh, supaya orang lain melihat mereka suci dan penuh kebaikkan. Sedangkan hati mereka penuh kesumat dan prasangka. Hati yang sepatutnya putih mereka hitamkan dan biarkan ia berbau seperti bangkai. Setiap hari mereka berjalan tunduk, kata orang mereka tawaduk. Tetapi satu hari Allah dengan kebesaranN...

Wajah kebaikan

Image
Cuba awak tutup mata fikirkan untuk sekejap. Siapakah yang anda jelmakan dalam minda dengan wajah kebaikan? Ada? Jika tidak, cuba fikirkan di sekeliling awak kawan-kawan yang suka menolong. Ada? Saya ada seorang. Dia sangat suka menolong. Jika awak sudah menonton Tinker Bell and the Lost Treasure, awak mesti tahu ada satu watak peri(lelaki) bernama Terrance. Kawan saya itu seperti Terrance. Dia sangat suka menolong, tetapi rakan saya ini lebih hebat dari Terrance kerana dia tidak memilah-milah dalam membuat kebaikkan. Bila mana ada orang memohon pertolongan, sekiranya dia mampu melakukan dia akan lakukan dengan senang hati dan rela. Malah satu lagi ciri hebat dalam dirinya ialah, dia akan melakukan yang terbaik malah paling baik seolah-olah dialah yang diemban dengan pertanggungjawaban tugas. Sedangkan dia ada di situ sebagai seorang penolong, penolong yang setia. Saya kelaskan dia sebagai seorang yang polos tetapi comel. Mungkin orang lain beranggapan dia lurus kerana tidak berkira. ...

Puncak Alam

Image
Ini bukan tempat peranginan, tetapi sebuah kampus yang dibina di Puncak Alam Selangor. Pemandangannya sangat indah dan mempersona. Kampus dan pemandangan diadun sekali menjadikan ia sebagai tempat menimba ilmu juga boleh jadi mencari ilham. Saya berada di sini dengan tekanan selama 5 hari, jadi tidak dapat menghayati. Saya ingin lagi ke sini, untuk menyaksikan keindahannya sepenuh hati. Bila tiba di Puncak Alam, pada waktu pagi ketika matahari naik dan memerhatikan garis-garis cahaya menembusi awan, ia sungguh segar dan aman. Berdiri di sisi jalan, melihat hutan terbentang luas dan masih belum diusik seolah-olah dapat mendengar alam berbicara. Satu hari nanti, saya akan ke mari insyaAllah (sebelum tu kena beli kamera dulu bukan?)

Kembali semula untuk apa?

Saya kembali, setelah selesai mengambil peperiksaan PTK yang boleh mencederakan otak dan emosi. Entah kenapa ya, kita selalu mendesak diri sendiri ke tahap yang kadangkala diri tidak mampu menanggung, tetapi kita teruskan juga. Kata dia orang mahu memperbaiki diri. Sedangkan mereka mahu anjakan gaji. Kata dia orang untuk usaha diberkat, Sedangkan tujuan mereka untuk naik pangkat. Saya berfikir, kenapa saya juga terheret dalam kancah yang sama? Bukankah saya melihat dari dimensi yang lain. Tetapi saya ikut juga. Kesimpulan 5 hari yang saya lalui, ia sangat BERAT dan MENEKAN. Lalu saya ingat kembali tagline yang ditulis dalam blog rakan, Yang berat itu perlu dipikul, Punyakah kudrat untuk kita memikul? Apa perlunya jika yang dipikul tidak berharga? Saya benar-benar terasa saya sedang memikul sesuatu di bahu saya. Tidak nampak tapi ia berat. Bagaimana saya tahu di bahu saya berharga atau tidak? Ya Allah, adakah saya sudah menjadi sama seperti mereka?

3 Tiga

1 Ditawan orang Jepun Melihat di ruangan komen, saya jadi hairan. Kenapa begitu ramai orang Jepun memberi komen di entri Infiniti? Adakah interface saya yang memaparkan tulisan Jepun, hakikat sebenar tulisan Rumi biasa? Cerahkan saya :) 2 Jatuh sakit tiba-tiba Tiada angin ribut tiba-tiba sahaja tidak boleh bernafas. Langkah kaki jadi terhad. Pemikiran kabur. Akhirnya saya meminta kawan menghantar saya ke rumah. Takut kalau tumbang ditempat yang tidak sepatutnya. Betulah, nikmat sihat hanya akan kita hargai bila kita sakit tidak berdaya untuk buat apa-apa. 3 Serangan intelektual Bila mana kita berada di daerah kreatif atau produk intelektual, yang paling ditakuti ialah bila membincangkan tentang idea ada orang mengambil kesempatan dan mahu mencurinya. Lalu kita akan jadi begitu berhati-hati, tetapi agak merisaukan jika orang yang tidak bersih hatinya mahu menggunakan jalan hitam. Kita perlu buat apa? Banyak-banyak berdoa agar tidak terkena hasad dan dengki orang lain. Hidup ini hanya ...