Posts

Showing posts from 2013

Memahami Adam - 1 (Sempena Tahun Baru)

Memahami Adam, adakah akan membawa kita memahami Hawa? Atau Adam dan Hawa itu sebenarnya sama dari segi sifat kemanusiaan dan potensi mereka? Linkungan saya setahun dua ini aneh sekali. Sangat ke hadapan untuk kerja-kerja sosial, malah mencintai ilmu mana mereka pergi. Dalam beg pasti ada buku. Ketika bertemu rakan yang lain, buku-buku akan bertukar tangan untuk sesi pinjam meminjam. Di mulut mereka adalah pertanyaan bila kita akan mengembara untuk mengutip catatan-catatan sejarah. Lingkungan aneh saya ini suka berranya soalan. Ada beberapa soalan adik yang bertanya tentang Adam. Bila tarikh Nabi Adam diturunkan ke bumi? Adakah Adam adalah penghuni gua seperti yang kita visualkan apabila pergi melawat muzium? Adakah manusia dihantar ke bumi kerana dihukum buat salah atas dosa makan buah larangan? Sebetulnya saya tidak mempunyai kelayakan sijil agama, tetapi tetap mereka mahukan pendapat dari saya. Kerana lingkungan aneh ini, saya perlu belajar lebih untuk memahami Adam. M...

Tanpa Agama

“Apa perlunya saya beragama sedangkan saya juga boleh buat baik tanpa agama?”  Soalan ini sudah banyak ditanyakan oleh ramai orang. Malah pada mereka yang muslim, yang lahir dalam keluarga muslim. Juga ditanyakan oleh mereka yang punya pegangan agama yang lain-lain. Seperti Kristian, Budhha, Hindu dan sebagainya. Sekiranya mereka tidak punya jawapan, mereka akan memilih menjadi atheist. Atheist itu adalah satu keadaan yang menolak adanya Tuhan yang menjadikan alam, yang mentadbir, yang menjadikan manusia. Kenapa mereka sampai ke tahap keyakinan seperti itu, adalah kerana mereka tidak nampak peranan Tuhan itu secara langsung dalam hidup. Keadaan atheist ini kita boleh lihat pada mereka yang super intelektual. Yang pandai-pandai belaka. Separuh dari mereka adalah tahap profesor dan saintis. Kenapa orang pandai boleh sampai menjadi atheist? Saya cuba terangkan serba sedikit bagaimana mereka menjadi atheist (dari perspektif bekas atheist yang saya baca buku ...

AC yang Mencari

Adik Comel (AC) sebelum ini pernah bermusafir bersama saya. Berdua, dalam kereta untuk jarak perjalanan selama 2 jam. Saya suka perjalanan seperti ini kerana dengan ruang terhad kita akan belajar menghargai siapa yang berada di sebelah.  Ruang terhad juga akan menyebabkan kita tergerak berkomunikasi. Bercakap itu penting, kerana kita dijadikan oleh Tuhan sebagai makhluk yang boleh berkata-kata. Separuh orang cakap, haiwan yang boleh bercakap-cakap. Dilema AC ni dah lama. Rupanya dia mempunyai tabiat yang suka bertanya. Pemikirannya menjangkaui dan selalu mempunyai bayangan yang real dalam kepalanya. Kata AC akibat perangainya itu, dia selalu kena warning. “Jangan banyak-banyak sangat tanya. Kalau banyak tanya boleh murtad tau.” Itu yang AC cakap pada saya. Dan dia mendapat ancaman itu banyak kali. Sejak dari kecil. Kata AC yang kasihan ni, “kadang-kadang Kak saya sendiri rasa adakah saya ni dah murtad. Sebab banyak kali orang cakap macam tu.” Kalau awak menghadapi situ...

Apa Akan Kita Jawab?

Semalam sela masa mendengar ceramah, Adik yang comel menghampiri. "Saya ada banyak soalan untuk penceramah, tapi saya takut nak tanya, takut penceramah nanti ingat saya ni liberal. Takut juga kalau rakan-rakan peserta anggap saya ni macam-macam." "OK. Apa yang Adik nak tanya, cuba tanya saya." "Macamana kalau Al Quran yang kita dapat ni tipu? Maksudnya, ada orang yang tulis Al Quran atau tafsiran dalam Al Quran, tapi dia tak tulis benda yang betul. Sela masa dari ribu tahun tu, ada tafsiran yang tidak betul." Dia bertanya dengan muka yang sangat serius. Apa akan kita jawab jika berlaku situasi seperti ini? Dan benda ini betul berlaku pada saya minggu lepas. Ada orang memandang Adik yang comel jadi tidak comel bila soalan seperti itu diajukan. Ada yang buat muka tidak senang. Ada yang bermuka takut. Takut Adik ini sudah terpesong. Saya juga jadi tidak tentu arah. Kalau dia tanya tentang tafsiran Al Quran, rasa macam ada jawapan. Tap...

FiZi Kir

Baru perasan untuk Fikir dan Zikir berkongsi hujung yang sama. Yang beza hadapannya, iaitu Fi dan juga Zi. Bagaimana fikir itu boleh menjadi zikir? Agak susah juga menjawab soalan ini. Tapi saya cuba. Zikir mempunyai maksud yang khas iaitu mengingati. Tetapi kita selalu menghadkan pengertiannya dalam bentuk ibadah. Lepas solat misal kata. Bila kita dapat duduk 10-15 minit menghitung ruas jari atau butir tasbih.   Sambil menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Husna, atau lafaz-lafaz memohon ampun dan puji-pujian. Itu yang sekurang-kurangnya muncul dalam kepala. Tidak dinafikan ia memberikan makna mengingati (zikir) dengan tepat sekali. Bagaimana fikir boleh menjadi zikir? Ini bukan soalan khas untuk kita orang yang sudah beragama, tetapi juga untuk mereka yang belum. Tak susah pun. Zikir maksudnya mengingati. Sebab guna Bahasa Arab kita mengkait hubung dengan soal agama. Fikir bukan soal agama sangat, ia adalah soal kesedaran. Kalau semua orang boleh buat ni, dunia bo...

Peristiwa Lewat Malam

Saya selalu rasa teruja bila hari-hari saya diinsprasi. Boleh sahaja datang dari anak-anak muda seawal usia 19, 20 tahun. Usia Usamah bin Zaid yang ditunjuk Rasulullah untuk menjadi Jenderal perang. Posisi dalam ketenteraan yang paling hadapan, seorang ketua untuk semua. Zaman ini saya melihat segalanya kembali. Anak muda yang menyedari bahawa usia muda bukan halangan untuk berbakti. Minggu ini saya dikunjungi anak-anak muda yang mahu mendefinisikan makna hidup itu adalah memberi. Itu menjadikan saya begitu ketinggalan tetapi pada masa yang menyuntik diri saya untuk tidak terus tertinggal. Malam yang sepatutnya mereka berehat kerana berada dalam perjalanan yang jauh dan panjang, mereka memutuskan untuk berbual-bual. Barangkali saya menjangkakan perbualan santai yang mengundang tawa. Tetapi saya silap kerana mereka bertanyakan, “apa tujuan hidup kita ini sebenarnya?” Satu dua detik berlalu. Muka saya penuh tanda soal dan mulut ternganga tercengang dalam tempoh itu. Gelas-gelas ...

Terima kasih!

Terima kasih kerana belum pun saya masuk sekolah, mak dan ayah sudah mengajari saya membaca Al Quran. Dengan itu saya tidak menjadi buta kepada huruf-huruf yang Allah ciptakan sehingga menjadi warkah yang memperkenalkan DiriNya kepada saya.  Terima kasih kerana menghantarkan saya ke sekolah, untuk saya dapat membaca huruf-huruf Rumi Melayu dan Inggeris, sehingga saya dapat membaca tafsir kalamNya yang saya dapat fahami dan mengambil pengajaran-pengajaran. Apa yang diusahakan secara bersusah payah oleh mak dan ayah sehingga mengorbankan kesenangan diri adalah untuk menjodohkan saya dengan buku yang dinamakan Al Quran, kata dasarnya Qara'a bermakna recitation ataupun Bacaan. Semoga Dia menemukan Cinta melalui surat yang diizinkanNya Baca.

Budaya dan Kebenaran (agama) - 2

Masih lagi saya merujuk kepada Dr Jeffrey Lang. (minta maaf minggu ni minggu Dr Jeffrey Lang agaknya. This man inspired me in many ways than I can imagine.) Persoalan saya di atas sebenarnya diambil dari YouTube yang saya cuba tekuni seminggu dua ini. Dalam satu aspek kita melihat Dr Jeff begitu tenang orangnya, kelakar, sangat intelek, bersemangat dan cintakan agama, tetapi dalam satu aspek kita melihat juga kekecewaannya kerana ramai orang Islam tidak bersikap seperti semestinya orang Islam bersikap. Ini memberikan cabaran kepada Dr Jeff yang bukan sedikit. Kata Dr Jeff (lebih kurang), "saya mesti memberitahu isu-isu ini kepada masyarakat muslim, kerana saya sudah 20 tahun berada dalam agama ini tetapi saya tidak pernah mendengar mana-mana  scholars  bercakap secara serius tentangnya. Ini meninggalkan saya dalam keadaan tanpa pilihan, saya mengambilnya sebagai tanggungjawab untuk bercakap. Keluhan-keluhan ini memang ada dalam masyarakat, dan bagaimana kita mahu bertinda...

Budaya dan Kebenaran (agama) - 1

Rakan baik saya pernah memberi nasihat, "sekiranya awak mahu mengenali orang (di tempat orang lain), kenalilah budaya mereka dan jadilah seperti mereka. Sekiranya awak mahu memperkenalkan diri awak kepada orang lain, jadilah diri awak sendiri bukan orang lain." Ada masalah dalam perkara ini sebenarnya. Yang pertama adalah penerimaan kita terhadap budaya semata-mata kita mahu fit in dalam dunia mereka. Tetapi benda ini adalah sangat penting, terutama untuk memulakan perkenalan dan perbualan. Terutama jika kita adalah orang asing yang merantau dan berada di tempat orang. Masalah yang timbul ialah apabila budaya setempat yang tidak ada kaitan dengan tuntutan agama, menjadi seolah-olah perkara wajib dalam agama. Sebagai contoh tentang penggunaan masjid seolah-olah dikhususkan kepada lelaki sahaja. Ada negara malah tidak membenarkan wanita untuk bersolat pada lantai yang sama dengan lelaki. Mereka diminta untuk berada di tingkat lain sekiranya mahu melakukan solat berjem...

Mencari Bilal

Terima kasih kepada Dr Jeffrey Lang, beliau telah membuka mata saya bagaimana seharusnya saya membaca. Membaca Al Quran, membaca sejarah, membaca alam, membaca kasih sayang keluarga dan rakan-rakan.   Bilal adalah tokoh sejarah. Orang mengaitkannya dengan tugas sebagai muezzin Rasulullah. Atau tukang azan di masjid. Tapi sejarah Bilal lebih jauh dari itu.   Bilal hanya seorang hamba. Hamba berkulit hitam, yang dipunyai oleh Umayyah. Semasa awal keIslamannya, Bilal diseksa dengan sebegitu buruk dan dahsyat. Tidak ada seorang pun makhluk zaman moden akan menyanggupi pengorbanan Bilal.   Itu cerita yang semua orang pernah dengar. Saya memandang dari sudut sejarah, kenapa pada zaman itu semua Tuan-tuan menjadi takut bila hamba mereka masuk dalam Islam. Dari segi tugasan, mereka masih melakukan tugas yang sama. Tidak membantah. Mereka tetap patuh pada tuntutan kerja.   Ada seruan lain yang Rasulullah masukkan dalam mengajak orang Makkah ke dalam agama Isl...

Stop it!

Seorang rakan muda memberitahu, "berhenti meletakkan iman anda di tangan orang lain." Katanya, dia mahu bertanggungjawab dengan iman yang dia yakini, bukan dipaksakan. Ramai orang akan menganggap seolah-olah itu percakapan orang yang angkuh, tetapi untuk saya, ia adalah percaya diri dan percakapan orang sedar. Sedar fitrah dirinya, yang diciptakan dengan kebebasan memilih. Dan dengan kuasa sebesar itu apa sahaja yang berlaku, dia tidak akan menyalahkan orang lain tetapi dirinya sendiri. Sejenak cuba kita fikirkan, benar tidak percakapan seperti ini? Bila kita cukup dewasa, akhirnya kita juga akan menyakini benda yang sama. Bahawa iman itu apa yang kita yakini dalam hati, bukan yang dipaksakan. Soalnya cepat atau lambat. Katalah kita bakal menjadi seorang ibu atau bapa. Dan tugas kita menjaga mereka hanyalah setakat usia 8 tahun. Kemudian dari itu kita meninggal, harta apa yang kita mahu tinggalkan untuk dia? Saya akan membekalkan anak saya dengan dua...

Apa yang Kita Hilang - 2

Akhir-akhirnya ada ramai kawan bertanya mengenai banyak benda. Antaranya ialah bagaimana kita menangani perasaan bersalah pada kesalahan kita yang lalu-lalu. Ramai juga yang bertanya, kenapa kita menjadi umat yang tidak berdaya.   Saya kira soalan-soalan itu juga menampakkan kita kehilangan banyak benda dengan budaya yang kita ada. Terlalu bergantung kepada jawapan dari orang agama, dan lagi buruk orang-orang yang bukan agama tetapi kita percaya mereka boleh bagi kita jawapan juga sebagai salah satu kehilangan yang kita miliki.   Dr Lang telah membuka mata saya bagaimana kita perlu baca Al Quran. Paling tersentuh bila Dr Lang membicarakan tentang ayat 30 surah Al Baqarah. Di situlah soalan Dr Lang sepanjang hidupnya, iaitu tentang Tuhan dan kenapa Tuhan ciptakan dunia penuh kerosakkan. Hanya membaca surah kedua, Dr Lang telah menjumpai jawapan kepada sebab Dr Lang menjadi seorang atheist.   Saya mencari apa yang hilang. Apa yang salah dalam proses saya membac...