Posts

Showing posts from April, 2011

Menang

Image
Kekalahan pada seseorang atau pihak lawan akan mengakibatkan kemenangan pada orang yang lain. Ini logik akal dan logik alam. Pernahkah kita mendengar, kemenangan bagi seseorang juga akan menyebabkan kemenangan bagi orang yang lain juga? Saya belajar dari kawan yang ahli hikmah (banyak betul kawan saya yang ahli hikmah kan? - tapi belum tentu saya sendiri penuh dengan hikmah :P). Beliau menyorot dari perspektif seorang guru. Sudah tentu guru yang arif dengan ikhtisas perguruan, bukan guru yang caca merba yang banyak ada seperti zaman sekarang. Ya, beliau seorang guru dan secara konsisten selalu mengajari saya. Kata beliau, menjadi seorang guru akan ada 2 kemenangan. Satu apabila pelajar mendapat kejayaan di akhir pengajiannya. Pelajar menang, guru juga menang. Satu lagi bila pelajar gagal di akhir pengajian. Pelajar kalah, tetapi cikgu menang. Pelik. Tetapi itulah cerita beliau. Kemenangan yang pertama itu norma, rutin dan selalu berlaku. Kemenangan yang kedua ialah apabila pelajar seca...

Belas

Satu perkataan yang akan dikembarkan dengan kasihan, belas kasihan. Dalam kata Inggeris adalah Mercy. Ramai dari kita mahukan orang berkasihan belas dengan kita dan melayan kita dengan simpati. Supaya kita mudah untuk melaksanakan kerja, supaya mudah juga hidup kita bukan? Seperti mana yang kita lihat dari peminta sedekah, yang kita hulurkan itulah mercy. Saya beranggapan belas kasihan juga perlu ada tempatnya. Jika kita beranggapan ia adalah satu perbuatan untuk menghulurkan subsidi, ia mungkin akan mengakibatkan kesan negatif dalam jangka panjang. Sebagai contoh, jika kita melayan anak yang sakit, kemudian doktor memprekripsi suntikan. Anak kita akan menjerit-jerit memohon belas dan kasihan minta dilepaskan dari azab jarum yang tajam. Sebagai ibu bapa, apa yang kita akan lakukan? Adakah menurut kata anak, atau menurut kata doktor? Hati kita akan menuntut menurut kata anak, tetapi akal kita akan mengikut kata doktor. Yang penting kesihatan anak, supaya dia kembali cergas dan ceria...

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Ya, saya menonton muvi seperti ini. Kalau kita ingat orang, orang akan ingat kita. Sebab itu dia datang cari kita. Itu adalah tagline yang ada dalam cerita HKLBR yang kurang disebut di mulut berbanding, “Kita bakor aje” yang di popularkan oleh Usop Welcha atau “cer citer” atau lagu Solei Solei. Tetapi itu adalah mesej utama dalam cerita ini. Jika hendak menilai, saya mengkelaskan HKLBR sebagai cerita parodi. Sebuah filem untuk mengkritik filem-filem hantu yang bergentayangan banyak di layar perak dan DVD. Untuk saya sendiri, saya menyama tarafkan filem ini dengan filem The Da Vincci Code yang dibodohkan ke tahap penduduk Kampung Pisang. Dalam Da Vincci Code, tagline yang selalu diulang oleh Sir Leigh Teibeig ialah, “We see what we want to see” perkara yang sama diulang dalam Hantu Kak Limah. Kak Limah adalah seorang pesakit gila yang terlepas lari dari wad. Yang penduduk kampung sudah hilang peduli pada golongan seperti dia, iaitu golongan tua yang tinggal sendirian. Oleh...

Ismail

Akan ada apa di dada bapa kita Nabi Ibrahim itu? Bila mana seluruh hidupnya bermohon agar dikurniakan zuriat, penyambung keturunan dan melestari kehidupan beragama. Sehingga sudah renta masih belum diqabulkan permintaan. Sehinggalah Allah memperkenan, dan lahirlah Ismail dari rahim bonda Hajar yang mulia. Akan ada apa di dada bapa kita Nabi Ibrahim itu? Bila hidup ditemani keceriaan dan gelak tawa anak yang cerdas dan cemerlang, tegar dia meninggalkan di tanah tandus tanpa apa-apa. Lembah yang kering kontang, di tengah padang pasir, tanpa air, tanpa makanan, tanpa harapan. Tegar apa dia sehingga sanggup membiarkan isteri yang melahirkan zuriat yang didamba, dan anak yang telah didoakan seluruh hidupnya. Apa ada di dada bapa kita Nabi Ibrahim al Halil itu? Bila mana mereka telah diselamatkan dengan keajaiban, dan tanah kering kontang dikenal sebagai tanah Bakkah, baginda kembali. Kemudian dengan tegar meletak kepala anak di batu, untuk disogokkan pisau tajam dileher Ismail, guna untuk s...

Salah Faham

Salah faham Ramai orang menyangka, yang penting untuk manusia adalah pemilikan. Paling mudah yang melibatkan tanah pusaka. Kerana itu kita letakkan sempadan agar garis pemisah itu nyata. Yang itu aku punya, yang sebelah sana engkau punya. Saya pernah terbaca interpretasi lain tentang kisah Habil dan Qabil. Zuriat Nabi Adam yang memperihal tentang pertumpahan darah pertama dalam dunia. Setahu kita dengan cerita yang dipertuturkan oleh orang tua, ia kisah mengenai keikhlasan. Tentang bagaimana ikhlas kita pada Tuhan. Seorang menyerahkan korban terbaik, seorang lain menyerahkan juga korban, tapi korban yang ala-ala ado. Yang lain menceritakan mengenai wanita. Bahawa kecantikan wanita itulah yang menjadi api cemburu. Sebab itu penyerahan korban untuk Allah itu perlu dilakukan. Yang mana korbannya diterima, maka dialah selayaknya mendapat kurnia Allah. Yang mana tidak, juga menerima kurnia Allah tetapi tidak menurut pertimbangan nafsu dan kehendak diri. Itu kisah yang kita tahu. Kisah lain ...

Marah

Sekarang ini mungkin kerana kesan pencemaran radiasi di Jepun, ramai orang marah-marah. Atau itu anologi yang salah. Kerana manusia sudah hilang penghayatan tentang hati budi, maka memikirkan tentang perasaan orang tidak lagi menjadi penting. Yang lebih harus ialah melepaskan perasaan, untuk melegakan yang terbuku. Saya suka dimarah. Maksud saya ditempat yang sepatutnya. Dan saya tahu ia bentuk kemarahan yang disertai dengan penuh kasih sayang. Setiap kali dimarah, saya tahu ia bentuk penyataan tentang perhatian. Yang tidak dapat ditunjuk dengan bentuk lain, kerana mungkin saya akan salah erti tentang bahayanya sambil lewa atau membuat silap. Sekarang jarang sekali saya dimarah. Adakah sudah matang atau orang tidak mahu ambil peduli? Tetapi bila waktu itu tiba, saya sentiasa dapat menerimanya dengan senyum. Sudah tentu jika kita tahu ia disertai dengan perhatian penuh, rasa penuh. Alangkah indah kalau semua orang tahu meletak perkara di tempatnya? Marah itu, ada waktunya perlu. Untuk k...

Bahagia

Satu hari rakan saya meninggalkan catatan dalam ruangan komen entri saya. Kata dia waktu kecil semua orang menyimpan cita-cita untuk menjadi dan mengejar sesuatu. Dan dia, rakan yang saya hormati menjawab persoalan teka-teki waktu kecil, dengan jawaban begitu sederhana tetapi amat bererti, “Saya mencari bahagia.” Indah. Sehingga sekarang saya kagumi kesederhaan yang mengungkapkan segala yang dicari manusia. Tetapi dengan segala kelemahan dan kejahilan manusia juga, kita telah mendefinisi bahagia dengan pelbagai cara. Ada yang menilai dengan pangkat. Lalu kerana pangkat mereka menjerumuskan diri ke kancah politik pejabat yang meloyakan. Cantas mencatas, memburuk dan memperdaya, malah ada yang menggunakan Dukun Tuk Bayan Tula, maksud saya ilmu dari alam hitam untuk membolehkan mereka memperoleh yang dihajati. Tahu-tahu sahaja rakan kita jatuh sakit. Tidak semena-mena mereka menjadi kurus mendadak. Tidak tahu mana punca, yang empunya badanlah yang merasa. Malah sehingga hilang kewarasan f...

Memilih

Antara 2 pilihan, kemahsyuran dan diingati, mana satu yang akan awak pilih? Kita boleh memilih, akhirnya kita akan dinilai. Orang akan mengangkat kita sebagai mahsyur adalah golongan elit. Orang yang akan mengingati kita adalah rakyat-rakyat marhaen, orang kecil. Tetapi itu tidak bermakna kita juga orang kecil. Sunnah yang kedua apa yang dipelopori Nabi. Golongan elit yang menjadi pemimpin dalam struktur organisasi daulah Islamiyyah zaman Rasulullah adalah dari orang kecil. Mereka selamanya diingati merentasi zaman. Saya kembali membaca Langit Permulaan. Di dalamnya ada fragmen 'keberjasaan yang ikhlas sampai bila-bila tidak dapat ditandingi gemerlap kemasyhuran. Berjaya daripada pengamalan lebih bermakna berbanding kerana memuaskan nafsu diri yang rendah. Walau apa sahaja, pilihan tetap di tangan sendiri. Pilihlah untuk memilih dengan bijak. Kita yang akan menentukan hala tuju sendiri'. Semua orang mahu menjadi mashyur. Orang akan memandang kita tinggi walau kita sebenarnya re...