Pertandingan Menulis: Ramadhan Tanpa TV
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.
Sebagai memeriahkan lagi sambutan menyambut bulan mulia, untuk menukar angin dan wajah, admin WadiKita dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan menulis terbuka untuk semua.
Pertandingan ini adalah sambutan kepada kempen untuk menghadkan menonton TV dan sekutu (VCD, movie, games, tablets, Facebook) sepanjang bulan Ramadhan. Kiranya puasa TV (dan media) jugalah :)
Pertandingan ini adalah juga ruang untuk berkongsi pengalaman bagaimana Ramadhan boleh diisi dengan lebih bermakna tanpa sogokan dari media yang me'lagha'kan. Sambil menulis, sambil berkongsi, sambil beramal (insyaAllah banyak pahala dapat ni).
Berikut adalah beberapa panduan untuk pertandingan ini:
Karya
Boleh berbentuk artikel, esei, cerpen, anekdot, cacatan ringkas, travelog ringkas (boleh juga letakkan gambar-gambar, graf, jadual, etc).
Tempoh
14 Julai 2012 sehingga 20 Ramadhan 1433H
Tema
Ramadhan, TV, media
Pengiraan markah
100% dari juri yang dilantik
Panjang karya
Bebas
Hadiah kepada pemenang
5 hadiah kepada mereka yang dipilih juri berupa satu (1) wang perak dirham (duit raya la ni).
Hadiah akan disampaikan menggunakan pos (pemenang akan diminta untuk memberi alamat untuk tujuan surat menyurat).
Untuk menyertai:
1. Emelkan karya anda ke asal_sa@yahoo.com
2. Cerpen anda akan mula dipaparkan di blog WadiKita sebaik sahaja pertandingan bermula. Pada masa yang sama anda harus turut sama menyiarkan karya anda di blog masing-masing beserta dengan link cerpen anda yang sebaik sahaja dipaparkan di WadiKita.
Tajuk post: WadiKita @ Ramadhan Tanpa TV (nama anda) : (Tajuk cerpen anda)
Selamat menulis, selamat berkongsi pahala.
Semoga berjaya!
Comments
Hehe, boleh kongsi dengan lebih ramai lagi.
Takde masa kecederaan ke ?
Masa dilanjutkan sehingga habis Ramadhan.
InsyaAllah.
:)