"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga. "Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI." Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya." Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries...
Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah. Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain. Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntu...
Saya tidak menyangka akan dipertemukan sekali lagi dengan Cikgu Sulaiman. Seminar ini rupanya menyediakan lebih dari wadah takungan ilmu. Tampang masih segak meski sudah ada garis-garis penanda usia dan rambut memutih yang dapat dilihat dari dekat. Namun rambut hitam yang masih lebat akan membuatkan orang sentiasa salah meneka umur Cikgu Sulaiman yang sebenar. “Ashikin,” teguran yang diiring senyum ikhlas yang melebar. Ada damai di sebalik manis wajah sehingga masuk menusuk sukma. Saya kagum mendengar, kerana meski sudah sekian lama Cikgu Sulaiman masih ingat. “Cikgu sihat?” Saya menyambut dengan sebal rasa bersalah. Saya murid yang patut dulu menyapa. Sambil mengurut perut yang sedikit ke depan, “Awak perli saya Ashikin?” Ada serbu panas di pipi. Mustahil saya berniat demikian. Saya kehilangan kata, tetapi Cikgu Sulaiman lebih dahulu menenangkan, “Alhamdulillah, semakin sihat. Mari makan bersama saya.” Saya didorong ke meja orang penting. Langkah hilang daya. Apa kelayakan saya untuk ...
Comments
Ya Allah, perkenankanlah doa.