Buatku Terfikir

#1
Seorang Imam Muda, dijemput menjayakan satu majlis yang bermula pada jam 8.30 malam. Majlis tertunda sehingga ke jam 9.00 malam kerana menunggu kelibat personaliti TV tersebut. Semua orang tertunggu-tunggu majlis bila akan dimulakan dan akhirnya menyedari beliau sudah sampai, tetapi menunaikan solat Isya' dahulu.

#2
Majlis agama diadakan di pejabat-pejabat. Guna untuk membudayakan budaya ilmu dalam konteks keagamaan. Dibuat di hari Jumaat yang mulia. Sayangnya, menggunakan waktu pejabat puncak yang menyebabkan orang lain yang mahu berurusan tertangguh tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan.

#3
Umrah dan Haji yang ditunggu kerana ibadat yang dituntut. Malangnya, bagi peserta perempuan muslim tanpa mahram, tahun ini hasrat mereka tertangguh. Biar pun ada teman perempuan secara kumpulan, ataupun ada anak-anak atau cucu yang sanggup meneman, juga tidak dibenarkan (jika yang meneman itu perempuan). Kemudian dapat membaca beberapa pengalaman yang mengejutkan. Seorang jemaah perempuan yang pergi seorang dapat juga pelepasan untuk menunaikan ibadah umrah kerana sudah bermahramkan seorang jemaah lelaki, dalam pakej yang sama. Jemaah lelaki itu kemudian diberitahu bahawa surat pernikahan ada (dan dipalsukan?) meskipun beliau tidak diberitahu. Yang mengejutkan, perempuan yang datang seorang membuat umrah tersebut, adalah sebenarnya isteri orang.

Pening sekejap. 

Comments

4feet8 said…
teringat isnin lepas. masa majlis ilmu. ustaz dah sampai, hanya 2 org pendgr dlm dewan tersebut.. betapa bangunan 17tingkat ni hanya ada 2 org saja kah pendgrnya..?
kemudian pihak pengurusan terpaksa menwajibkan cleaner masuk..
ASaL said…
apa yang perlu kita buat dalam situasi-situasi seperti ini?
Seorang datang lewat kerana solat Isyak terlebih dahulu sedangkan 1000 orang yang lain solat Isyak lewat kerana menunggu dia. Pentingkan diri sendiri atau zalim?
ASaL said…
ya, jauh jadinya kita berfikir. 1/1000 :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK