Kalau saya lebih pandai dolu-dolu


Ini gambar dapat dalam Facebook. Membaca dalam ruangan komen akhirnya dapat kesimpulan untuk belanja menunaikan Haji cukuplah 20 dinar sahaja. Hehe, nampak sikitkan berbanding RM10,000? 20 keping dinar je.

Kalau duit 20 sen hari ini keluaran baru Bank Negara (warnanya kuning dan seolah-olah Dinar pula rupabentuknya), saya kumpul sampai 20 keping, agak-agak dapat tidak pergi Haji?

Kalau saya lebih pandai dulu, pada tahun 2002 saya membeli dinar sebanyak 20 keping, duit yang perlu saya keluarkan ialah RM140 x 20 keping = RM2,800. Kumpul 20 keping dinar ni sampai tahun 2012, 10 tahun la lebih kurang.

Katalah mahu pergi Haji atau melancong pun boleh, jadi juallah 20 keping dinar ni pada tahun 2012. Dinar pada tahun ini setakat Jun 2012 ialah RM680. Saya akan dapat, jeng jeng jeng RM680 x 20 keping = RM13,600. Wow! (sebut macam saudagar unta cerita 3 Abdul).

Haha, kalau saya lebih pandai dulu-dulu menyimpan dalam logam murni seperti emas dan perak, tambang Haji hanyalah RM2,800. Hahaha (gelak menangis ni sebab tak pandai dulu-dulu, sekarang pun masih tak pandai-pandai lagi.)

Comments

Syiling baru ni macam token. Semakin tiada nilai. Tapi bila pula duit ada nilai? Bukankah ia dicetak dan diberi nilai?

Saya ke Indonesia dan situasi lebih menyedihkan. Syiling mereka memang benar token. Rp3430 bersamaan RM1. Saya jadi jutawan sekelip mata! Oh fiat money!
Cikli said…
Kira tak diberitahupun dolu pasai ni
Anak Bapak said…
Bgus info ni...

"Kalaulah saya pandai dolu-dolu..." guna ayat penulis entry...

Dulu sya tlg mkcik jg kdai emasnya (tggu result spm 1998)..wktu tu 1g dlm rm42-45 rasanya.. Makcik slalu suruh sya beli brg emas..tp sya tkda kesedaran wktu tu..sya plak tak minat emas lg wktu tu...

Sejak kawin, suami la bg sya sedar..ada duit lebih kami beli dirham...klau dirham byk..tukar ke dinar..
Mas kawin sya pun dlm bntuk dinar..
ASaL said…
Zati - ngeri dengar bila satu hari duit dari token. Lagi ngeri dengar sekarang duit langsung tidak dapat dilihat, ia ada di skrin ATM. Uisshhh, kengerian yang terlalu banyak sekarang, semua kerana fiat. Kita perlu seorang pejuang yang faham ekonomi, dan memberi jalan penyelesaian berlandarkan syariah :D.

Saya macam dah jumpa calon yang sesuai.
ASaL said…
Cikli - intelektual dolu, tidak merasa bertanggungjawab untuk eksplore senario semasa dan menyediakan jalan keluar. Sekurang-kurang menjelaskan apa yang terjadi.

Siapa yang patut memegang kesalahan ini?

We have been blinded even we can open our own eyes?
ASaL said…
Anak Bapak - Alhamdulillah, kesedaran yang menguntungkan, sangat!

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?