Tak Faham

Saya ada satu perkara yang saya tak faham.
Setiap tahun kita perlu membayar insuran kereta untuk membolehkan kita memperbaharui cukai jalan. Dan harga yang dibayar itu bukanlah sedikit.
Katalah, untuk tahun 2009 pemilik kereta tidak terlibat langsung dalam kemalangan. Maknanya dia tidak akan membuat apa-apa tuntutan terhadap harga insuran yang dibayar kepada syarikat insuran.
Soalan saya:
1. Kenapa bila pemilik kereta tidak membuat tuntutan, wang insuran yang dibayar (pada 2009) mahal-mahal itu tidak dikembalikan?
2. Kalau begitu, kita membayar apa kepada syarikat insuran? (bayar untuk khidmat apa sebenarnya?)
3. Tak boleh ke duit tu dibayar semula kepada pemilik kereta untuk membolehkan dia memodalkan duit untuk insuran 2010 pula?
Sekian, kemusyikilan saya.

Comments

Hah, saya juga baru pulang memperbaharui cukai jalan dan insurans. Kenapa NCD perlu naik bila kereta semakin tua? Sepatutnya kena turun, sebab nak dijual semula pun dah susut nilai yang teramat sanagt.

Ya, kembalikan wang kami.
DAKWAH YEOP said…
jawapannya mudah,,,sebab kerajaan msia makin miskin, duit takde, so jalan mudah cukaijelah rakyat sederhana utk maintain belanjawan negara dan bantuan gula2 kpd rakyat. itu negetif tinking sy la, boleh diterima dan ditolak....
ASaL said…
setuju2, mereka senang-senang je dapat duit atas angin dengan slogan, 'risiko anda kami uruskan'.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK