Avatar dan Benih Sakral Aphesus

Suprisingly speachless. Tiga jam yang berlalu tanpa merasa apa-apa. Ia sebuah filem wajib tonton, meski kita sering bertanya tentang logik dan rasional di setiap penjuru sepanjang ia ditayangkan.

Cerita ini mengambil konsep sains, bagaimana minda kita berpindah dari tubuh kita yang asal kepada tubuh jelmaan. Tubuh jelmaan inilah yang dipanggil Avatar. Makhluk Avatar ini telah diklon dari bangsa pribumi Planet Pandora dari kaum Nav'i. Manusia menakluk Pandora hanya semata untuk menggali hasil bumi yang dinamakan Unobtanium. Mineral ini sangat mahal, harganya di bumi ialah 1kg = USD20 juta. Ia telah menyebabkan pemodal besar telah menghantar mesin besar dan robot untuk tujuan pengalian dan juga menangkis dari serangan kaum Nav'i. Di sinilah Avatar menjadi sangat signifikan. Avatar diperlukan untuk memboleh manusia berinteraksi dengan lebih akrab dari kalangan kehidupan kaum Nav'i sendiri. Hanya dengan kedatangan Jake Sully, seorang marin yang lumpuh kedua-dua kaki telah membolehkan interaksi ini berlangsung dengan harmoni.


Sudah tentu, Jake Sully hanyalah sebagai ejen. Misi sebenar ialah untuk memujuk kaum Nav'i berpindah dari kediaman asal ke satu lokasi lain. Ini adalah kerana tempat tinggal Nav'i di Hometree kaya dengan Unobtanium dalam linkungan parameter berkilo-kilo meter luasnya. Dengan maksudnya, limpahan kekayaan dari hasil itu akan meningkatkan lagi tabungan pemodal di Planet Pandora. Namun setiap yang kita mahukan, ada harga yang perlu dibayar. Pemodal perlu membayar dengan kemusnahan alam dan juga meninggalkan warisan tinggalan nenek moyong. Tidak ada apa yang terlalu asingkan? Sama sahaja yang dialami di bumi. Kes-kes untuk memindahkan setinggan, kerakusan menebang hutan untuk tujuan industri dan sebagainya. Jangan lupa, bagaimana pula penjajahan bentuk baru Amerika di Afghanistan dan Iraq, dan mungkin akan menukar missile head mereka ke Iran pula. Siapa tahu?

Namun filem ini memperihalkan ketamakan dan kerakusan manusia yang semakin besar. Selagi ada hasil bumi yang boleh memberi keuntungan kepada segelintir orang, ke Planet Pandora pun mereka akan cari. Hingga ke lubang cacing, come what may. Pendek cerita ia mungkin menyindir secara sinis dasar luar Amerika dan Israel yang tidak pernah akan berubah. Pada pendapat saya, saya memandang secara literal Amerika sebagai Avatar, dan Israel adalah pemandunya (a.k.a Jake Sully tetapi sampai sudah Israel tidak mungkin akan mempunyai hati bersih Jake Sully).


Sepanjang filem ini berlangsung, saya hanya teringat novel Benih Sakral Aphesus (BSA). Ia novel pertama saya yang dibawa bertanding. Ramai kawan saya maklum ia tidak memenangi apa-apa hadiah meskipun hadiah saguhati. Jika awak membaca entri ini, awak pun tahu ia tidak diangkat sebagai karya yang baik. Kata kawan saya (untuk menyedapkan hati) novel saya bukan tidak bagus. Mungkin panel tidak faham kerana saya menulis sains bergabung dengan falsafah serta sastera. Tetapi saya tahu, mungkin saya belum mencapai apa yang hakim perlukan dengan itu saya perlu berusaha lagi terus menerus. Perjuangan masih belum selesai.

Tema yang saya bawa dalam BSA ialah tema yang sama dalam Avatar. Tentang hutan dan kerakusan manusia. Tentang benih yang sakral sifatnya tetapi tidak difahami pemodal rakus yang gila kekayaan. Saya juga bercerita tentang alam yang berinteraksi, setiap satu kejadian alam mempunyai perkaitan dengan makhluk lain termasuk kita sendiri. Itu yang diulang tayang selama 3 jam dalam Avatar. Iaitu tentang kesalingkaitan alam, manusia dan Pencipta.

Saling perkaitan antara manusia, alam dan ciptaan saya tulis di dalam BSA begini,

‘Aqeel, jika kita tidak ambil peduli apa yang berlaku di China, itu adalah pandangan yang salah. Dunia ini hakikatnya wujud bukan independen, wujud kita mempunyai keterikatan dengan alam semesta, kait mengait. Dan dengan itulah baru cendiakawan China menuturkan, ‘langit dan bumi dan saya adalah daripada punca yang sama, sepuluh ribu benda dengan saya ialah satu jirim.’

Saya mempunyai keterikatan kuat dengan filem Avatar. Jika saya mempunyai duit yang banyak, beginilah visual BSA akan dipamerkan. Indah, harmoni, hijau dan mendamaikan. Ketika Jake Sully belajar menunggang kuda versi Pandora, saya juga telah menulis menunggang kuda versi Aphesus. Jake Sully saya dalam BSA ialah Taheri, seorang remaja berilmu teori tetapi kosong praktikalnya. Ayah Ji dalam BSA adalah Neftiri (guru Jake Sully) dalam Avatar.
“Ini Xoulzana untuk kamu, Ayah Ji akan menunggang Sembrani”.
“Saya tidak tahu menunggang”.
Nasr Munajji tersentak. Dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Pelajaran pertama menunggang kuda adalah dengan mengusap kepala Xoulzana”. Xoulzana mengelipkan mata. Hembusan nafasnya terasa hangat di tangan Taheri. Taheri takut-takut. “Pegang dulu, bak kata pepatah Melayu, tidak kenal maka tidak cinta”.
Nasr Munajji tidak berkata apa mendekati Taheri dan menunjukkan cara-cara untuk menaiki kuda. Taheri sedikit menggeletar bila berada di atas pelana. Taheri memegang tali kekang kejap. Tangannya berpeluh-peluh. Dahi memercik keringat, dada berdegup kencang. Taheri gugup.


Avatar dan saya begitu intim jadinya. Bila mana kuda dan burung tunggangan Neftiri (kaum Nav’i merangkap isteri Jake Sully) diberikan nama untuk memperihalkan akrab dan saling memerlukan, saya telah menulis dalam BSA begini,

Taheri masih ingat, dalam kuliah-kuliah Ayah Ji yang menerangkan tentang sejumlah besar hadith Rasulullah menceritakan tentang perhatian baginda berhubungan dengan haiwan. Rasulullah banyak mengkhususkan kepada kuda dan unta. Bagi Rasulullah mereka adalah teman yang setia “Rasulullah telah menjelaskan prinsip terbaik bagaimana berinteraksi dengan haiwan.”
Taheri mengalih pandang ke arah Nasr Munajji. Memasang telinga dengan sungguh-sungguh. Derap kaki kuda sedikit mengganggu butir bicara yang masuk.
“Dalam Mishkat al Masabih, disebut, ‘Jika seseorang didapati membunuh walau seekor burung tanpa sebab yang munasabah, apatah lagi hidupan lain, dia akan mengadap Allah di muka pengadilan”.
“Rasulullah menunjukkan dalam pengurusan dengan haiwan, kita perlu menunjukkan rasa hormat dan kasih. Rasulullah percaya haiwan adalah makhluk Allah yang perlu dilayan penuh bermaruah”.
dan bersifat hero untuk perjalanan jauh dan di dalam peperangan. Keldai Rasulullah berwarna putih di beri nama Dul Dul. Unta betina Rasul diberi nama Al Qaswah. Pemberian nama adalah lambang kasih.
Rasulullah menjumpai ketenangan yang mendalam dan hikmah dalam penciptaan haiwan sehingga mewariskan hadith, ‘Di dahi kuda, telah terhimpun kebajikan dan keredhaan sehingga hari kebangkitan’.

Saya tidak main-main bila mengredkan Avatar sebagai surprisingly speachless. Ia seolah-olah membaca puisi yang menangkap segala deria. Sehingga berpusat pada satu titik dan seterusnya memuji, MasyaAllah, Engkaulah yang mencipta manusia sehingga membolehkan manusia lain melihatMu melalui keindahan, kebijaksanaan, kesungguhan, kesenian.

Betul Avatar karya Hollywood yang terlalu banyak bahasa kapitalis dan penjualan budaya pop berlebih-lebihan. Pujian yang diberi meski keterlaluan, maafkan saya. Saya melihat dekat Avatar tertumpah demi kecintaan saya pada BSA (proses penciptaan BSA, derita yang tertumpah, kasih sayang terserlah, jiwa yang derita, pengkhianatan, simpati, empati, pengorbanan, nubari yang hilang, talian dipautkan) sesuatu yang bukan boleh tidak diendahkan.
Ya pujian saya pada Avatar mungkin bersifat peribadi. Tetapi tanyalah mereka yang telah menonton dan menilainya melalui akal rasio, James Cameroon sekali lagi telah menghidupkan jelmaan kejayaan Titanic dalam stail yang asli, out of this world (literal sebab dilatarkan di Pandora).
Saya menahan sebak dada dalam banyak syot dalam filem ini. Terutama tentang keindahan hutan dan keajaiban yang terkadung di dalamnya. Sorotan yang dihadiahkan oleh James Cameroon (pengarah filem) benar-benarnya mengujakan dan menjadikan novel BSA saya itu begitu kecil dan kerdil. Mungkin hanya sekecil benih Pohon Suci di dalam filem Avatar.

Saya puas menonton kerana kekuatan cerita dan juga falsafah yang terkandung dalamnya. Saya puas menonton kerana daya tariknya adalah sesuatu yang saya sendiri pernah cuba jelmakan dalam karya. Ya, saya hampir-hampir tewas mengalirkan air mata kerana keajaiban penceritaan. Dan filem ini benar-benarnya mengajar saya betapa perlunya saya menjadi pencerita yang baik, mempunyai visual yang cemerlang, konsisten serta paling penting berwawasan. Baru dengan itu saya dapat berkongsi dengan keikhlasan.

Saya akan baiki BSA, meski ia menjadi 400 muka lebih panjang. Moga-moga nanti, ia dapat dikongsi ramai.
Owh betul-betul, awak betul-betul mengenal saya.
Betul selepas skrin membariskan nama pelakon dan pemain belakang tabir dipancarkan dilayar, saya menepuk tangan kagum. Dan saya hanya keluar panggung bila semuanya telah kembali pulang dengan perasaan dan kenangan sendiri.
Saya?
Saya membawa pulang, jelmaan BSA di Pandora.


Akhir bicara, tontonlah Avatar. Ketepikan bias anda tentang manusia dan kesempurnaan ciptaan, ketepikan logik dan rasional. Sebagai sebuah filem, ia surprisingly amazing!





Comments

ieka said…
kurang bersetuju Jake Sully = Israel.. sebab dia dalam team Dr Augustine yg berusaha utk menyedarkan bhw jalinan komunikasi berlaku di antara Na'vi dan seluruh Pandora - memungkinkan apa shj kekayaan mereka fikirkan akan musnah jika hubungan Pandora/Na'vi dimusnahkan.. Rasanya Coperal Quaritch lebih sesuai utk jadi Israel? sebab pentingkan diri dan sanggup korbankan apa/siapa shj utk capai apa dia nak.. he he he.. ok, 2 kali tgk..penangan Avatar :p masih tak jemu.. ahhaha
ASaL said…
huhu imagine we sit inside secret recipe, order two hot choc, or coppucino, and talk about Avatar. How many hours u think the conversation will end? (of course u have to pack 2 bottles of Umayra's milks (do I spell it right)) and extra diapers.

huhu

i don't remember the coperal names.

but don't u think Israel always potray em as the most oppresed, so the media always potray them as soft and non violant race?

would like to watch Avatar in 3D. Feel the seed touch you hand.
ieka said…
seriously u can feel that with 3D? wahaha haritu di kg, jadi bolehlah tinggalkan kejap Humaira pd nenek dia.. la ni dah balik KL kena fikir la balik.. ehhe cemana ni hati melonjak2..

yup.. u are right. they said they are being oppressed. statement jake sully: when someone sits on the things that we want, we called them enemy???.

statement coperal Quaritch: we fight terrors with terrors. <-- sounds familiar right.

i remembered when the subject was quite subjective we sat at least 3-5 hrs to discuss things.. perhaps on Avatar it will be longer than that? and perhaps you'll get ur idea in producing your version of Avatar? hahahah
ASaL said…
I'm not watching Avatar in 3D yet, love to do so. Did we really discuss for 5 hours. Gosh, we are quite a chatterbox ey?

My Avatar, have been completed on 2008. It is a novel. Tajuknya Benih Sakral Aphesus. Tetapi saya tidak mewujudkan alien dan konsep menginkarnasi diri melalui pemindahan minda.

Saya punya Avatar bertemakan alam sekitar dan kerakusan manusia tajuknya Benih Sakral Aphesus.

Saya jadi lebih teruja sebab perasan fikiran saya sama cam James Cameron hahaha, cam lawak je.

Tapi kena perbaiki novel tu dan kemudian cari penerbit untuk terbitkan. Nak ke diterbitkan?
ieka said…
hmm... in hollywood.. or even in bollywood, someone might buy your idea. unfortunately dekat malaysia cerita rempit, hantu bunian, perempuan seksi yg terseksa lepas tu rasa berdosa minta ampun, sumbang mahram ..lebih dekat dgn penerbit kita :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah