Benarkah Akhir Zaman Itu...

Benarkah akhir zaman itu sekarang? Bila melihat tahun ini segala perubahan cuaca ekstrim belaka. Di Rusia, cuaca sejuk ekstrim telah berakhir. Malangnya bila salji mencair, ia telah mengakibatkan banjir teruk di sana. Kata orang, banjir terjadi kerana kadar salji mencair berlaku terlalu pantas. Tidak pernah belaku seperti itu. Dulu-dulu salji cair juga, tetapi dengan kadar biasa tanpa pernah mengakibatkan banjir. Di New England (US) banjir juga sekarang ini. Air naik melimpah ruah seperti yang di New Orleans lama dulu.
Bila terlalu menjadi pemerhati, terasa macam filem 2012 itu macam ada benarnya.
Masalah, berita hanya melaporkan kejadian, tanpa membuat kesimpulan apa-apa. Bila kita yang jahil serba serbi bertanya ingin tahu yang bijak pandai cuma menjawab, alah biasalah tu, kejadian alam. Natural event katanya.
Saya juga telah menjadi orang yang ragu-ragu?
Kawan saya memberi komen, kemungkinan besar kita sudah menjadi seperti umat Nabi Saleh.
Saya bertanya, bagaimana tu?
Ingat lagi ketika mereka membunuh unta Nabi Saleh, tetapi tidak terjadi apa-apa pun pada diri mereka, mereka mencabar-cabar Nabi Saleh mendatangkan bala dan musibah. Yang datang hanya awan hitam gelap menutupi langit. Pada mulanya ada rasa gerun dalam hati mereka, tetapi bila ditunggu tidak datang mereka mencela lagi. Keadaan berlanjutan selama 3 hari, dan 3 hari itulah mereka mempermainkan awan hitam di langit. Kemudian, belaku malapetaka pada mereka umat yang mencela dan mempermainkan hukum Tuhan. Hingga lenyap dari bumi dikutuki di dunia dan di akhirat kelak.
Maksudnya?
Apa jadi kalau segala natural event yang dikata mereka itu adalah tanda? Dan kita tidak berupaya membaca tanda-tanda ini kerana kejahilan dan kebodohan kita, bila sampai masanya nanti...kita akan jadi apa?
Saya hanya mengangguk-angguk, dan menggeleng-geleng.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK