Kembali semula untuk apa?
Saya kembali, setelah selesai mengambil peperiksaan PTK yang boleh mencederakan otak dan emosi. Entah kenapa ya, kita selalu mendesak diri sendiri ke tahap yang kadangkala diri tidak mampu menanggung, tetapi kita teruskan juga.
Kata dia orang mahu memperbaiki diri.
Sedangkan mereka mahu anjakan gaji.
Kata dia orang untuk usaha diberkat,
Sedangkan tujuan mereka untuk naik pangkat.
Saya berfikir, kenapa saya juga terheret dalam kancah yang sama? Bukankah saya melihat dari dimensi yang lain. Tetapi saya ikut juga.
Kesimpulan 5 hari yang saya lalui, ia sangat BERAT dan MENEKAN.
Lalu saya ingat kembali tagline yang ditulis dalam blog rakan,
Yang berat itu perlu dipikul, Punyakah kudrat untuk kita memikul? Apa perlunya jika yang dipikul tidak berharga?
Saya benar-benar terasa saya sedang memikul sesuatu di bahu saya. Tidak nampak tapi ia berat. Bagaimana saya tahu di bahu saya berharga atau tidak?
Ya Allah, adakah saya sudah menjadi sama seperti mereka?
Comments
dalam hidup kita adalah di antara dua golongan kan, pessimis + optimis, opportunist + given up, realistik + idealist... pilih sahaja mana yg dikehendaki kan.. lagipun inshaAllah kalau dah ada terfikir macam tu maksudnya masih ada muhasabah diri. takkan lari jauh2 dr landasan ;)
eika-saya selalu rasa aman bila sahabat ini berbicara. Ya, saya memilih realistik + idealist. Semoga tidak dipesongkan dari landasan :) Moga eika juga sentiasa dipandu.