Gegar

Minggu ini Russia bergegar. Seperti mana negara-negara besar yang lain, sekiranya ada peristiwa yang menggugat, pastinya akan dihebahkan ke seluruh dunia. Dan kita juga merasai tempias gegaran peristiwanya.
Bandaraya Moscow bergegar kerana di bom. Seperti biasa yang dituding jari kepada militan. Dan gambar disebelah, adalah gambar paling popular minggu ini mengisahkan seorang balu kepada pejuang militan, namanya Abdurakhmanova yang melakukan serangan di tren bawah tanah di Moscow. Yang terbunuh sehingga kini seramai 40 orang awam dan 90 lainnya cedera. Dalam berita melaporkan pejuang Chechen mengakui serangan ini.
Seperti mana berita dan disiplin kewartawanan, yang saya pelajari melalui rancangan Top Host TV3 bahawa imej itu sungguh berkuasa (powerful) seperti yang dikatakan oleh Datuk Johan Jaafar. Dan menjadikan ia lebih mempengaruhi, bila diulang-ulang, sehingga melekat pada pandangan awam.
Bidang komunikasi massa boleh sahaja mempengaruhi daya berfikir orang ramai. Kerana itu sebelum wujud internet, masyarakat kita satu sahaja acuannya. Kerana sumber kita terhad. Imejan yang keluar hanya melalui TV. Berita yang dilaporkan melalui radio dengan saluran yang tidak pelbagai.
Tetapi tidak di zaman maklumat di hujung jari ini. Tidak sekarang. Kita sudah ada Facebook dan Twitter. Generasi baru lebih bergantung (sangat bergantung) kepada internet untuk maklumat. Dan kerana keterbukaan, masyarakat jadi lebih terbuka fikiran pada tiap-tiap satu yang sampai kepada mereka. Setiap berita bagi yang berusaha pasti akan mencari kesahihannya.
Saya tidak tahu samada imej (gambar di atas) yang disiarkan di seluruh dunia adalah sahih. Abdurakhmanova telah dikenalpasti sebagai pengebom berani mati yang telah mengkucar kacir negara Russia. Pengebom satu lagi belum dapat diketahui identiti. Kalau difikirkan secara logik, tidaklah berfaedah langsung untuk pejuang bergambar terang-terang seperti itu. Sambil memegang senjata. Seolah-olah memang sengaja untuk memberi imej yang tidak baik. Sementelah Abdurakhmanova hanyalah seorang remaja 17 tahun. Atau imej itu sengaja dibuat supaya apa pun bentuk serangan balas ke atas umat Islam secara pukal wajar, kerana yang mengebom itu adalah seorang wanita yang berhijab! Yang bersalahnya orang Islam, jadi kepada orang Islamlah akan dituntun pengadilan (balas dendam?).

Ya kita menunggu, apa yang mahu dilakukan kerajaan Russia nanti terhadap Chechen atau terhadap orang Islam secara umum.
Dalam satu sudut lain, peristiwa ini telah mengembalikan semula pada perjuangan pengebom berani mati. Telah terlalu banyak perbincangan hal ini. Rakan saya sendiri pernah menulis cerpen tentangnya. Ada yang mencela, ada yang membela. Ada yang menjatuh hukum bahawa mereka membunuh diri. Ada yang menganggap mereka sebagai syahid. Kerana jalan juang lain tidak ada, ini jalan akhir.
Meski apa, saya percaya, setiap perjuangan ada mahar. Mengapa orang berjuang? Bagi saya ia adalah manifestasi kepercayaannya. Jika dia tidak percaya masakan dia mahu bersusah payah sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri.
Tetapi biar apa, saya sangat cemburu pada mereka yang syahid. Kerana mereka telah dijanjikan Allah kebaikkan dunia dan akhirat. Dan mereka tidak mati sampai bila-bila, seperti dalam surah Ali Imran:169
"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki".
Entah mengapa, tiba-tiba saya rindu, rindu mahu menjadi seorang pejuang kerana saya juga mahu hidup, selama-lamanya.

Comments

Anonymous said…
Salam,

Memang Islam punya banyak tafsiran termasuk persoalan amar makruf nahi mungkar, tapi tafsiran manakah dan siapakah yang paling tepat. Kalau semua orang membuat hukum dan tafsiran sesuka hati dan bertindak atas pandangan masing-masing, akhirnya semua jadi porak peranda, haru biru dan kacau bilau. Walhasil, objektif untuk mendapatkan mardhotillah wa fii sabilillah, menjadi tandatanya besar.

Dalam persoalan "suicide bombing" ini, faktor-faktor yang perlu diambil kira;

1. Ijtihad siapakah yang mereka ikut?

2. Kalau mereka sendiri bisa berijtihad, siapakah yang mengijazahkan mereka layak untuk berijithad?

3. Mereka bertindak atas nama individu atau jemaah?

4. Kalau berjemaah, siapakah pimpinan mereka dan manfaat apakah yang jemaah dapati dari serangan yang sebegitu rupa dari perspektif yang lebih luas?

5. Di manakah serangan itu ditujukan, di tanah sendiri yang boleh dinamakan sebagai tindakan pertahanan (defensif) atau di kawasan lawan yang boleh diistilahkan sebagai "attacking"?

6. Di manakah serangan itu ditujukan, objek militari atau objek awam?

7. Kalau objek awam, apakah pihak awan juga bertanggungjawab atas konflik yang berlaku sehingga nyawa mereka harus dijadikan korban?

8.Apakah dalam Islam menghalalkan konsep matlamat menghalalkan cara?

Dalam mazhab Ja'fari, hampir kesemua mujtahid memperuntukkan bab amar makruf nahi mungkar dalam risalah-risalah mereka. Kalau ini dijadikan sandaran penganalisaan, "suicide bombing" kepada pihak awam di tanah mereka sendiri, amatlah tidak menepati konsep furuqiyah dalam Islam itu snediri.
ASaL said…
saya masih cetek dalam ilmu.
ajari saya :)

terima kasih atas ilmu ini, ia, sangat-sangat bermanfaat!

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK